Wednesday, October 27, 2010

UBAT TAHAN HAID

Ramai yang ingin tahu, samada perempuan yang pergi haji, kena makan ubat penahan haid atau tidak? Mengikut ustaz-ustaz dalam kursus haji yang aku hadir, mereka tak galakkan. Sebabnya dah banyak kejadian, dimana haid datang lagi huru hara, tak ikut aturan seperti selalu.

Ustaz terangkan, kalau pergi umrah dibolehkan ambil ubat penahan haid sebab waktunya pendek iaitu 14 hari. Tapi untuk buat haji sangat tidak digalakkan sebab, haji masa nya panjang.

Pada pendapat aku, lebih baik kita berserah dengan penuh harap kepada Maha Pencipta. Bemunajatlah sepenuh hati semoga Dia mengaturkan sebaiknya untuk kita. Doa aku selalu agar Allah mengizinkan aku sampai ke Tanah suci dalam keadaan bersih, dapat menunaikan haji dan umrah dengan sempurna, meninggalkan Rumahnya juga dalam keadaan bersih. Mudah-mudahan aku juga dapat bersembahyang 40 waktu di Masjid Nabawi. Makbulkan ya Allah.

Aku datang kepadamu ya Allah. Aku menyahut panggilan Mu ya Allah. Sesungguhnya segala pujian hanyalah bagi Allah, tuhan sekelian alam.Tiada sekutu bagiMu.

Sunday, October 24, 2010

TIPS HAJI

Bercakap tentang tips haji ni, macam-macam tips dan cerita yang aku dengar. Ada yang positif, ada yang negatif. Berkisahkan jarak tempat tinggal, karenah rakan sebilik, masalah tandas, nak buat haji Ifrad atau Tamatuk. Semuanya aku layan.

Ada yang cadangkan untuk beriktikaf sehari dua di MasjidilHaram dan tak perlu balik hotel. Aku angguk-angguk aja. Tak tahulah lagi sebab belum ada pengalaman. Tapi kalau ikut hati insyallah nak ikut macam yang disarankan oleh Prof. Kamil dalam buku dia. Rasa-rasanya dan mudah-mudahan mampu dan diberi kekuatan untuk mengikut saranan Prof.

Masalah nak kekalkan wudukpun merungsingkan aku. Sebab kalau di sini, selalunya bila berpergian, tandas R&R atau masjid selalu menjadi tempat singahan.Aku terbaca blog Pn. Roza isteri Prof. Aku ingin berkongsi doa beliau dengan semua. Mudah-mudahan Allah mengambil ini sebagai amal jariah beliau. Amin.

Ya Allah, kami datang ke rumahMu. Kami ingin beribadat dengan khusyuk dan tawaduk. Wahai tuhan, jangan sampai kami kerap ke tandas lantas mengganggu urusan ibadat. Peliharlah ibadat kami. Peliharalah wuduk kami. Jangan sampai urusan ke tandas itu menyusahkan kami.


Lagi satu,pesanan kawan-kawan, jaga percakapan. Jangan sesedap rasa aja. Bila difikir-fikirkan, sebenarnya begitulah kita sepatutnya amalkan dimana saja, di Malaysia mahupun di tanah suci. Tanah suci tu umpama tempat training. Semoga semua jemaah haji, termasuklah aku, akan dapat menjadikan ibadat haji ni sebagai sempandan atau titik permulaan untuk berubah kearah lebih baik. Dari semua aspek kehidupan, amalan, akhlak dan cara hidup. Mudah-mudahan kita semua dapat beristiqamah dalam menjaga yang fardu, meningkatkan yang sunat dan menjauhi yang haram dan makruh.

Sesungguhnya tiadalah daya upaya ku melainkan dengan pertolongan Allah s.w.t.
Bantulah aku ya Rahman ya Rahim.

KOMPLEKS HAJI KELANA JAYA





Sabtu semalam aku pergi menziarah bonda di Pekan,Pahang. Malamnya kerumah Chu Minah.Dia buat kenduri cukur jambul.Balik dari rumah bonda terus ke PJ hantar kak chik ke UIA then gi Shah Alam hantar kak long ke UITM. On the way ternampak papan tanda Kompleks TH, Kelana Jaya.

