Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk membawa rahmat.
Kupasan Kuliah Subuh di Masjid sempena maulud Nabi s.a.w. sangat simple tapi berkesan.Ustaz kata, Nabi s.a.w. membawa rahmat ke seluruh isi alam, manusia,haiwan,tumbuh2an,termaksuk juga jin.
R mewakili risalah yang syumul. Maknanya ajaran agama Islam itu lengkap
A mewakili akhlak. Sebaik2 akhlak ialah akhlak nabi s.a.w. Panjatkan lah doa ke hadrat Allah s.w.t. agar mengurniakan kita dan zuriat keturunan kita akhlak yang baik seperti Rasullulah
H Hukum. Kita mesti berhukum mengikut apa yang terkandung didalam kitab al-quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w.Bukan dalam bab nikah kahwin saja tetapi dalam semua konteks kehidupan seperti bab muamalat, jenayah dan sebagainya. Jangan sekali-kali kita mengatakan hukum hudud itu kejam, sebab Allah maha mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.
A Amal. Hidup mesti beramal mengikut ajaran Islam.
M Muafakat. Hidup mesti bermuafakat di bawah panji2 Islam, bukan yang lain seperti bangsa dan sebagainya.
T Taqwa. Mesti lah kita bertaqwa.Kalau ada rasa taqwa, walau dimanapun kita berada, kita akan tetap mengikut syariatNya. Kita dapat merasakan Allah sentiasa melihat apa saja yang kita buat dan dimana saja berada.
Mudah2an tazkirah ringkas sempena maulud ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua, yang mengaku menjadi umat Nabi s.a.w.
No comments:
Post a Comment