Saturday, July 9, 2011

KULIAH MINGGUAN KHAMIS

Dah lama tak menulis. Takda idea. Bila tengok ada regular pengunjung blog,(perasan... macam la ramai...hi,hi,hi) kesian pula tak da pengisian baru. Hari ni cuba tulis entri baru. Mudah2an menyentuh hati.

Kita selalu amalkan membaca surah Yassin setiap malam khamis.(Tiada nas yang sahih) Ni bukanlah satu kesalahan cuma Nabi s.a.w. menyuruh kita membaca surah Al Kahfi setiap Hari Jumaat. So mari kita sama2 amalkan.

Setiap kali kita masuk Masjid jangan lupa niat iktikaf semoga kita mendapat pahala setiap detik kita berada didalamnya. Ni selalu aku lupa.

Ustaz menyeru kita supaya tergolong dalam 4 kumpulan manusia ini, iaitu orang mengajar lebih baik dari orang yang belajar, orang yang belajar lebih baik dari orang yang mendengar, orang yang mendengar lebih baik dari orang yang kata aja dia cintakan ilmu.(Orang ni tak mengajar,belajar dan mendengar, sekadar suka aja...)

Sempena bulan Syaban dimana tak lama lagi akan muncul Ramadhan al mubarak ustaz berpesan agar kita meningkatkan amal. Semoga kita mula mentarbiah diri dan tarbiah yang Allah datangkan dlm Ramadhan mudah2an menjadikan kita orang bertakwa.

Satu lagi ustaz sentuh tentang mencari barokah dalam hidup berkeluarga. Ustaz kata mengikut statistik ramai orang kahwin,tetapi orang bercerai pun ramai. Sedih. Ustaz menambah lagi, jika inginkan rumahtangga yang diberkati, seharusnya dimulakan semasa majlis pernikahan. Jaga adab2nya. Buat kenduri kahwin adalah sunah tapi bila dicampur dengan karaoke dah jadi bab lain la...

Satu cerita yang ustaz bawa yang aku nak kongsi. Kata ustaz mereka yang buat kenduri dengan ada karaoke ni, tau juga nak menghormati ustaz. Bila ustaz datang diorang pun pasang la lagu cam 'pergi tak kembali'. Then bila tengok ustaz belum siap makan, maklumlah ustaz tua umur 75 tahun, diorang sambung lagi dengan lagu 'selimut putih', terrus tak lalu makan... lawak sungguh ustaz.

No comments:

Post a Comment