Thursday, August 18, 2011

HIMPUNAN DOA LAILATUL QADAR

Allah menjajnjikan malam yang tebaik dari seribu bulan dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi mereka yang beramal pada lailatul qadar. Mari sama2 kita rebut peluang ni dan meningkatkan amal di 10 malam terakhir ini dengan penuh ikhlas dan ayuh kita panjatkan doa untuk kebaikan hidup dunia dan akhirat.Semoga Allah memakbulkannya.

“Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rizki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)”

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. ”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Surga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. ”

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal maupun di akhirnya, secara terang- terangan maupun rahasia. Ya Allah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Maha hidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. ”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, ‘afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan. “
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku. ”

“Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meski hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. ”

“Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat. ”

“Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”

“Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya. “

Wednesday, August 17, 2011

KHILAF PENDAPAT

Kebelakangan ni heboh orang berbeza pendapat tentang isu membaca al quran menggunakan pembesar suara sebelum azan subuh. Aku terpanggil untuk mencari kebenaran. Ada kihilaf pendapat katanya... Apa2pun selagi ianya tidak lari dari prinsip islam kita kena raikan. Tapi tahu ke kita adab2 perbezaan pendapat ni? Aku google2 jumpa atikel ni. Aku kongsikan di sini,semoga memberi manfaat.

Ibn as-Solah berkata, “Ketahuilah, sesiapa yang memandai dalam fatwa dan amalannya dengan mengikuti satu-satu pendapat dalam suatu masalah, dan beramal dengan mana-mana pendapat yang disukai, tanpa melihat dan bergantung kepada kajian dalam mentarjihkannya, maka sesungguhnya dia adalah jahil dan melanggar ijmak”.

Manhaj yang perlu dilalui dalam menyaring dan memilih pendapat para ulama, ialah berpandukan kaedah-kaedah di bawah:

PERTAMA:

Apabila terserlah bahawa satu-satu pendapat lebih kuat dan rajih berbanding pendapat-pendapat lain, berdasarkan dalil masing-masing, maka hendaklah memilih pendapat yang paling kuat dalilnya.

Bagi orang awam, dua orang mujtahid yang berselisih pendapat diibaratkan sebagai dua dalil yang bercanggahan. Sebagaimana seorang mujtahid wajib membuat pemilihan antara dalil-dalil, begitulah seorang awam mesti membuat pemilihan antara pendapat dua orang mujtahid.

Timbul persoalan, bukankah orang awam tidak mampu untuk mentarjih (memilih pendapat)? Ya, Orang awam tidak dituntut mentarjih seperti kaedah mujtahid mentarjih. Ia cukup rumit. Orang awam hanya mentarjih antara dua pendapat yang muktabar. Lagipun, tidak benar mengatakan orang awam langsung tidak mempunyai kemampuan memilih atau memahami dalil. Walaupun tidak menyamai taraf mufti dan mujtahid, sekurang-kurangnya dengan mendengar hujahan mereka, seorang awam dapat membuat keputusan pendapat mana yang dilihat kuat.

Jika tidak mampu untuk melihat kekuatan pendapat berdasarkan hujahan masing-masing, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.

KEDUA:

Mengambil pendapat majoriti ulama, dan ditarjihkan oleh ramai ahli ilmu. Kerana dengan cara memilih pendapat kebanyakan ulama, kemungkinan untuk berlaku kesilapan adalah lebih tipis, berbanding dengan mengambil pendapat yang dipilih oleh segelintir atau beberapa ulama sahaja.

Jika kaedah ini tidak dapat diaplikasi disebabkan bilangan yang sama atau hampir sama, sehingga tidak kelihatan salah satu pendapat mempunyai kelebihan dari sudut bilangan mujtahid yang mendokongnya, maka hendaklah berpindah kepada kaedah yang seterusnya.

KETIGA:

Mengambil pendapat ulama yang dilihat lebih tinggi ilmunya dan kelihatan lebih warak dan bertaqwa daripada yang lain. Kerana taqwa kepada Allah adalah salah satu faktor mendapat petunjuk Allah kepada pendapat yang lebih benar.

