Thursday, September 8, 2011

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi bakal jemaah haji 2011, diucapkan selamat menunaikan haji,semoga mendapat haji mabrur. Bagi mereka yang masih menunggu keputusan rayuan, teruskan berdoa mudah2an dimakbulkan Allah s.w.t.

Aku cuma nak share sedikit perkara bagi jemaah terpilih. Nanti masa di sana, antara Maghrib dan Isya' kita ada banyak waktu selain dari membaca Al Quran,berzikir dsbnya aku nak cadangkan agar para jemaah haji agar dapat melakukan Solat Sunat Awwabin.(Peringatan buat diri sendiri juga).Solat ini besar fadhilatnya.

Sembahyang sunat Awwabin ialah sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Ianya sunat dikerjakan selepas sembahyang fardhu Maghrib dan berakhir dengan masuknya waktu ‘Isya’ dan afdhal sembahyang ini dikerjakan segera setelah selesai sahaja dari mengerjakan zikir-zikir sembahyang fardhu Maghrib berserta Ba‘diyyahnya. Selepas sembahyang Ba’diyyah, tambahkan lagi sembahyang dengan 4 sunat awwabin dengan 2 salam. Fadilat sembahyang sunat 6 rakaat atau sunat awwabin ini pada waktu Maghrib tanpa berbicara, pahalanya sama dengan kita beribadah selama 12 tahun.


Sebelum mendirikan solat, disunatkan membaca doa berikut (saya tulis maksud doa itu saja):

Ertinya: Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tuliskan dalam rekodku sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya tiada TUHAN yang lain melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu hamba-NYA dan utusan-NYA, kalam itu benar. Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar dan pasti akan datang tidak ragu lagi. ALLAH akan bangkitkan mayat dari kubur, ya ALLAH aku simpankan di sisi-MU penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan kepadanya. Ya ALLAH, simpankanlah dengan amalan, ampunkanlah dengannya dosaku, beratkanlah dengannya timbanganku yang baik dan pastikanlah dengannya

Lafaz niat dan kaedah/bacaannya.

(a) Pada dua rakaat pertama

Lafaz niat: Sahaja aku menunaikan solat sunat Awwabin serta memelihara iman, dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas membaca surah Al-fatihah pada tiap-tiap rakaat, baca surah:
- Al-Qadr sebanyak 1 kali.
- Al-Ikhlas sebanyak 6 kali.
- Al-Falaq sebanyak 1 kali.
- An-Naas sebanyak 1 kali.

Selesai memberi salam, baca doa yang bermaksud:
Ya, ALLAH, sesungguhnya aku menyerahkan imanku kepada peliharaan-MU, maka imanku itu semasa hidupku, semasa matiku dan selepas matiku. Sesungguhnya ENGKAU Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

(b) Pada dua rakaat kedua

Lafaz niat: Sahaja aku menunaikan solat sunat Awwabin, dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas membaca surat Al-fatihah pada rakaat pertama, baca surah:
- Al-Kafirun sebanyak 1 kali

Selepas membaca surah Al-fatihah pada rakaat kedua, baca surah:
- Al-Ikhlas sebanyak 1 kali

(c) Pada dua rakaat ketiga

Lafaz niat: Sahaja aku menunaikan solat sunat Awwabin dan Istikharah, dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas membaca surat Al-fatihah pada rakaat pertama, baca surah:
- Al-Kafirun sebanyak 1 kali

Selepas membaca surah Al-fatihah pada rakaat kedua, baca surah:
- Al-Ikhlas sebanyak 1 kali

Selepas memberi salam, bacalah doa ini:

Ertinya: Ya ALLAH, pilihlah untukku barang yang padanya kebaikan dan keelokan pada urusan agamaku dan duniaku, dengan rahmat ENGKAU wahai TUHAN yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Makbulkan cita-citaku dan perkenankanlah, ya ALLAH yang sangat pemurah.

No comments:

Post a Comment