Wednesday, January 12, 2011

MASJID QUBA



Hadis Nabi s.a.w. "Barang siapa yang berwuduk dari tempat tinggalnya, kemudian ke Masjid Quba, dan sembahyang 2 rakaat didalamnya, maka dia mendapat satu pahala umrah". Hadis diriwayat oleh Ahmad, Nasa'i, Ibn Majah, dan Al-Hakim.

Sebab ni lah, travel agensi, aku bawa kami setiap pagi selepas sarapan jam 7 pagi, 7 kali berturut-turut naik van, gi masjid Quba. Bila teringatkan ni rasa rindu sangat dengan suasananya. Bergegas kami, ambil wuduk dibilik, then naik van ke masjid.Dalam van ada tazkirah ringkas dari ustaz. Suka betul aku, kalau ustaz Mat yang bagi tazkirah, rasa terkesan sangat.Masyallah.

Masa kami di Madinah, cuaca sejuk. So bergunalah pashmina (macam selindang) yang aku beli.

Masjid ni ada 2 tingkat. Aku nasihatkan jemaah haji, naik lah ke atas. Janganlah bersesak2 dengan jemaah lain. Kadang2 pelik juga dengan perangai manusia ni, suka nak bersesak2 dan berebut2. So kalau nak jaga hati dari berkata2, sembahyanglah ditingkat atas. Bukannya jauh pun...

Sementara menunggu van datang, kami melontar (istilah kami bagi shopping) sekeliling masjid. Banyak orang berjual. Macam2 ada.

SUJUD SAJDAH

Aku dapat pengalaman pertama melakukan sujud sajadah, semasa Subuh Jumaat di Masjid Nabawi. Semasa perjalanan ke masjid, suami pesan supaya aku peka dengan bacaan surah Imam. Hubby cakap kalau imam mula dengan Alif Lam Mim, hati-hati kemungkinan kena sujud sajdah. Alhamdullilah dapat lah aku buat sujud sajdah dalam solat buat pertama kalinya.

Tapi banyak jemaah yang tak tahu, kesian... Diorang rukuk, instead of sujud. Ustaz kata batallah sembahyang sebab tambah rukun, kena sembahyang semula.

So bakal2 haji belajarlah surah sajdah. (sekurang2nya tahu bila nak sujud)sayang kalau tak dapat 40 waktu berjemaah di masjid Nabawi. Dalam you tube banyak, kalau malas baca. Carilah ilmu sebelum mengerjakan haji. Usahalah sungguh2, bukan senang nak dapat peluang ke sana lagi.

Mudah2an kita termasuk dalam golongan orang yang Allah redhai. Amin.

SUJUD

Di Masjidilharam dan masjid Nabawi, imamnya selalu sujud dan rukuk lama. Pada mulanya aku tertanya-tanya juga, apa yang imam baca, rupa2nya, menurut ustaz, imam baca bacaan nya 11 kali.

So bila sujud dan rukuk aku pun baca 11 kali, memang betul... ngam2 masanya. So bakal2 jemaah haji, kalau imam sujud/rukuk lama, bacalah 11 kali. Bacalah dengan tertib, mudah2an amalan kita diterima Allah. Amin.

Wednesday, January 5, 2011

TAMAN SURGA DI MASJID NABAWI



Raudah adalah satu tempat yang semua orang nak pergi bila ke Masjid Nabawi. Sebabnya menurut Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

Selepas Isya', suami menemankan aku ke masjid untuk ke Raudah, menziarahi makam nabi. Aku masuk ke raudah bersama Mas, rakan lama/sebilik di Mekah. Pengalaman pertama masuk memang macam terpinga2. Orang berebut2 nak masuk karpet hijau. Alhamdulillah dapat peluang bersolat 2 rakaat,walaupun dalam keadaan yang sesak. Bila aku toleh belakang aku nampak 2 jemaah sembahyang dengan amannya disitu. Ya Allah teringin nak dapat begitu.

Allah maha mendengar. Kali ketiga pergi, aku solat hajat sebelum masuk, alhamdullilah, Allah beri peluang aku dapat solat dengan tenang sekali. Masyallah.