Ketinggian ilmu dan ketaqwaan seseorang ulama boleh diketahui berdasarkan kemasyhurannya, rujukan penuntut ilmu terhadapnya, atau melalui pengalaman kita mendengar dia menjawab soalan dan menyebut hujahan.

Jika orang awam tidak mengetahui perihal keilmuan dan ketaqwaan antara muft-mufti, dan baginya mereka sama sahaja, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.

KEEMPAT:

Mengambil pendapat yang paling berjaga-jaga atau paling selamat (Ihtiyath). Contohnya, mufti A berfatwa hukum sesuatu masalah ialah wajib, dan mufti B berfatwa hukumnya sunat. Berdasarkan kaedah ini, hendaklah memilih pendapat mufti A kerana ia lebih berjaga-jaga. Begitu juga antara fatwa haram dan harus, hendaklah memilih fatwa haram kerana lebih selamat.

Diriwayatkan bahawa Al-Laits bin Saad berkata, “Apabila datang perselisihan, kami mengambil yang paling ihtiyath (berjaga-jaga atau selamat)”.

Jika kaedah mengambil langkah jaga-jaga tidak boleh digunakan kerana tidak jelas, atau mengambil pendapat yang berjaga-jaga membawa masyaqqah, maka bolehlah berpindah kepada kaedah terakhir.

KELIMA:

Mengambil pendapat yang paling mudah antara pendapat-pendapat yang muktabar. Kerana dimaklumi bahawa syariat Islam dibina di atas prinsip memudahkan dan tidak memberatkan umat. Banyak ayat-ayat Quran dan hadis yang menjelaskan prinsip ini. Nas-nas itu menjadi saksi bahawa boleh mengambil pendapat yang paling ringan dalam situasi kepayahan.

Tetapi kaedah memilih pendapat paling ringan hanya boleh diaplikasi setelah keempat-empat kaedah sebelum itu tidak dapat digunakan. Jangan terlalu mudah melangkah kaedah-kaedah tersebut untuk mencapai kaedah terakhir ini. Seseorang yang terlalu kerap menggunakan kaedah mengambil pendapat mudah, perlu memperbanyakkan muhasabah adakah dia benar-benar memahami manhaj ini?

PENUTUP:

Demikian manhaj yang perlu dilalui oleh seseorang yang bukan mujtahid dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat di hadapannya. Lima kaedah yang perlu diikuti, supaya pemilihan satu-satu pendapat adalah berdasarkan prinsip dan bukan hawa nafsu semata-mata. Lima kaedah tersebut ialah:

i- Yang disokong oleh dalil.

ii- Yang disokong oleh majoriti.

iii- Yang lebih alim dan bertaqwa.

iv- Yang lebih berjaga-jaga.

v- Yang lebih ringan.

Wallahu A’lam.

Dipetik dari blog: Surur muhkamat

Monday, August 15, 2011

SOLAT DHUHA

Kita selalu dengar tentang solat ini.Selalunya aku tengok orang tua/dewasa yang melaksanakannya. Tapi hari ini aku betul2 gembira melihat beberapa pelajar yang melakukannya. Masyallah... semoga pelajar2 ini kekal istiqamah dalam mencari redha Allah.

Kita sendiri macam mana? Semoga kita dapat mengikuti jejak pelajar2 ini dan menjadikan amalan yang baik mendarah daging dalam diri kita. Mengambil sempena bulan Ramadhan marilah kita meningkatkan amal. Mudah2an Allah swt meredhai kita.

Ya, Allah bantu kami agar kami dapat istiqamah dan kekal berakhlak mulia hingga akhir hayat kami. Amin

IMAM SYAFIE

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada
datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan
penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah
beliau. Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie
juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh
perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak
berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’. Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian
beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

"Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh." Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu "Warahmatullah." "Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh." Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: "Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata
dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?" Imam Syafie menjawab: "Tidak saya ucapkan kata "Warahmatullah" kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri." Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud: "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama
yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa."

