Wednesday, December 21, 2016

KEMBARA TURKI 10-19 DIS 2016

Hi semua... lama mokcik tak hapdet. Tetiba jew rasa nak menulis berkongsi cerita. Semoga bermanfaat. 😊😊
Day 1
Istanbul ke bolu
perjln sekitar beberapa jam

otw solat di masjid Sultan Ahmed, digelar org masjid biru sebab dinding marmar didlm masjid berwarna biru.

Then gi Istana tokapi. Melihat sejarah susur galur pemimpin zaman otomon. Sallehudin Alayubi yg menakluk constantinople.

Bermlm di resort Bolu. Pertamakali lihat salji.
Cuaca sgt sejuk, suhu sekitar 1-3°c. berguna ler sarung tangan n baju tebal warna oren tue huhuhu. Vogue pulaks mokcik rasa.(mood perasan hahaha). excited giler kita orang n ahli jemaah rombongan πŸ˜†πŸ˜†



Day 2: Bolu ke Capadokia
Seawal 7.30 am bergerak. Begitu ler hari2 berikutnya. wakeup call 6am. Breakfast 6.30am. Solat subuh 7am (subuh masuk lewat... musim sejuk, malamnya panjang. Maghrib seawal 5.15pm)

otw kami melawat Musuem dan Makam Kamal Artatuk.

Bermalam di Hotel Suhan, Capadokiya selama 2 malam.

Day 3: Ziarah sekitar capadokia.

Tunggu utk naik hot ballon. Tak dpt sebab cuaca tak .mengizinkan. Blessing in disguise ler jugaks... hohoho selamat USD 400 belanja mokcik & pokciks πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Boleh guna utk melontar... yeehaa!!!

Jam 9pagi kami bergerak utk
melawat tempat buat karpet- handmade carpet. Harganya kus semangat. tersgtlah mahal. Berbaloi la dgn bahan yg digunakan iaitu sutera n bulu kambing. Hatga bergantung pd saiz n masa  utk menyiapkan karpet. Ada yg amik masa 4 thn dsbnya.

Lepas tue kami gi lawat tempat buat ceramic. Cantik2 hasil buatannyer. Ceramic yg guna bahan dimana ia bercahaya dlm gelap. Terpegun kitew dik non.

Kemudian gi melawat tempat barang kemas dari batu zirkon. Katanyer hanya terdpt di Turki. Batunya  boleh bertukar warna hingga 5 warna bergantung pd cahaya. dr brownish ke hijau dll. Harga boleh tahan juga. Kedai dlm hotel kami jual dgn harga jauh lebih murah bersama sijilnya. Moral of the story kalau u olls gi nanti beli di pasar2 biasa jew. Kat spice market, pun ada jual. Mokcik pun beli 1. Buat kenang2an... gitewπŸ˜™πŸ˜™

Lawatan di teruskan ke bekas kawah gunung berapi. Cantik tempatnya. tinggalan batu2nya membentu pelbagai rupa yg unik dan menarik.

Day 4 : Capodokia - Konya - Pamukalle.

Semasa tiba di hotel tiada terdpt salji. Alhamdulillah pagi hari turun utk checkout, salji telah tebal menutupi jln dan pokok. Pemandangan yg cantik utk kita yg sekali sekala tgk. Jakun ler pulaks.

Perjalanan kami terhenti seketika setelah berada lebih kurang 1j30minit. Jalan ditutup. Ribut salji tebal n terpaksa duduk didlm bas...whaaaa.

Tentafif terpaksa diubah. Bas berpatah balik. utk minum n gi WC (water centre) international symbol utk toilet.

Selepas  lunch perjalanan diteruskan ke konya yg amik masa 2 jam n seterusnya ke pamukalle dlm 4j.

Lawatan seterusnya ke makam Jalaludin al - Rummi pengasas tarian tarikat sufi n factory outlet dibatalkan huhuhuh. Itu risiko jenjalan masa winter. mood sedih

Dlm perjlnan dr Konya ke Pamukalle sekali lg trafik terhenti. Berderau kitew... Ada accident. Jalan licin sebab salji. Hancur keretanya. Tak sempat amik gambar.

Day 5:  Pamukalle
Kami melawat cotton castle - makna pamukalle dlm bahasa Turki. Disini ada 7 tunnel water. Warna putih di sana terjadi oleh proses pengoksidanan. Pemandangan sgt cantik. Ada aliran air panas yg sgt best bila disentuh sebab cuaca tersgt ler sejukkk. Disini adalah salah satu world heritage site. Hasil peninggalan dr gempa bumi.
Disini mokcik dpt beli cincin zirkonik yg boleh bertukar 5 warna ikut cahaya dgn harga jauh lebih murah dr tempat pameran di kapadokia.
Merasa juga aiskrim disini... sedap. Semua aiskrim dr susu kambing hokay!

Lunch di restaurant secara buffet. Makanan turki lagi. Wajib ada roti dan aneka sup. Kita layan jelah dik Non...
Solat di masjid. Masjid lama tapi senibinanya cantik.

Then kami lawat gua 7 sleepers-ashabul kahfi versi Turki. Ada ladang limau berhampiran.

Lepas tu lawat ephesus tempat lahir maryam ikut org kristian.
bandar tinggalan lama. sgt cantik senibina. diluar ada tempat melontar. turkish delight 7 paket 20lira, sampai tangga bas dikejar. Mokcik beli la... murah kottt.

Sampai hotel lebih kurang 6.30 pm di hotel suhan 360. Cantik hotel n bilik nyer. sarapan pg tak byk pilihan. makan roti n cornflakes aja. agaknya dia tau kita x makan sgt... tak sama selera gitew. Mokcik buat special request utk 3 minutes egg. maknya half-boiled ler dikkk. cakap half boiled dia x faham kuikuikui...

Day 5:  Kusadasi ke Bursa
Early morning gi tgk fashion show di kedai barangan kulit di Tolar Leather outlet. Jaket kulit utk wanita dan lelaki dr lamb n sheep skin. Yang paling mahal ialah lamb skin sebab lembut dan sgt ringan. Ada yg 2 layer, boleh pakai depan belakang. Tergoda ler juga... tapi reganya mak aiii nangis whaaa😭😭😭

Next pergi Green Mosque dalam nya tiles n ceramic warna hijau. Then proceed ke silk turki.

Otw nampak Lake Uluwat( tak tau la betul eja ke tak) small town sebelah highway.
Kiri kanan jalan salji turun lagi.

Day 6 : Bursa ke Istanbul
Singgah ke Munira outlet. Bermcm produk dr kosmetik, turkish delight, madu, safaron, minyak zaitun dll. Mokcik sempat menyambar minyak Argan 3 botol 75lira, kiranyer murah dari Mesia hohoho.

Perjln diteruskan dgn naik ferry di laut marmara ke Istanbul. Tiba di Istanbul lebih kurang 5 minit berjalan kaki ke restaurant utk lunch.

Lepas lunch kami round2 lagi..Beli belah di Spice market. Solat di masjid berhampiran.
Ada pelajar berkempen. Mokcik nie curious nak tau apa ke halnyer... Rupa2nya pelajar universiti berkempen penghayatan Al Quran dlm kehidupan. Alhamdulillah byk juga jumpa remaja yg bersolat diMasjid. Semoga Islam kembali bersinar. InsyaAllah

Day 7 Gerak ke lapangan terbang Turki ( lupa nama dia) transit Tehran then sampai ke bumi Malaysia jam 10.30pg. Home sweet home. Nasi lemak sambal ikan bilis dan teh ais satu....Rindu wooo 😍😍😍