Suami ajak meninjau suasana. Katanya, nanti senang bila kami ke sana 3 Nov. nanti. Aku ikut aja. Sampai Kompleks TH kereta orang menghantar jemaah berbaris diluar. Ada tempat parking, tapi macam penuh aja. Agaknya hari Ahad ramai yang berpeluang menghantar.Kereta jemaah dibenarkan masuk.

Macam-macam gelagat. Ada yang lepak-lepak, ambil gambar, beli sim card. Yang bawa bekalan makanan yang banyak pun ada, cam nak gi picnic lagaknya. Aku ternampak kaunter pendaftaran penginapan.

Aku gi tanya, status jemaah yang bagaimana dapat penginapan. Terang petugas, bilik diutamakan kepada jemaah diluar Selangor. Aku saja nak tahu, samada aku yang dari Sabak Bernam ni, sungguh pun Selangor, tapi jauh juga. Alhamdulilah, jawapan positif diterima. Mengikut petugas pada hari mendaftar nanti datang awal dan cuba minta. Insyallah akan dipertimbangkan.

Melihatkan suasana sekitar konpleks TH, tak tahu lah samada nak bagi anak-anak hantar. Rasa-rasanya, cukup lah mereka menghantar di rumah saja. Mungkin semasa ketibaan pulang di KLIA anak-anak boleh datang ambil.

Monday, October 18, 2010

GURU QURAN

Semalam dan malam-malam sebelumnya aku mengaji bergurukan suami sendiri. Mak oii... GARANG. Banyak sangat komen. Untuk kebaikan kan,apa salahnya. Tapi bila selalu-selalu sangat, hati mula berkata-kata( cam berazam jugalah) aku akan buktikan aku boleh baca dengan baik dan lancar. Hati berdoa agar dapat jumpa guru yang sesuai.

Masyallah.Aku lupa untuk menggunakan sumber yang ada dirumah. Anak-anak! Itupun selepas quru quran anak (belajar secara talaqi) memuji bacaan anak. Subhanallah. Allah datangkan guru yang paling dekat. Tak perlu keluar rumah.

Syukur kehadratMu ya Allah kerana mengurniakan aku anak-anak yang sedemikian. Aku mohon agar lahir di kalangan zuriat keturunanku anak-anak yang hafiz.Amin.

Terimakasih tak terhingga buat Kak Chik dan Zakwan. Mudah-mudahan kalian and your other siblings will be soleh and solehah.

Mudah-mudahan kalian tidak jemu dan sabar mengajar dan membetulkan bacaan mak...

Thursday, October 14, 2010

JUBAH PUTIH

Hari ini sekali lagi, aku ke pekan, mencari jubah putih. Hari Selasa yang lalu, pergi tapi tak jumpa yang berkenan.

Alhamdullilah, akhirnya pencarian berhasil.Aku gi Zek Colletion. Masuk kedai, tanya jubah putih. Terpandang dan terus jatuh cinta pandang pertama,harga berpatutan dan simple. Syukur, ianya padan dan selesa.

Orang kata tak perlu jubah putih. Tapi aku ada terbaca yang kain ihram tu, sunat berwarna putih, terutama di Arafah. Bukankah di Arafah itu ibarat manusia di Padang Mahsyar. Masyallah.

Ya Allah, berilah keampunanmu kepada kami.Rahmati dan berkatilah hidup kami.
Ya Rahman, Ya Rahim.

MAJLIS KESYUKURAN

Entri sebelum ini, aku bercerita tentang niat kami tidak mengadakan kenduri. Tapi hebatnya perancangan Allah, Kami ingin diraikan. Kawan-kawan ingin mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat buat kami.

Kawan-kawan suami, berkeras untuk mengadakannya, walaupun suami merasakan mereka tidak perlu berbuat demikian. Walaubagaimanapun kami rasa bersyukur dan berterimakasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kami. Syukran Jazilan. Semoga Allah membalas budi baik kalian.

Kenduri yang pada awalnya tidak akan diadakan, telah menjadi 3 majlis (ditempat kerja,dimasjid dan surau). Insyallah dan Alhamdullilah.

Mudah-mudahan semua doa yang dipanjatkan dimakbulkan Allah. Dipermudahkan segala urusan dan kemabruran haji.

Amin Ya Rabbal alamin.

Tuesday, October 12, 2010

ANAK

"Siapa yang bakal menjaga anak?"Soal kawan-kawan.

