Semalam balik ziarah bonda di kampung. Petang jalan2 cari juadah berbuka. Aku nak share satu manisan yang sedap dari Pekan.
Harganya sebekas RM5. Mahal tapi memang 'pada sebab bahan yang digunakan memang agak mewah.... Apa2pun korang layan ja la ya. Bulan puasa ni semua sedap.
RESEPI PUDING RAJA PEKAN
Bahan-bahan ( 15-20 orang )
• 2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
• 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
• 1/2 sudu teh garam
• 5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
• sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
• 1/2 paket prune
• 1 paket gajus masin
• 1 tin cocktail
•
Cara-cara
1. susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2. kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3. Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4. Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.
RESEPI JURAI MAS
Bahan-bahan ( 5 orang )
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara
1. Tapis kuning telur dan pukul sedikit
2. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3. Angkat dan ’tos’kan.
4. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
5. Hidangkan
p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
No comments:
Post a Comment