Tuesday, February 1, 2011

MATI ITU PASTI

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang aku kenali.Baru 3 tahun dia menikmati masa persaraan. Kita, insyallah akan menyusul... Mudah2an rohnya dicucuri Rahmat.

Bercakap tentang mati ni, aku teringat semasa di MasjidilHaram setiap waktu selepas solat fardhu, jemaah akan bersolat jenazah. Ada sekali tu sampai 3 kali. Solat jenazah ni besar fadhilatnya. Tapi sedih... tak ramai yang mahu melakukannya, kalau di Malaysia. Ramai yang lepak dan bersembang. Pada aku, kalau nak bersembang baiklah beredar aja. Hormati dan simpatilah dengan keluarga simati yang sedang bersedih.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Kalau nak kira solat jenazah paling mudah, tak payah ruku',tak payah sujud. 4 takbir aja. Kalau perempuanpun boleh turut sama meyembahyangkan jenazah. Harap2 situasi ni akan jadi amalan biasa bagi kita semua, bila menziarahi jenazah

No comments:

Post a Comment