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: "Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman." Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: "Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk
menolak tuduhan atas dirimu." "Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan
sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6: "Hai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

"Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah
umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah." Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: "Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie."

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu
sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.
(Di petik dari laman Briged Al-akhdor LR2)

Sunday, August 14, 2011

PUDING RAJA PEKAN PAHANG

Semalam balik ziarah bonda di kampung. Petang jalan2 cari juadah berbuka. Aku nak share satu manisan yang sedap dari Pekan.

Harganya sebekas RM5. Mahal tapi memang 'pada sebab bahan yang digunakan memang agak mewah.... Apa2pun korang layan ja la ya. Bulan puasa ni semua sedap.

RESEPI PUDING RAJA PEKAN

Bahan-bahan ( 15-20 orang )
• 2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
• 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
• 1/2 sudu teh garam
• 5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
• sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
• 1/2 paket prune
• 1 paket gajus masin
• 1 tin cocktail

Cara-cara
1. susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2. kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3. Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4. Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.


RESEPI JURAI MAS

Bahan-bahan ( 5 orang )
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara
1. Tapis kuning telur dan pukul sedikit
2. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3. Angkat dan ’tos’kan.
4. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
5. Hidangkan

p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.


Friday, August 12, 2011

DOA YANG PALING UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN

Dalam bulan ramadhan ni, amalan yang paling utama ialah berdoa.Nabi s.a.w. menyebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu:
“Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”,
iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya.

Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

Mudah2an kita manfaatkan bulan ini sepenuhnya dan semoga kita termasuk golongan orang yang ampunkan doasa dan redhai.Ameen.

Monday, August 1, 2011

CARA NABI PUASA

Bulan Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah diberi Allah peluang untuk berjumpa dengannya lagi. Alangkah ruginya juka puasa kita tidak meningkat-ningkat sesuai dengan bertambahnya usia. Semoga puasa kita kali ini lebih baik dari yang sebelum2nya dan mudah2an puasa kita diterima Allah sebagai satu lagi amalan soleh,Amin.

Nak yang terbaik, Allah datangkan kepada kita contoh yang terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w.Macamana nabi berpuasa? Secara ringkasnya Nabi menjaga:

i. Perkara wajib dalam diri
sembahyang, menuntut ilmu, zakat,

ii. Perkara wajib dalam keluarga
Nafkah, menjaga keluarga, mendidik keluarga

iii. Perkara wajib pada masyarakat
Menjaga keamanan masyarakat

2. Menjaga diri dari yang haram
Nabi berpuasa dengan menjaga perkara yang diharamkan seperti berdusta, mengumpat, sumpah palsu, memandang dengan syahwat. Jika seorang isteri menjadi derhaka, jika seorang anak menjadi anak yang derhaka, jika suami menjadi suami tidak menunaikan tanggungjawab.

Kepentingan menjaga perkara haram ini hingga Nabi pernah berkata bahawa, ramai orang yang berpuasa tidak ada apa bagi puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.

3. Membanyakkan amalan yang sunat
Banyak benda sunat yang disuruh kita buat seperti bersahur memperbanyakkan sembahyang sunat memperbanyakkan membaca quran, menghadiri majlis Ilmu, bersegera berbuka ketika telah masuk waktu, solat tarawikh, solat malam dan lain-lain lagi.

4. Menghindarkan yang makruh
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zohor dan sebagainya

5. Memikirkan kebesaran Allah
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakkur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya.

Dengan banyak mengingati Allah, maka hati ini akan terus dibimbing oleh Allah swt.

Inilah lima perkara, bagaimana Nabi berpuasa. Semoga dengan mencontohi Nabi berpuasa, kita akan lebih menjaga kualiti puasa kita. Semoga, ketaqwaan yang dikurniakan kepada orang yang berpuasa, diberikan kepada kita, dan semoga Allah terus memberikan kebaikan kepada kita di dunia mahupun di akhirat

Kredit: Ustaz Amin