Thursday, September 8, 2011

BARANGAN YANG PERLU DIBAWA

Aku nak share tentang maklumat barangan yang perlu dibawa masa musim haji.Dari pengalaman aku, tak perlu bawa barang banyak sangat.Cukup sekadarnya.Barang2annya:
1. Telekung 3 pasang(Tak perlu kain)
2. Seluar panjang 3 helai.
3. Jubah/baju kurung(Ikut selesa, aku selesa jubah)3 helai.(Boleh beli 1-2 disana nanti sebagai tambah2an)
4. Ubat2an secukupnya yang kita selalu ambil cth: ubat demam, ubat gastrik,ubat darah
tinggi.Bawa lebih pun tak apa,boleh sedekah dengan kenkawan(yg sesuai la spt ubat demam)
5. Ubat batuk/gula2 ubat batuk cth: woodmint pepermint cure dan yg sewaktu dgnnya.(Beli sekotak, niat untuk sedekah, ramai yang batuk, memang kesian tengok, kalau yang teruk tu)
6. Tuala wanita dan panty liner.
7. Stokin tebal yg tak licin masa jln waktu tawaf.
8. Tudung biasa 1 helai (Kalau boleh biar labuh,senang bawa solat dan ziarah)
9. Minyak angin(aku selalu pening so aku bawa tapi alhamdulilah disana sihat tak
pening, boleh sedekah dengan orang)
10.Berus dan Ubat gigi,sikat,shower foam,hanger.(Kita baru sampai susah nak cari
kedai, so bawa siap2 senang)
11.Sandal yang lembut.
12.Krim tumit/lip gloss yg x berbau.(elok disapu sebelum kaki pecah. Mencegah lebih baik dari mengubati.)

No comments:

Post a Comment