Thursday, September 1, 2011

MAKNA HARI RAYA BAGI ANAK KECIL

First of all nak ucapkan kepada semua pengunjung blog TakabALLaLAh mina wa minnkum. Mohon ampun dan maaf seandainya ada yang tertulis mengundang kemarahan dan menjadi tohmahan kepada yang membaca. Semua yang baik dari Allah dan yang lemah itu adalah kerana kelemahan diri.

Okeh back to our topic, aku nak cerita tentang anak2 yang beraya. Anak yang bongsu(setakat ini... hi,hi,hi berlapik orang kata) masih disekolah rendah. Macam biasa bebudaklah paling hapi bila raya. Petang tadi anak aku ni minta izin beraya sekitar kawasan perumahan dengan kenkawan dia. So aku kata ok.

Nak jadi cerita, lepas maghrib, aku ajak anak sambung tadarus al quran and yang kecik tu ikut sama. Sebab nak gi beraya dia mengaji dulu, tinggal 2 baris lagi, kawan dia bagi salam... Lama sikit tunggu kenkawannya balik dulu. Seusai sibongsu abis ngaji kakak diapun kasi tahu, kawannya datang. Apalagi marah la sebab tak bagi tahu awal sampai kenkawannya meninggalkannya.Langsung tarik muka.

Mujur kawannya datang semula. Nak jadi cerita baju melayu raya tak sempat basuh.Apalagi merajuk la... katanya mana boleh raya... baju raya tak ada. masyallah...bersalah rasanya sebab merenjatkan mood raya dia. Begitu la anak2...

Terbayang aku jika aku tak berkemampuan menyediakan pakaian baru buat anak2. Sedih mengingatkan mereka2 yang tidak berkemampuan. Ya, Allah syukur ku panjatkan kehadratmu atas kurniaan rezeki dari mu. Mudah2an semua saudara seislam ku yang lain berbahagia di hari semua orang gembira. Kurniakan lah kepada kami dari sisiMu rezeki yang halal dan berkat. Amin

No comments:

Post a Comment