Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL

Teringat aku lagu Al-Mizan: Junjungan Mulia, zaman den kocik dulu, kata orang nogori. Rasa aku nasyid ni ni memang evergreen. Kalau korang yang bebudak muda, nak tahu camna lagu nya.Layan aja kat Youtube, insyallah ada. So liriknya ada kat bawah. Korang layan je lah...

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )

Maulidur rasul atau kata bebudak sekarang Beseday baginda Rasullulah s.a.w. jatuh pada 12 Rabiulawal, bersamaan 15 Februari tahun ni. Sambutan yang selalunya kat Mesia ni, amalan berarak. Ustaz kata berarak sambil berselawat tu bagus la juga. Yang tak bagusnya, berarak punya berarak terbabas waktu solat, alasan penat, takda maknanya...

So, aku ingatkan diri aku yang selalu alpa ni, agar selalu berselawat ke atas nabi s.a.w. Kata Nabi orang yang paling kedekut adalah orang yang bila disebut nama Nabi tidak mau berselawat ke atasnya. Selawat yang paling pendek ialah:
Sallalahu Alai Wasalam.Kata ustaz kalau nak pendek lagi,konon sibuk bebenor... Hah tak payah baca terus. Hahaha amik kau...

Lagi satu fadhilat atau kelebihan selawat ni, adalah kita akan mendapat syafaat Nabi,insyallah. Nak dapat syafaat Nabi s.a.w. kena usaha sungguh2.Amalkan sunnah Nabi s.a.w lagi satu asbab untuk dapat syafaatnya dan cara kita nak menunjukkan kasih kita terhadap Nabi.Hayati sirah Rausulullah, pasti kita rasa terharu dan merasa hebatnya pribadi beliau.Diakhir hayat rasul,dia masih risaukan tentang kita umatnya. Mudah2an kita termasuk dalam golongan yang Nabi mengaku umatnya.Amin

No comments:

Post a Comment