Wednesday, February 23, 2011

SURAT TABUNG HAJI

Yesterday I received a letter from TH. Berdebar2 pula hati. Manalah tahukan... kot2 diorang tersilap,terhantar surat tanda dapat terpilih gi haji lagi tahun ni... Ahaks...What a hope?!?...

Rupe2nya, dapat sijil dan surat ucapan tahniah kerana menjadi ahli rombongan haji 2010. Mula2 aku aja dapat. Aku menyakat suami.Aku kata, orang yang haji mabrur aja yang dapat kot... Alhamdulillah ari ni surat suami pula sampai...

Sekarang ni musim kursus hajilah pula...Ikutkan taqwimnya kursus mula 20 februari so setiap hari Ahad akan diadakan kuliahnya. So for those who're going to attend the course, Selamat berkursus dan rajin2lah menuntut ilmu, mudah2an mendapat haji yang mabrur.

MELONTAR?

Berapa kali melontar? soal kawan aku yang baru aja mendapat surat 'standby' untuk gi haji. Teruja sungguh aku bila dengar giliran kenkawan pula utk ke Mekah.

Diingat2kan kami pergi melontar 3 kali.(sebab aku nafar awal).Jarak antara khemah di Mina dengan tempat melontar dalam 3 - 4 km, so mutawwif kami bawa kami melontar aqobah sebelum subuh 11 zulhijah kemudian kami solat subuh. After solat subuh kami pusing sekali lagi tempat melontar untuk melontar pertama.Diorang kata, 2 in 1, tak perlu berjalan jauh +- 7km lagi. Kami yang buat nafar awal ni, pergi melontar ke dua pada pagi berikutnya, 12 zulhijah. Kami solat subuh ditepi jalan sebelum ke tempat melontar.Then terus berjalan ke hotel di Mekah(niatkan dalam hati tak berpatah balik ke Mina untuk musim haji kali ini).Gitulah ceritanya.

Orang yang nafar thani, diorang melontar kedua pada hari ke 13 zulhijah sebelum subuh, then after solat subuh diluar kawasan melontar,diorang pusing balik untuk melontar ke 3, selesai melontar diorang berjalan balik ke khemah untuk tunggu bas ke Mekah.(semuanya 4 kali lontar)

Sunday, February 20, 2011

SAKIT

Ari ni aku dapat menghayati nikmat sihat. Sebab dari semalam aku demam. Masyallah...

Sesungguhnya,tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia2 tetapi untuk diambil iktibar oleh orang2 yang mau berfikir.

Memang mulut aku ni celupar sikit. Aku baru mengatakan/bersembang dengan kawan bahawasanya orang yang Allah timpakan penyakit beruntung kerana dapat mendekatkan diri padaNya.

Bila sakit ni, kesimpulan aku, mungkin orang yang diuji sakit akan dekat padaNya dan tak mustahil juga bertambah lalai. Apa taknya dalam keadaan yang tidak berupaya, mengerjakan solat sangat berat. Memang terasa Pening dan terhoyong hayang. Kalau tak dikuatkan semangat memang kantoi. Alhamdulillah semasa menunaikan haji aku dan suami omputih kata in the pink of health. Rasa simpati betul dengan orang2 yang Allah timpakan penyakit. Mudah2an mereka dan aku cepat sembuh. Amin...

Rebutlah SIHAT SEBELUM SAKIT...

RAHMAT

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk membawa rahmat.

Kupasan Kuliah Subuh di Masjid sempena maulud Nabi s.a.w. sangat simple tapi berkesan.Ustaz kata, Nabi s.a.w. membawa rahmat ke seluruh isi alam, manusia,haiwan,tumbuh2an,termaksuk juga jin.

R mewakili risalah yang syumul. Maknanya ajaran agama Islam itu lengkap

A mewakili akhlak. Sebaik2 akhlak ialah akhlak nabi s.a.w. Panjatkan lah doa ke hadrat Allah s.w.t. agar mengurniakan kita dan zuriat keturunan kita akhlak yang baik seperti Rasullulah

H Hukum. Kita mesti berhukum mengikut apa yang terkandung didalam kitab al-quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w.Bukan dalam bab nikah kahwin saja tetapi dalam semua konteks kehidupan seperti bab muamalat, jenayah dan sebagainya. Jangan sekali-kali kita mengatakan hukum hudud itu kejam, sebab Allah maha mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.

A Amal. Hidup mesti beramal mengikut ajaran Islam.

M Muafakat. Hidup mesti bermuafakat di bawah panji2 Islam, bukan yang lain seperti bangsa dan sebagainya.

T Taqwa. Mesti lah kita bertaqwa.Kalau ada rasa taqwa, walau dimanapun kita berada, kita akan tetap mengikut syariatNya. Kita dapat merasakan Allah sentiasa melihat apa saja yang kita buat dan dimana saja berada.

Mudah2an tazkirah ringkas sempena maulud ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua, yang mengaku menjadi umat Nabi s.a.w.

Tuesday, February 15, 2011

TENTATIF ACARA SAMBUTAN MAULUD

Sana sini kita dengar,orang menyambut Maulidurasul pada 12 Rabiulawal. Tempat aku pun tak ketinggalan. Acara sambutan dimulai, seawal 4 pagi.Qiamulail di masjid... Solat tahajud,tasbih,taubat,hajat dan witir.Berakhir lebih kurang jam 8 pagi dengan Kuliah subuh.

Perkara pertama yang ustaz kata, ialah, kita sambut maulud yang membawa maksud meraikan Nabi s.a.w. bukan maulid.

Mengikut penerangan ustaz, 2 perkataan tu lain maknanya dalam bahasa Arab.Maulid ertinya menyambut kelahiran Nabi s.a.w. manakala maulud maknanya meraikan nabi s.a.w.

So, mari kita gunakan istilah yang betul. Aku quote kata2 al-hidayah: "Betulkan yang biasa,biasakan yang betul".

Moral of the story, lain kali kita guna istilah maulud yang ertinya kita cuba menghayati ajaran yang di bawa Nabi s.a.w sehingga akhir hayat kita, bukan maulid yang maksudnya sambutan hari lahir(rasionalnya sambut hari lahir,so sehari aja la...).

wallahualam...

THE CHOSEN ONE

Entri sebelum ni,aku kongsikan nasyid dolu2.Sesuai dengan masa seperti hadis nabi s.a.w. yang maksudnya lebih kurang "Didiklah anakmu mengikut zamannya". Bak kata2 klise yang kita selalu dengar, "dulu lain sekarang lain".

Ari ni aku nak pamirkan lirik lagu Maher Zain;The Chosen One.Nasyid kontemporari,gitu...

Kalau nak dengar korang layan le kat youtube. Aku nak upload kat sini,tak berapa nak laju. Ape2pun hayati liriknya dalam bahasa omPutih. Korang faham ke? Kalau tak, takut buang letrik je. Ahaks...

THE CHOSEN ONE
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL

Teringat aku lagu Al-Mizan: Junjungan Mulia, zaman den kocik dulu, kata orang nogori. Rasa aku nasyid ni ni memang evergreen. Kalau korang yang bebudak muda, nak tahu camna lagu nya.Layan aja kat Youtube, insyallah ada. So liriknya ada kat bawah. Korang layan je lah...

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )

Maulidur rasul atau kata bebudak sekarang Beseday baginda Rasullulah s.a.w. jatuh pada 12 Rabiulawal, bersamaan 15 Februari tahun ni. Sambutan yang selalunya kat Mesia ni, amalan berarak. Ustaz kata berarak sambil berselawat tu bagus la juga. Yang tak bagusnya, berarak punya berarak terbabas waktu solat, alasan penat, takda maknanya...

So, aku ingatkan diri aku yang selalu alpa ni, agar selalu berselawat ke atas nabi s.a.w. Kata Nabi orang yang paling kedekut adalah orang yang bila disebut nama Nabi tidak mau berselawat ke atasnya. Selawat yang paling pendek ialah:
Sallalahu Alai Wasalam.Kata ustaz kalau nak pendek lagi,konon sibuk bebenor... Hah tak payah baca terus. Hahaha amik kau...

Lagi satu fadhilat atau kelebihan selawat ni, adalah kita akan mendapat syafaat Nabi,insyallah. Nak dapat syafaat Nabi s.a.w. kena usaha sungguh2.Amalkan sunnah Nabi s.a.w lagi satu asbab untuk dapat syafaatnya dan cara kita nak menunjukkan kasih kita terhadap Nabi.Hayati sirah Rausulullah, pasti kita rasa terharu dan merasa hebatnya pribadi beliau.Diakhir hayat rasul,dia masih risaukan tentang kita umatnya. Mudah2an kita termasuk dalam golongan yang Nabi mengaku umatnya.Amin

ZIKIR 2

Sambungan entri terdahulu. Aku baru teringat, apa lagi 2 perkara dari 5 perkara yang kita harus rebut...
1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit.

Lagi satu amalan yang aku diingatkan oleh mutawif aku di Mekah, Ustaz Mat untuk dilaksanakan ialah membaca surah Al-Kahfi, setiap hari Jumaat.Surah ni adalah surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat.

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Jom kita amalkan. Saya seru pada diri sendiri, kaum keuarga n kenkawan. Baca je le sikit,tiap ari Jumahat, bak kata orang putih slow and steady wins the race...

ZIKIR

Ari Jumaat,tadi dalam alHidayah,penceramah jemputannya Ustaz Amin,ada bercerita tentang zikir yang ringan dimulut tapi berat timbangannya diakhirat. Nak tau apa? Ya 3 serangkai: Subhanallah,Alhamdullilah, Allahuakbar. Kalau rajin tambah lagi Lailahaillalah... So, jom kita praktik bersama. Tak payah kira2 berapa kali, just baca je bila teringat. Make sure istiqamah. Mudah2an kita berbahagia diSana...

