Wednesday, February 29, 2012

TERBATAL IMAN

Masyallah.Manusia ni memang mudah lupa. Dua tiga hari ni heboh tentang video Dr Mahathir yang mengatakan tiada dalam Quran tentang hukum hudud.Tapi ayat2 dibawah ni, apa maknanya?

Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)
“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

Ini antara surah dan hadis tentang hudud.Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, sangat tidak layak,kita manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka orang tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari dunia ciptaan Allah swt ini ke sebuah dunia ciptaan sendiri.


Subhanallah. Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam. Ramai kita takut tentang orang yang murtad saja, tapi kita lupa sebenarnya, banyak lagi perkara yang membatalkan iman. Apa sebab dan akibat kalau terrbatal iman? Minta dijauhkan Allah... segala amalan kita dikira batal atau kosong.Seandainya kita sedar... kemudiannya... bagaimana amalan kita yang puluhan tahun yang kita kerjakan tu... takut2 kita menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.Sedangkan amalan yang kita buat tu tak tentu Allah terima, apatah lagi kalau dah terbatal iman.

Salah satu dari rukun iman kan percaya pada Kitab iaitu Al Quran. Beriman kepada al Quran itu bukan dengan mengambil sebahagian yang menguntungkan kita saja, yang tak mengikut nafsu kita... kita tolak...

Peringatan buat diri sendiri. Berhati2 untuk menyokong golongan yang menolak Al- Quran ni, Jangan sekali2 kita menolak, atau ragu, atau tak percaya, walau satu ayat, hatta satu huruf pun dari ayat-ayat Allah s.w.t. Sama2 kita cari ilmu dan bermohon agar Allah menjaga dan menerima iman kita sehingga akhirat.

1 comment:

  1. Merkur Casino Review for 2021 | Pros and Cons + Pros
    Merkur Casino is a reputable online https://access777.com/ casino 바카라 사이트 with https://septcasino.com/review/merit-casino/ more casino-roll.com than 1000 games. This casino features over 1400 games including ventureberg.com/ classics like

    ReplyDelete