Alhamdulilah makcik yang telah berkhidmat dengan kami semenjak 13 tahun yang lalu, sudi menghulurkan bantuan. Kebetulan pula anak sulung akan mula bercuti pada 12 Oktober 2010. Bermakna, makcik hanya perlu bermalam bersama 3 anak yang berada dirumah, selama 9 hari. Selebihnya dia cuma perlu datang seperti biasa dan membuat kerja rutin dirumah tanpa perlu bermalam.

Bila dilihat dari perancangan terasa sangat bersyukur di atas kurniaan Allah dengan anugerah nikmatnya. Dialah pengatur segala urusan. Ke HadratNya jua dipanjatkan doa agar memberi keselamatan ke atas orang dan harta benda yang ditinggalkan.

Percayalah bahawa, Allah tidak akan mempersia-siakan hambaNya yang ingin menghambakan diri di rumahNya. Bukankah Allah berfirman yang maksudnya lebih kurang begini :
Pergi haji adalah satu perniagaan yang tidak akan merugikan.

Insyallah.(Teringat lagu Maher Zain)

Monday, October 11, 2010

KURSUS HAJI PERDANA ALIF TRAVEL



Alif Travel mengadakan kursus perdananya pada 9 dan 10 Oktober 2010, bertempat di Masjid Padang Jawa, Klang Selangor.

Kursus ni untuk mengukuhkan lagi pengetahuan tentang tatacara haji. Teori dan amali. Rasa seronok tu bercampur baur, sebab disamping dapat ilmu dapat juga berjumpa kawan lama, Mas. Kawan zaman sekolah di Sek. Men. Teknik Tuanku Jaafar.

Selain dari maklumat haji, taklimat penebangan juga diberi. Kami dijangka berlepas pada 5 pagi, 4hb.November 2010 dan kembali ke malaysia pada 16 December 2010.

Disamping itu Alif Travel mengagihkan barangan hadiah, seperti buku bimbingan zikir dan doa bagi haji,umrah dan ziarah. TH dan Badan koprat pun ada menyumbangkan buku-buku panduan haji, doa dan sebagainya. Memang tak perlu beli.

Perasaan semakin berdebar-debar, antara tidak sabar dan takut... Takut mendengar cerita yang pelbagai. Mohon Allah mudahkan perjalanan kami dan mudahkan segala urusan dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan diterima Allah. Amin.

HADIAH SUMBANGAN KOPRAT


Pada 6 Oktober,2010 Pejabat Tabung Haji Sungai Besar, menjemput kami untuk mengambil, gelang pengenalan haji(tercatat nama,kad pengenalan, no. tel. TH dan nama Malaysia), beg galas (untuk muasassah) dan barang hadiah.

Jemaah haji, di panggil tetamu Allah. Bila kita cakap aja tetamu Allah, mesti dilayan baik. ya tak? Itu sebab, tabung haji mendapat respon yang bagus dari sahabat kopratnya. Macam-macam hadiah untuk jemaah haji,contohnya;Kain ihram, beg pakaian, buku doa/zikir,colgate, krim muka/kaki,tikar plastik dan mungkin ada lagi semasa jemaah akan berlepas.Syukran Jazilan.

Dalam banyak-banyak barang yang di beri, aku paling suka botol spray. Memang sangat bermanafaat dan dapat menjimatkan air untuk wuduk. Berguna sangat dalam kapalterbang dan di Masjid nanti, insyallah.

Sekarang ni, suami ada 3 pasang kain ihram. So lebih dari cukup dan tak perlu beli lagi. 2 pasang hadiah dari Alif travel dan 1 pasang lagi hadiah sumbangan badan koprat.
Aku pula dapat 2 pasang telekung dari Alif. Alhamdulilah

KENDURI

Soalan cepu emas yang selalu ditanya bila terpilih menunaikan haji,selain dari tarikh penerbangan, ialah "Bila nak kenduri?". Bila orang tanya susah juga aku nak jawab.

Sebenarnya sejak dulu lagi tiap kali orang ke Mekah untuk haji, kebiasaannya orang akan mengadakan kenduri. Ada juga timbul persoalan dalam diri, kenapa orang buat kenduri? Yang sebenarnya suami memang tak bercadang untuk mengadakan kenduri.Katanya biar kita memecahkan adat.Aku ikut aja. Tapi bila kawan-kawan rapat tanya tergugat juga pendirian. Akupun mencari-cari maklumat mengapa perlu kenduri. Dalam pencarian tu adalah beberapa pandangan yang pro dan kontra.