Nasihat aku satu aja. Apa-apapun kemahuan kita munanjatlah seikhlas dan sepenuh hati kepadaNya. Insyallah dikabulkan. Benarlah kata orang, di sana Allah tunjukan makbulnya doa kita.

Hasbi rabbi, jalallah, maa fi qalbi qairullah.

Monday, January 3, 2011

UJIAN

Bila kita kata ujian Allah,selalu terbayang perkara yang susah, tapi sebenarnya kita terlupa, kesenangan dan keselesaan pun satu ujian Allah. Kanapa aku cakap macam tu?
Pengalaman aku di Madinah, buat aku rasa begitu.

Di Madinah, boleh dikatakan kami dalam keadaan yang sangat selesa. Bilik hotel yang cantik dan luas, makanan yang best, masjid dekat, bandarnya bersih. Walaupun dekat masjidnya, kadang-kadang aku terpaksa solat di dataran sebab, Masjid penuh... Sedih sangat rasanya...

Ruang solat lelaki banyak, suami sentiasa dapat pilih, ruang didepan atau belakang, walaupun semasa berjalan ke Masjid, azan sedang berkumandang, sedihnya banyak jemaah lelaki yang memilih untuk sembahyang didataran.Cemburu betul aku sebab orang perempuan terpaksa berebut2 untuk dapat ruang dalam Masjid.

Ustaz cakap, solat diluar cuma dapat pahala berjemaah, tak dapat pahala itikaf, so kalau aku sembahyang didataran, selalunya aku cuba masuk setelah habis solat agar aku dpt itikaf dan solat tahiyatul masjid.

SEMBAHYANG DI DATARAN MASJID

Di Masjidilharam, seingat aku ada sekali, aku terpaksa sembahyang di dataran, bawah jambatan. Difikir-fikirkan, mungkin sebab aku selalu berkata-kata dengan suami, "Kenapalah jemaah haji ni tak masuk kedalam masjid. Dalam Masjidilharam ni, sebenarnya banyak lagi ruang kosong. Insyallah.

Nak jadi pengajaran, satu Asar, tak ingat sebab apa, kami terlewat ke Masjid (dalam perjalanan azan berkumandang).Apalagi tak cukup kaki kami melangkah laju... malangnya sampai dataran, orang iqamat. Kelamkabut cari port. Nampak sekumpulan jemaah wanita di bawah jambatan sedang buat saf, ada satu sejadah yang dah siap dibentang. aku minta izin untuk solat disitu. Seolah-olah tempat tu memang untuk aku, Masyallah... Terasa benar, Allah nak mendidik kita. Sekarang aku tau kenapa diorang solat didataran. Antara sebabnya ialah macam aku, terlewat ke Masjid.

Astaghfirullah. Ampunkan ketelanjuran kami, Ya Allah...

TALIPON

Kalau di Masjidilharam, bag yang selalu dibawa kadang-kadang diperiksa oleh polis wanita.Itu pun nasib2 la... Kalau terkena pintu yang diorang ada, kenalah check. Talipon bercamera yang aku bawa diorang bagi bawak masuk. Alhamdulillah.

Di Masji Nabawi, keadaannya berbeza. Aku pada mulanya bawa masuk talipon dan line clear. Tapi kalau tak silap hari kedua, waktu zohor dan asar kantoi. Polis wanita yang berjaga tu kalau nampak handphone diorang kata "Amanah, amanah." Maksudnya diorang suruh letak kat, satu peti (macam peti surat tapi lutsinar)di tepi pintu masjid. Aku rasa macam tak selamat.Bosan sebab kena check dan terkantoi, aku tinggalkan aja talipon kat hotel.

Ada juga ketika yang polis ni tak puas hati bila aku dengan yakinnya menyerah diri untuk diperiksa bag dan tak jumpa talipon(tiap kali masuk masjid kena periksa bag, polisnya memang tunggu di pintu masjid),diorang raba... aku ketawa kata "confirm tak ada, hotel,hotel...".

Begitulah seterusnya hari-hari yang dilalui setiap kali ke masjid Nabawi. Tapi kali ni, masuk masjid dengan perasaan yakin (tak da la berdebar2, takut-takut kalau polis nampak talipon) sebab talipon memang tak bawa. Janji aja dengan suami port untuk menunggu(Di men's toilet 9A, hari kedua Magrib dan seterusnya...)