Saturday, July 16, 2011

SEMAKAN ARAH KIBLAT

Pada setiap 28 Mei(5.16 ptg) dan 16 Julai(5.28ptg) setiap tahun,Jabatan Mufti membuat semakan arah kiblat kaedah istiwa Utama Matahari di Ka'abah. Apa maksudnya?

Istiwa' Utama Matahari atau istiwa'adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa'.Peristiwa ni akan berlaku dua kali setiap tahun apabila nilai sudut istiwa' matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah dimana kaabah terletak.

Apabila istiwa' utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat2 lain di muka bumi.

Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia,bayang tiang akan jatuh ke arah timur.Dengan itu arah Kiblat ialah yang menghadap ke arah Barat.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN KIBLAT

Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik2nya ditanah lapang. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.(Sila rujuk waktu SIRIM cth;waktu di tv)

Firman Allah, AlBaqarah 2:149 "Dan dari mana sahaja engkau keluar(untuk mengerjakan sembahyang),maka hadapkanlah muka kamu ke arah Masjid al Haram(Kaabah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan.

SUMBER: JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment