Friday, October 1, 2010

TELEKUNG

Masa berihram, disunatkan memakai putih. Jemaah Wanita Malaysia biasanya pakaian ihramnya ialah Jubah dan telekung. Telekung ni kalau kita tengok ada macam-macam fesyen.Harga pun berbeza-beza. Tengok kualiti dan hiasan.

Perkara penting yang perlu diutamakan ialah telekung tu, tak jarang atau membayang. Kata Ustaz Ismail Kamus : Orang perempuan kena ambil berat perkara ni. Sebab kalau jarang/membayang maknanya tak sempurna menutup aurat. So kalau tak sempurna menutup aurat, maknanya tawaf nanti tak sah. Kalau tawaf tak sah, jawabnya tak sah haji.Kalau Kita tahalul,sedangkan haji kita belum sempurna, kan ke susah sebab kita masih dikira dalam ihram. Kita masih lagi tertakluk pada pantang larang ihram.Jawabnya kes naya...

Jadi, saya nak ingatkan diri saya juga. Yang eloknya kita jahitkan lapik kain lain dalam telekung sampai paras bahu atau lebih.Atau kita cari telekung yang kainnya tebal.

Labuh telekung ni, ada macam-macam cadangan dari kawan. Ada yang kata jangan labuh-labuh sangat. Masa tawaf, terutamanya, takut ada orang tertarik. Diorang cadangkan biar paras tangan labuhnya. Aku ada beli satu, masa kursus bersiri. Memang selesa. Muka telekungpun dijahit kemas, bukan yang bergetah. So takda lah terkeluar rambut.

Terkeluar rambut pun satu hal juga. Tak sah tawaf kalau nampak rambut walaupun sehelai. Aku mengingatkan diri aku juga. Hati-hati...

No comments:

Post a Comment