Saturday, March 24, 2012

SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM?

Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perrmpuan jalanan.

Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara
perempuannya.

Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……?
Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??

Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita,bahawa kelembutan bukan kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,bahkan sebagai hiasan kecantikan,,Allah Maha Adil

(Kredit kepada: Ahlan Wa-sahlan FB; NurFarah Farihah Al-wania dll.)

Saturday, March 17, 2012

LAIN PADANG LAIN BELALANG

Sempena cuti sekolah, aku and family mengambil kesempatan balik menziarah bonda tercinta di Pahang.Pejalanan jauh ni, R&R semestinya tempat singgahan biasa, makan dan melepaskan hajat.

Aku dan anak2 cuma mahu makan yang semi-berat so kami makan mee kari. My hubby as usual pilih ikan patin masak tempoyak. Masa dia nak beli tu, ada dua orang pemuda sedang meminta juadah mereka. Lelaki tu sambil menunjuk ke ikan patin tu berkata,"Beri ikan patin, ambil satu kepala, satu jubur." Tersentap my hubby mendengarnya... Tertanya-tanya juga adakah itu perkataan biasa yang mereka gunakan untuk merujuk kepada ekor ikan?

Dia bercerita dengan kami, ketawa geli hati kami dengan penggunaan bahasa yang berbeza itu. Itulah lain tempat lain laras bahasanya. Mungkin pada kita kasar,tapi bagi mereka tidak. Entahlah...

Thursday, March 8, 2012

ERTI SYUKUR YANG SEBENAR

Selalu kita ucap "syukur, Alhamdulilah" bila kita mendapat nikmat. Tapi kadang-kadang aku tertanya-tanya juga, apakah tanda dan erti syukur yang sebenar? Kalau kita menang loteri atau menang pertandingan ratu cantik atau menang peertandingan merempit motor macam Mat2 rempit tu dan kita ucap syukur,adakah ini menepati erti syukur? Rasa-rasa kalau begini keadaannya ianya syukur yang tak bertempat.

Untuk menjadi hamba yang bersyukur, Allah s.w.t. mengajar kita dengan FirmanNya ”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al Ahqaf:15)

Kalau kita tafsirkan, Allah meminta kita bersyukur atas perkara-perkara yang diredhaiNya. So kalau melakukan yang bertentangan dengan syariatNya tentulah itu tanda orang yang kufur. Kalau kita mensyukuri nikmat Allah maknanya kita melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan larangannya dalam setiap aspek kehidupan tanpa kecuali atau dalih. Kalau didalam Al Quran telah menberi kita panduan untuk menjalani kehidupan seharian kenapa kita ingkar? Allah memberi panduan lengkap untuk kita baik dari segi ibadah,muamalat,berhukum dan sebagainya, kenapa kita masih memilih-milih mana yang sesuai dengan nafsu kita saja. Wajarkah kita mengatakan kita adalah orang yang bersyukur??? Bimbang sekali aku, kalau-kalau Allah menemplak kita dan mengatakan kita sebenarnya tidak bersyukur kepadaNya, atau syukur kita hanya dimulut saja bukan melalui tindakan. Bukankah kita akan menjadi orang yang rugi nanti? Nauzubillah.

Wahai diri,jika engkau bersyukur dengan nikmat kesihatan, gunakkanlah untuk melakasnakan perintahNya. Jika engkau diberi ilmu dan engkau bersyukur ajarkan dan sebar luaskan ilmu yang bermanfaat tersebut.Jika engkau diberi kekayaan, gunakan dan infaqkannya ke jalan Allah.

Dalam Al Quran Allah s.w.t. banyak memberikan pelajaran dan pengajaran tentang orang-orang yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-nikmatNya. Di antaranya , Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. Allah juga menyiksa Hamman kerana kufur nikmat kecerdikan yang Allah berikan terhadapnya.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah dirakamkan di dalam Al Quran, ianya membuktikan bahawa nikmat Allah yang tidak disyukuri segalanya akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan. Punca lahirnya rasa bersyukur ialah apabila seseorang hamba itu ikhlas dalam melaksanakan pekerjaannya, bersungguh-sungguh dan menyandarkan seluruh kehidupannya serta pergantungannya hanya kepada ALLAH SWT. Merasa diri sebagai seorang hamba kepada Allah s.w.t , dan segala yang dimiliki adalah pinjaman daripadaNya. Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada, sama ada zahir mahupun batin, serta redha dengan segala ketentuanNya. Manusia perlu bersyukur kerana Allah s.w.t. telah menjadikan manusia dengan sesempurna kejadian, dan pujian yang selayaknya hanya kepada Allah s.w.t. di atas kurniaanNya yang tidak terhitung. Manusia yang bersyukur adalah antara hamba yang pertama dimasukkan ke dalam syurga, ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW :
“Orang yang pertama diseru ke Syurga pada hari kiamat ialah orang-orang yang memuji Allah dalam keadaan suka dan duka. “

