Friday, May 20, 2011

MENGAPA DOA KITA TAK DIMAKBULKAN ALLAH

Kita mungkin selalu tertanya,apasal Allah tak makbulkan doa kita. Pernah kah kita terfikir, mungkin dia disebabkan diri kita sendiri. Aku terjumpa artikel ni dan nak kongsi bersama.(credit kepada Darimindaku: http://waksab.blogspot.com/)


1.Kita sekalian telah mengetahui ALLAH S.W.T akan tetapi belum kita tunaikan hak-hakNya.

2.Kita sekalian telah membaca Al-Quran,akan tetapi kita belum pernah melaksanakan isinya.

3.Kita telah mengakui Syaitan laknatullah sebagai musuh,akan tetapi kita masih mentaatinya dan bersetuju dengan ajakkannya.

4.Kita sekalian mengatakan kita termasuk umat Nabi Muhammad S.A.W,akan tetapi kita tidak pernah mengerjakan sunnah-sunnahnya.

5.Kita mendakwa diri akan masuk Syurga,akan tetapi kita tidak pernah mengerjakan apa-apa untuk kepentingan Syurga.

6.Kita mendakwa diri selamat dari bakaran api Neraka,akan tetapi nyatanya kita melemparkan diri kedalam api Neraka.

7.Kita telah mengatakan bahawa mati itu pasti,akan tetapi kita tidak pernah bersiap menghadapi mati.

8.Kita sekalian sibuk meneliti aib atau cela teman-teman kita,akan tetapi kita tidak melihat aib diri kita sendiri.

9.Kita sekalian telah makan dan merasakan nikmat ALLAH S.W.T,akan tetapi kita masih belum bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T

10.Kita sekalian telah menguburkan mayat-mayat diantara kita,akan tetapi kita tidak mengambil contoh dari mereka.

Ya wahai saudara-saudaraku ALLAH telah berfirman pada kitab suci Al-Quran: "Mintalah kamu sekalian kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan" namun berfikirlah adakah kita layak menerimanya jika kita terdiri dari golongan yang lalai dan mendustakan ALLAH S.W.T sama-samalah kita bermuhasabah.

Thursday, May 12, 2011

Ceramah perdana: ALFADHIL DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Malam Ahad tadi ceramah perdana kat Masjid Makmuriah. Penceramahnya seperti tertera di atas. Banyak perkara yang disentuh. Ustaz selang selikan ceramah dengan cerita teladan, yang lucu dan serius. Memang santai dan bersahaja, namun mendalam maksudnya jika difikirkan.

Menurut ustaz, kita tak boleh BerKalau atas perkara yang telah berlaku, kerana semuanya berlaku dengan takdir dan izin Allah. Jika kita banyak berkalau, takut2 syaitan senang menyusup masuk untuk menghasut kita. Ustaz bagi contoh kes isteri bunuh diri kerana sebab yang kecil, iaitu bertengkar dengan suami kerana dia tak mau belikan pinggan cantik di supermaket. Suaminya menyesal dan berkata "Kalaulah aku..." Ustaz kata salah suami juga yang jadi punca. Orang perempuan tak boleh dibawa ke tempat strategi orang perempuan, takut dia nak macam2. Kalau nak ke kedai bawa diorang kat kedai tayar ke, baja ke. Barulah tak lama... sekejap aja dah ajak balik.Ahaks...(Jika nak berkalau atas perkara yang belum berlaku/merancang tentang masa akan datang dibolehkan)

Kita sebagai ibubapa kena menunaikan hak anak. Anak ke sekolah cium tangan ibubapa, anak2 ni dah menunaikan hak kita sebagai parents. So as parents kita juga perlu menunaikan hak anak pada kita, iaitu kita kena balas dengan mencium dahi anak dan bacakan doa yang maksudnya lebih kurang, Ya Allah tetapkan imannya, bijakkan akalnya dan jadikan dia orang yang soleh.

Orang muslim dan mukmin itu berbeza. Orang mukmin ialah orang yang melaksanakan semua suruhan Allah. Kita sebagai makhluknya kena menyerahkan seluruh hidup kita kepada Allah. Manusia memerlukan Allah tetapi Allah tidak terjejas apapun walaupun seluruh isi alam derhaka padaNya.

Jika kita didunia tidak menjadi tetamu Allah(pergi masjid dan bersolat jemaah bagi kaum Adam), mana mungkin diakhirat nanti akan menjadi tetamuNya. Ini adalah kerana didunia lagi tidak kenal Allah bagaimana Allah akan mahu mengenal mereka.So for those yang liat2 lagi tu, kuat2kan semangat, tunaikan solat secara berjemaah dan istiqamah sebaik mungkin. Mudah2an kita mendpat syafaat di Padang Mahsyar nanti dimana hari yang tiada penolong kecuali Allah s.w.t.

Hatta kalau kita ada anak yang hafiz dsbnya yang dikatakan boleh memberi syafaat tapi jika Allah tidak izinkan tak ada daya upayalah kita sesuai seperti ayat kursi yang bermaksud "Siapakah yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izinNya?"

Demikianlah sedikit intipati ceramah. Banyak lagi isinya tapi sayang... setakat ini yang aku ingat, sebab...macam biasa penyakit lupa aku untuk bawa alat tulis untuk membuat catatan.

Monday, May 9, 2011

PANAS!?!!!!

Kebelakangan ini selalu kita dengar keluhan "panasssnya.... hari ni!". Sedarkah kita,sebenarnya kita telah komplain tentang ketentuan Allah s.w.t. Bayangkan jika kita melakukan sesuatu,apakah perasan kita bila orang kata, tak elok,tak best dan yang sewaktu dengannya. Tentu kita marah. Betul tak?