Ustaz ni pun ada cerita,bagaimana orang baru mati minta,dihidupkan semula untuk mereka berzikir yang diatas tu, sebab dah nampak keafdalannya.

So, mari kita lakukan 5 perkara sebelum tiba 5 perkara:
- Hidup sebelum mati
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sibuk
-Apa lagi ek? Lupalah pula... takpa la, korang carilah sendiri. Kalau rajin sambung le kat bahagian komen. ok?!?

Friday, February 11, 2011

BAITULLAH

Teringat aku baru2 ni di TV9 rancangan agama kanak2 jam 6.30 ptg. Ustaz explain kenapa orang yang gi haji,pasti akan rasa rindu untuk kembali ke sana lagi.

Kalau tak silap aku ustaz mengupas ayat quran tentang menunaikan haji.Dalam quran Allah menyebut Baitullah, sebab bait tu maksudnya rumah.Jadi bila rumah,semua orang sudah pasti rindu akan rumah mereka.So... that's why semua jemaah haji akan selalu terkenang2 untuk kesana lagi...

Ya, Allah berilah kami kesempatan untuk berziarah ke rumahMu lagi...

Thursday, February 10, 2011

VALENTINE'S DAY

Isu kupasan siaran Halaqah ari selasa lepas. Ustaz jemputannya muda orangnya tapi sangat menarik kupasan yang di bagi.

Ustaz kata, orang Islam tidak wajar menyambutnya. Ada 3 versi cerita valentine's day ni. Ia memang bersangkut dengan amalan agama kristian. Kesimpulannya, peringatkan lah anak2, adik2 dan sedar mara kita, yang sememangnya saja2 suka2 nak ikut orang putih. Amalan mengikut yahudi dan nasrani ni memang tercela dan ada hadis sahih mengenainya.
Dikhabarkan, kalau di Jordan tempat ustaz belajar dulu, kedai bunga ditutup sempena Valentine's ni,sebab diorang takut subahat. Punya baguihnya...

Akhir kalam, Jagalah diri kita dan keluarga kita agar tidak terjerumus ke dalam amalan yang akan menjerumuskan kita ke neraka Allah s.w.t. Naudzubillahhi min zalik...

Monday, February 7, 2011

SEKOLAH SEMULA

Hari ni sekolah dibuka semula setelah seminggu bercuti Taun Baru Cina ma...Walaupun cuti seminggu masih ada lagi pelajar tiounghua tak puas bercuti.Diorang sambung lagi ari ni. Bersangka baik,mungkin flight diorang delay ke,ada sedara sakit ke atau ada sebab2 lain yang munasabah.

Walaubagaimanapun pelajar yang hadir tetap perlu diraikan. Teringat aku ceramah Dato' Dr Fadhilah Kamsah, jangan kita hukum orang yang datang dan tepat pada waktunya dengan menunggu yang lambat dan ponteng(opss... tak dapat hadir. Aku setuju 100%.Cukup time kita teruskan pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.

Mudah2an mereka yang hadir dapat membantu kawan2nya nanti bila diorang muncul balik ke sekolah.

Thursday, February 3, 2011

WALIMATUL URUS

Musim cuti ni apa lagi kalau tak meriah dengan orang nak mendirikan masjid. Hari ini saja ada 3 jemputan, 1 dalam kawasan jiran tetangga aku dan 2 lagi rakan sejawat. Alhamdulillah bertemu jodohnya. Mudah2an berkekalan hingga ke surga.

Teringatlah pula lagu Mahir Zain "Barakkallah... sesuai sangat la dan bertepatan bagi yang inginkan hiburan yang Islamik masa majlis kahwin.

3 kenduri, di tiga tempat yang berbeza suasana,di dewan,taman perumahan dan rumah banglo. Di taman perumahan aku masih lagi ada amalan gejubos(istilah jawa untuk gotong royong).Tapi amalan ni dah tak berapa popular. Mungkin disebabkan zaman dah berubah dan suasana dah berbeza. Kalau dulu ramai orang datang tolong, sekarang... tak semeriah dulu. Masing2 ada komitment lain.

Tuesday, February 1, 2011

MATI ITU PASTI

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang aku kenali.Baru 3 tahun dia menikmati masa persaraan. Kita, insyallah akan menyusul... Mudah2an rohnya dicucuri Rahmat.

Bercakap tentang mati ni, aku teringat semasa di MasjidilHaram setiap waktu selepas solat fardhu, jemaah akan bersolat jenazah. Ada sekali tu sampai 3 kali. Solat jenazah ni besar fadhilatnya. Tapi sedih... tak ramai yang mahu melakukannya, kalau di Malaysia. Ramai yang lepak dan bersembang. Pada aku, kalau nak bersembang baiklah beredar aja. Hormati dan simpatilah dengan keluarga simati yang sedang bersedih.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Kalau nak kira solat jenazah paling mudah, tak payah ruku',tak payah sujud. 4 takbir aja. Kalau perempuanpun boleh turut sama meyembahyangkan jenazah. Harap2 situasi ni akan jadi amalan biasa bagi kita semua, bila menziarahi jenazah