Friday, July 29, 2011

WAHAI TUHAN...

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.

Thursday, July 28, 2011

AHLAN RAMADHAN

Andainya ini ramadhan terakhir kita...

wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

kredit:Tausyiah275

Friday, July 22, 2011

MAY ALLAH BLESS US...

I want to die on my forehead on the ground,
The sunnah in my heart,
Allah on my mind,
Quran on my tongue,
And tears in my eyes.

Wednesday, July 20, 2011

MENGHADAPI UJIAN ALLAH...

Ketika kau merasakan dan berkata....

KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dansesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA JADI CAMNI?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

MENGAPA UJIAN SEBERAT INI??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)

MERASA PUTUSASA??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA AKU HENDAK MENGHADAPINYA? ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??

"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA NAK AKU HARAP??

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -(Surah At-Taubah ayat 129)

TAK TERTANGGUNG DERITA INI!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

Berpegang teguh dan ingat firman Allah di dalam Kitab Al quran...

Monday, July 18, 2011

JAGA LISAN

Peringatan buat diri sendiri...

“Barang siapa yang memelihara apa yang ada di antara janggutnya (yakni lisannya) dan apa yang ada di antara kedua pahanya (yakni kemaluannya) karena aku, “ sabda Rosulullah, “nescaya akan kujamin dia masuk surga” (HR Bukhari). Sesungguhnyalah, “Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah dua lubang, yaitu mulut dan kemaluan” (HR Tirmidzi)

Oleh itu wahai mulut,berfikirlah semasak2nya sebelum berkata-kata, atau jika tiada yang baik untuk diperkatakan lebih baik diam,sesuai dengan hadis Nabi s.a.w...

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia mengucapkan kata-kata yang baik atau diam” (HR Bukhari Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, “Setiap ucapan Bani Adam itu membahayakan dirinya (bukan memberi manfaat), kecuali kata-kata berupa amar ma’ruf nahi munkar dan Dzikrullah ‘Azza wa Jalla!” (HR Trimidzi)

Mudah2an coretan ini membekas buat diri dan juga taulan yang membacanya.

Ya, Allah lindungi kami dari sifat sum’ah (sekadar mencari kemahsyuran), ujub, riya dan takabur.

Sunday, July 17, 2011

RENUNGAN BUAT PARA ISTERI

Aku jalan2 melayari internet terjumpa dgn catatan ini dan aku ingin berkongsi dengan korang. Perkara yang selalu terjadi, bila kita berumahtangga kita lupa bahawa pasangan kita itu berbeza dengan kita dlm pelbagai aspek, baik cara berfikir,cara bertindak, cara meluahkan perasaan dsbnya. Allah jadikan perbezaan itu untuk jadi rencah dan juga sebagai ujian. Belajarlah kita menerima pasangan kita seadanya.Jangan ditambah statistik penceraian yang sudah sememangnya tinggi.Banyakkan sabar dan bersikap redha terutama pasangan muda,yang masih mencari keserasian. Dan bagi pasangan yang dah berusia(orang lama)belajarlah menyemai cinta agar ianya sentiasa segar. Carilah surga didunia sebelum kita berpindah ke alam yang kekal abadi.Hidup didunia hanya sedetik cuma,himpun sebanyak mungkin pahala dan minimakan diri dari berbuat dosa.

Korang layan ceritanya...

Cinta Yang Pada Suami Yang Semakin Pudar
Suami saya adalah serorang akitek, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Wallahualam.....

Saturday, July 16, 2011

SEMAKAN ARAH KIBLAT

Pada setiap 28 Mei(5.16 ptg) dan 16 Julai(5.28ptg) setiap tahun,Jabatan Mufti membuat semakan arah kiblat kaedah istiwa Utama Matahari di Ka'abah. Apa maksudnya?

Istiwa' Utama Matahari atau istiwa'adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa'.Peristiwa ni akan berlaku dua kali setiap tahun apabila nilai sudut istiwa' matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah dimana kaabah terletak.

Apabila istiwa' utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat2 lain di muka bumi.

Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia,bayang tiang akan jatuh ke arah timur.Dengan itu arah Kiblat ialah yang menghadap ke arah Barat.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN KIBLAT

Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik2nya ditanah lapang. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.(Sila rujuk waktu SIRIM cth;waktu di tv)

Firman Allah, AlBaqarah 2:149 "Dan dari mana sahaja engkau keluar(untuk mengerjakan sembahyang),maka hadapkanlah muka kamu ke arah Masjid al Haram(Kaabah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan.

SUMBER: JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Saturday, July 9, 2011

KULIAH MINGGUAN KHAMIS

Dah lama tak menulis. Takda idea. Bila tengok ada regular pengunjung blog,(perasan... macam la ramai...hi,hi,hi) kesian pula tak da pengisian baru. Hari ni cuba tulis entri baru. Mudah2an menyentuh hati.

Kita selalu amalkan membaca surah Yassin setiap malam khamis.(Tiada nas yang sahih) Ni bukanlah satu kesalahan cuma Nabi s.a.w. menyuruh kita membaca surah Al Kahfi setiap Hari Jumaat. So mari kita sama2 amalkan.

Setiap kali kita masuk Masjid jangan lupa niat iktikaf semoga kita mendapat pahala setiap detik kita berada didalamnya. Ni selalu aku lupa.

Ustaz menyeru kita supaya tergolong dalam 4 kumpulan manusia ini, iaitu orang mengajar lebih baik dari orang yang belajar, orang yang belajar lebih baik dari orang yang mendengar, orang yang mendengar lebih baik dari orang yang kata aja dia cintakan ilmu.(Orang ni tak mengajar,belajar dan mendengar, sekadar suka aja...)

Sempena bulan Syaban dimana tak lama lagi akan muncul Ramadhan al mubarak ustaz berpesan agar kita meningkatkan amal. Semoga kita mula mentarbiah diri dan tarbiah yang Allah datangkan dlm Ramadhan mudah2an menjadikan kita orang bertakwa.

Satu lagi ustaz sentuh tentang mencari barokah dalam hidup berkeluarga. Ustaz kata mengikut statistik ramai orang kahwin,tetapi orang bercerai pun ramai. Sedih. Ustaz menambah lagi, jika inginkan rumahtangga yang diberkati, seharusnya dimulakan semasa majlis pernikahan. Jaga adab2nya. Buat kenduri kahwin adalah sunah tapi bila dicampur dengan karaoke dah jadi bab lain la...

Satu cerita yang ustaz bawa yang aku nak kongsi. Kata ustaz mereka yang buat kenduri dengan ada karaoke ni, tau juga nak menghormati ustaz. Bila ustaz datang diorang pun pasang la lagu cam 'pergi tak kembali'. Then bila tengok ustaz belum siap makan, maklumlah ustaz tua umur 75 tahun, diorang sambung lagi dengan lagu 'selimut putih', terrus tak lalu makan... lawak sungguh ustaz.