Monday, February 14, 2011

ZIKIR 2

Sambungan entri terdahulu. Aku baru teringat, apa lagi 2 perkara dari 5 perkara yang kita harus rebut...
1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit.

Lagi satu amalan yang aku diingatkan oleh mutawif aku di Mekah, Ustaz Mat untuk dilaksanakan ialah membaca surah Al-Kahfi, setiap hari Jumaat.Surah ni adalah surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat.

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Jom kita amalkan. Saya seru pada diri sendiri, kaum keuarga n kenkawan. Baca je le sikit,tiap ari Jumahat, bak kata orang putih slow and steady wins the race...

ZIKIR

Ari Jumaat,tadi dalam alHidayah,penceramah jemputannya Ustaz Amin,ada bercerita tentang zikir yang ringan dimulut tapi berat timbangannya diakhirat. Nak tau apa? Ya 3 serangkai: Subhanallah,Alhamdullilah, Allahuakbar. Kalau rajin tambah lagi Lailahaillalah... So, jom kita praktik bersama. Tak payah kira2 berapa kali, just baca je bila teringat. Make sure istiqamah. Mudah2an kita berbahagia diSana...

Ustaz ni pun ada cerita,bagaimana orang baru mati minta,dihidupkan semula untuk mereka berzikir yang diatas tu, sebab dah nampak keafdalannya.

So, mari kita lakukan 5 perkara sebelum tiba 5 perkara:
- Hidup sebelum mati
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sibuk
-Apa lagi ek? Lupalah pula... takpa la, korang carilah sendiri. Kalau rajin sambung le kat bahagian komen. ok?!?

Friday, February 11, 2011

BAITULLAH

Teringat aku baru2 ni di TV9 rancangan agama kanak2 jam 6.30 ptg. Ustaz explain kenapa orang yang gi haji,pasti akan rasa rindu untuk kembali ke sana lagi.

Kalau tak silap aku ustaz mengupas ayat quran tentang menunaikan haji.Dalam quran Allah menyebut Baitullah, sebab bait tu maksudnya rumah.Jadi bila rumah,semua orang sudah pasti rindu akan rumah mereka.So... that's why semua jemaah haji akan selalu terkenang2 untuk kesana lagi...

Ya, Allah berilah kami kesempatan untuk berziarah ke rumahMu lagi...

Thursday, February 10, 2011

VALENTINE'S DAY

Isu kupasan siaran Halaqah ari selasa lepas. Ustaz jemputannya muda orangnya tapi sangat menarik kupasan yang di bagi.

Ustaz kata, orang Islam tidak wajar menyambutnya. Ada 3 versi cerita valentine's day ni. Ia memang bersangkut dengan amalan agama kristian. Kesimpulannya, peringatkan lah anak2, adik2 dan sedar mara kita, yang sememangnya saja2 suka2 nak ikut orang putih. Amalan mengikut yahudi dan nasrani ni memang tercela dan ada hadis sahih mengenainya.
Dikhabarkan, kalau di Jordan tempat ustaz belajar dulu, kedai bunga ditutup sempena Valentine's ni,sebab diorang takut subahat. Punya baguihnya...

Akhir kalam, Jagalah diri kita dan keluarga kita agar tidak terjerumus ke dalam amalan yang akan menjerumuskan kita ke neraka Allah s.w.t. Naudzubillahhi min zalik...

Monday, February 7, 2011

SEKOLAH SEMULA

Hari ni sekolah dibuka semula setelah seminggu bercuti Taun Baru Cina ma...Walaupun cuti seminggu masih ada lagi pelajar tiounghua tak puas bercuti.Diorang sambung lagi ari ni. Bersangka baik,mungkin flight diorang delay ke,ada sedara sakit ke atau ada sebab2 lain yang munasabah.

Walaubagaimanapun pelajar yang hadir tetap perlu diraikan. Teringat aku ceramah Dato' Dr Fadhilah Kamsah, jangan kita hukum orang yang datang dan tepat pada waktunya dengan menunggu yang lambat dan ponteng(opss... tak dapat hadir. Aku setuju 100%.Cukup time kita teruskan pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.

Mudah2an mereka yang hadir dapat membantu kawan2nya nanti bila diorang muncul balik ke sekolah.

Thursday, February 3, 2011

WALIMATUL URUS

Musim cuti ni apa lagi kalau tak meriah dengan orang nak mendirikan masjid. Hari ini saja ada 3 jemputan, 1 dalam kawasan jiran tetangga aku dan 2 lagi rakan sejawat. Alhamdulillah bertemu jodohnya. Mudah2an berkekalan hingga ke surga.

Teringatlah pula lagu Mahir Zain "Barakkallah... sesuai sangat la dan bertepatan bagi yang inginkan hiburan yang Islamik masa majlis kahwin.

3 kenduri, di tiga tempat yang berbeza suasana,di dewan,taman perumahan dan rumah banglo. Di taman perumahan aku masih lagi ada amalan gejubos(istilah jawa untuk gotong royong).Tapi amalan ni dah tak berapa popular. Mungkin disebabkan zaman dah berubah dan suasana dah berbeza. Kalau dulu ramai orang datang tolong, sekarang... tak semeriah dulu. Masing2 ada komitment lain.

Tuesday, February 1, 2011

MATI ITU PASTI

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang aku kenali.Baru 3 tahun dia menikmati masa persaraan. Kita, insyallah akan menyusul... Mudah2an rohnya dicucuri Rahmat.

Bercakap tentang mati ni, aku teringat semasa di MasjidilHaram setiap waktu selepas solat fardhu, jemaah akan bersolat jenazah. Ada sekali tu sampai 3 kali. Solat jenazah ni besar fadhilatnya. Tapi sedih... tak ramai yang mahu melakukannya, kalau di Malaysia. Ramai yang lepak dan bersembang. Pada aku, kalau nak bersembang baiklah beredar aja. Hormati dan simpatilah dengan keluarga simati yang sedang bersedih.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Kalau nak kira solat jenazah paling mudah, tak payah ruku',tak payah sujud. 4 takbir aja. Kalau perempuanpun boleh turut sama meyembahyangkan jenazah. Harap2 situasi ni akan jadi amalan biasa bagi kita semua, bila menziarahi jenazah