Monday, September 26, 2011

ANTARA DEBAR DAN TIDAK SABAR

Aku pasti bagi bakal tetamu Allah, perasaan ini akan bertamu. Aku dapat bayangkan keadaan aku semasa menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke Mekah buat pertama kalinya untuk menunaikan haji. Sekali lagi tahniah diucapkan kerana anda2 semua kerana anda adalah antara yang terpilih untuk kesana tahun ini. Pasti perasaan rindu untuk ke sana lagi akan bertandang. Seperti aku sekarang, macam orang rindukan kekasih...

Pesan aku satu saja,gunakan peluang disana sebaik mungkin. Banyakkan menghabiskan masa di Masjidil Haram. Kalau terrdaya tawaflah setiap hari. Sekadar duduk di tangga dataran kaabah sambil melihat kaabah pun ok juga. Janganlah jadikan alasan tak sedap badan untuk bermalas2. Banyakkan berdoa semoga sihat dan dapat istiqamah dalam beramal. Ikhlaskan hati. Segala amal ibadah kita adalah tanda kita mensyukuri nikmatnya.

Lagi satu banyakkan memohon keampunan dari Allah. Semoga kita dipanggil olehNya dalan keadaan Allah swt redha dan merahmati kita.

Ya,Allah tetamuMu datang menyahut panggilanMu ya Allah. Ampuni dan rahmatilah kami...

No comments:

Post a Comment