Monday, February 14, 2011

ZIKIR 2

Sambungan entri terdahulu. Aku baru teringat, apa lagi 2 perkara dari 5 perkara yang kita harus rebut...
1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit.

Lagi satu amalan yang aku diingatkan oleh mutawif aku di Mekah, Ustaz Mat untuk dilaksanakan ialah membaca surah Al-Kahfi, setiap hari Jumaat.Surah ni adalah surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat.

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Jom kita amalkan. Saya seru pada diri sendiri, kaum keuarga n kenkawan. Baca je le sikit,tiap ari Jumahat, bak kata orang putih slow and steady wins the race...

No comments:

Post a Comment