Apatah lagi ketentuan Allah. Hal cuaca, hujan panas bukan hak kita menentukan. Kita merasa tak seronok sebab panas, mungkin ada orang lain yang berdoa supaya hari panas,begitulah juga sebaliknya. Setiap apa saja kejadian diatas muka bumi adalah kerana ketetapan Allah dan ada hikmah disebaliknya.

Aku mengingatkan diri aku ini, agar tidak komplain apa saja ketentuan Allah. Sangat hiba rasanya untuk kita komplain. Sesama manusia pun tidak berapa manis dan menyinggung hati orang apatah lagi akhlak kita sepatutnya dengan Allah.Ucapan yang selayaknya kita sebut ialah "Alhamdulillah" segala puji hanya bagiMu ya, Khalik.Jika sesuatu itu kita khuatir menjadi musibah, berdoa adalah sebaik2 jalan dan lebih manis berakhlak dengan Allah.

Ya,Allah ampunkanlah keterlanjuran kami. Jadikan kami termasuk didalam golongan yang Engkau redhai...

Saturday, May 7, 2011

BOB, ISABELLA DAN TOK KENALI

Buku mengenai kisah hidup Bob Lokman yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik.Mudah2an kita semua diberi Allah kesudahan yang baik.

Sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Boleh dijadikan iktibar kepada remaja untuk tidak mengulangi kesilapan. (tu pun kalau bebudak tu suka membaca... kalau tak, kena juga buat versi CD) Ini pengalaman disekolah la... terutama pelajar2 yang nakal.

Cerita pasal pelajar yang nakal ni, teringat aku kisah anak murid aku. Sebagai seorang pendidik, aku rasa kita bukan aja memberi ilmu akademik, tapi juga membentuk sahsiah pelajar.So, satu hari aku tanya diorang "Subuh tadi kamu solat?" standard jawapannya "Belum!"

Sedih mendengarnya akupun buat la tazkirah pendek. Bebudak tu apa lagi, mulalah nak memperolokkan aku, sebab aku bukan ustazah. Sambil berseloroh diorang tanya, "Cikgu dah pergi Umrah(dia nak cakap pergi haji, tapi dia tak berapa reti)? Tengok sibuk aja pergi kursus kat masjid.(Diorang ni serkap jarang aja, saja nak mengenakan aku.Tahun ni mana ada aku gi kursus haji tu)". Tersentak juga la aku... tapi aku mantain cool aja. Sambil senyum,aku cakap... doa2kanlah saya... mudah2an,saya dapat pergi tahun depan.

Untuk membetulkan kesalahan perkataan Umrah yang diorang gunakan, aku cakap, "Alhamdulilah, tahun lepas saya gi haji.(Kali ni diorang pulak tersentak sebab baru perasan diorang salah sebut Umrah)".Perbualan tak berhenti disitu.

Bebudak tu cakap lagi. "Wah! sekarang ni kira... cikgu tak ada dosalah ya?" Masyallah... tersenyum aku dengar response diorang(Bebudak ni tingkatan 5, tapi kesian sangat, mentalitinya macam budak2 sekolah rendah.

"Kalau haji kita diterima...,Allah janji kita seperti bayi yang baru lahir tiada dosa. Tapi kalau lepas tu kita tak istiqamah jadi lebih baik dan buat maksiat, berdosalah balik", aku buat penjelasan."Oooo..." sambut diorang.

Lepas tu muka diorang bercahaya sedikit, diorang soal lagi "Best tak cikgu?" Aku jawab, "Alhamdulillah".Aku sambung tazkirah aku, "Bayangkan jika kamu meninggal dunia dalam keadaan kamu tak solat, agak2nya, apa kita nak jawab dengan malaikat dalam kubur nanti, mati tak tunggu tua, berapa ramai kawan2 kamu yang telah pergi mendahului kita semua?".

Aku harap2 anak2 ini dan anak2 aku juga, menjadi orang yang soleh. Amin.

YANG PASTI

“Aku mengetahui bahwa rezekiku tidak akan dimakan orang lain, maka tenteramlah hatiku. Aku mengetahui bahwa amalku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibuk mengerjakannya. Aku mengetahui bahwa kematian akan datang tiba-tiba, maka aku bersiap-siap menghadapinya. Dan aku tahu bahwa diriku tidak akan lepas dari pantauan Allah, maka aku merasa malu kepada-Nya”
(Imam Ahmad bin Hanbal)

Wednesday, May 4, 2011

POT-LUCK

Hari ni kat sekolah kitorang buat pot-luck. Menu utamanya mee udang. Mmm... yummy, memang kaw. Katanya pembuat kuah ni dah popular juga la. Kalau musim raya, dia tak menang tangan dapat order.Selain tu kawan2 bawa dessert.

Salah satunya puding roti air tangan ustazah Rahimah.Sedap, lemak berkrim, tapi tak boleh makan selalu. takut tak muat baju, ahaks...

Resipinya ada kat bawah.Korang cuba la ya...Lupa nak ambil gambar. Kalau ada gambar gerenti you all terliur.

PUDING ROTI

1 TIN(KECIL) SUSU PEKAT MANIS
1 TIN SUSU CAIR
1 SUDU GULA
4 BIJI TELUR
5 KEPING ROTI
1 CAWAN AGAR2
3 1/2 CAWAN AIR

CARA2NYA

1. MASAK AGAR2 HINGGA LARUT.
2. BLEND SEMUA BAHAN LAIN.
3. MASUKKAN DALAM AGAR2 YANG SEDANG DIDIH, KECIL API KACAU DAN ANGKAT.