Amalan zikir adalah ringan amalannya tetapi berat timbangannya di sisi Allah swt. Walau pun ringan dan mudah tapi kita selalu terlalai untuk mengerjkannya. Betul tak? Ini sebab kita tak menjadikan ia amalan.Sebenarnya kalau kita sedang bekerja sekalipun kita boleh berzikir. Untuk berzikir tidak memerlukan kita berwudhuk dan menutup aurat.
Aku kongsi cerita tentang Nabi Idris as.Nabi Idris as, setiap kali mahu menusukkan jarum, pasti akan mengucapkan kalimah yang empat, iaitu “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar”.
“Baginda (Nabi Idris as) adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah swt berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57).
“Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisiKu seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10),”
Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa amalan paling utama selepas amalan fardhu ialah zikrullah.
Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Mahukah kamu aku tunjukkan amalan paling utama dan paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal lehermu? Para sahabat menjawab, “Tentu wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”
Aku mengingatkan diri dan ingin mengajak rakan2 pembaca untuk sama2 kita manfaatkan masa yang tersisa,sementara nyawa di kandung badan.
Ya Allah, bantulah kami, lembut dan basahkan lidah kami untuk sentiasa mengingati dan menyebut namaMu. Ameen...
No comments:
Post a Comment