Yang pro, mengatakan kenduri adalah satu cara untuk berjumpa kawan-kawan dan memohon kemaafan juga keselamatan diri semasa keberangkatan di sana nanti. Yang kontra pula mengatakan kenduri tu, lebih sesuai diadakan selepas kembali, tanda kesyukuran setelah berjaya melakukan haji. Pada aku kedua-duanya okay. So, pada yang nak buat kenduri, bolehlah dibuat sebab, bila tanya ustaz, ustaz cakap harus...
Apa-apapun tepuk dada, tanya selera.

Friday, October 1, 2010

TELEKUNG

Masa berihram, disunatkan memakai putih. Jemaah Wanita Malaysia biasanya pakaian ihramnya ialah Jubah dan telekung. Telekung ni kalau kita tengok ada macam-macam fesyen.Harga pun berbeza-beza. Tengok kualiti dan hiasan.

Perkara penting yang perlu diutamakan ialah telekung tu, tak jarang atau membayang. Kata Ustaz Ismail Kamus : Orang perempuan kena ambil berat perkara ni. Sebab kalau jarang/membayang maknanya tak sempurna menutup aurat. So kalau tak sempurna menutup aurat, maknanya tawaf nanti tak sah. Kalau tawaf tak sah, jawabnya tak sah haji.Kalau Kita tahalul,sedangkan haji kita belum sempurna, kan ke susah sebab kita masih dikira dalam ihram. Kita masih lagi tertakluk pada pantang larang ihram.Jawabnya kes naya...

Jadi, saya nak ingatkan diri saya juga. Yang eloknya kita jahitkan lapik kain lain dalam telekung sampai paras bahu atau lebih.Atau kita cari telekung yang kainnya tebal.

Labuh telekung ni, ada macam-macam cadangan dari kawan. Ada yang kata jangan labuh-labuh sangat. Masa tawaf, terutamanya, takut ada orang tertarik. Diorang cadangkan biar paras tangan labuhnya. Aku ada beli satu, masa kursus bersiri. Memang selesa. Muka telekungpun dijahit kemas, bukan yang bergetah. So takda lah terkeluar rambut.

Terkeluar rambut pun satu hal juga. Tak sah tawaf kalau nampak rambut walaupun sehelai. Aku mengingatkan diri aku juga. Hati-hati...

DAFTAR HAJI

Kalau ada keinginan untuk pergi haji, eloklah pergi daftar. Lagi awal, lagi baik. Jangan jadi macam aku. Aku ingat bila duit dah cukup aja, bolehlah minta pergi. Silap tu... Kena tunggu giliran.

Cukupkan dalam TH deposit RM 1300. Dah boleh daftar. Katanya kalau daftar sekarang dapat giliran 10 hingga 15 tahun dari sekarang. So pada yang muda-muda tu kalau nak pergi haji sebelum 40 tahun, daftar lah sekarang.

Aku tu ada sikit kesal jugalah sebab daftar lewat. Bukan takda yang mengingatkan.Tapi saja tak ambil indah. Ingatkan tak ada giliran. Rupa-rupanya tak begitu.

Ramai orang tak tahu perkara ni. Tu sebab aku nak kongsi kesah ni, so that orang tak buat silap macam aku.Berapa ramai orang yang ingat, bila duit dah penuh dalam TH,diorang akan panggil. Ada satu kisah dalam buku "Kembara Hati". Seorang pakcik marah-marah kat TH sebab tak pangil-panggil dia untuk gi haji.Sangka dia kalau duit dah penuh Th akan tawarkan pergi haji. Bila orang tanya, "Pakcik dah daftar?" Dia tanya balik kena daftar ke?, Pendek kata memang ramai orang tak tahu. So pada yang belum tu... kena daftar haji di mana-mana tabung haji yang berhampiran. Sampai giliran dapatlah tawaran.Kecuali warga emas, yang umur 75 tahun ke atas. Mereka diberi keutamaan. Bayangkan kalau kita pergi pada usia itu, larat ke?!?...

Jangan berlengah lagi, Daftarlah sekarang.Tak kira nak pergi dengan muasasah atau pakej. Daftar mesti dengan TH.