Jika manusia tidak bersyukur dia terdorong dan berani melakukan kejahatan, kezaliman terhadap diri sendiri dan sekelilingnya. Apabila manusia melakukan maksiat maka terputuslah dia daripada mendapat Rahmat Allah s.w.t.

Aku simpulkan disini jika kita mensyukuri nikmat Allah s.w.t. bermakna kita menggunakan segala nikmat Allah untuk perkara yang diredhaiNya, iaitu melakukan amal agar memperolehi kebahagiaan hidup di dunia yang fana dan akhirat yang kekal abadi.

Wallahu'alam.

Wednesday, February 29, 2012

TERBATAL IMAN

Masyallah.Manusia ni memang mudah lupa. Dua tiga hari ni heboh tentang video Dr Mahathir yang mengatakan tiada dalam Quran tentang hukum hudud.Tapi ayat2 dibawah ni, apa maknanya?

Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)
“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

Ini antara surah dan hadis tentang hudud.Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, sangat tidak layak,kita manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka orang tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari dunia ciptaan Allah swt ini ke sebuah dunia ciptaan sendiri.


Subhanallah. Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam. Ramai kita takut tentang orang yang murtad saja, tapi kita lupa sebenarnya, banyak lagi perkara yang membatalkan iman. Apa sebab dan akibat kalau terrbatal iman? Minta dijauhkan Allah... segala amalan kita dikira batal atau kosong.Seandainya kita sedar... kemudiannya... bagaimana amalan kita yang puluhan tahun yang kita kerjakan tu... takut2 kita menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.Sedangkan amalan yang kita buat tu tak tentu Allah terima, apatah lagi kalau dah terbatal iman.

Salah satu dari rukun iman kan percaya pada Kitab iaitu Al Quran. Beriman kepada al Quran itu bukan dengan mengambil sebahagian yang menguntungkan kita saja, yang tak mengikut nafsu kita... kita tolak...

Peringatan buat diri sendiri. Berhati2 untuk menyokong golongan yang menolak Al- Quran ni, Jangan sekali2 kita menolak, atau ragu, atau tak percaya, walau satu ayat, hatta satu huruf pun dari ayat-ayat Allah s.w.t. Sama2 kita cari ilmu dan bermohon agar Allah menjaga dan menerima iman kita sehingga akhirat.

Friday, February 24, 2012

NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu:



1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah S.W.T.


2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.


3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.


4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.


5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.


6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.


7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.


8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.


9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.


10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.


11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.


12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.


13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.


14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.


15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.


16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.


17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T.
Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T.


18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.


19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.


20. Selalulah berharap kepada Allah S.W.T.agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah S.W.T. dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah S.W.T.


21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.


22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.


23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.


24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah S.W.T, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah S.W.T, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.


25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

( KREDIT KEPADA BLOG IMAN DAN ISLAM)

JANGAN LALAI DENGAN KEHIDUPAN DUNIA

Manusia ni, kata Allah akan hanya tersedar apabila nyawa sudah tiada di badan.Cuba bayangkan jika ditakdirkan kita sudah berada di alam sana. Selamatkah kita? Terampunkah segal dosa kita? Redha ke Allah dengan kita? Jika jawabnya tidak, bagaimana kah kita nak menghadapi hidup yang Allah janjikan kekal abadi.

Wahai diri, ingatlah jangan sampai kita menyesal disana. Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Wahai Allah,wahai Allah, wahai Allah janganlah engkau jadikan kami orang yang lalai. Janganlah engkau jadikan kami orang yang terlalu sibuk akan dunia yang sementara ini tetapi sibukkanlah kami dengan persiapan bertemuMu.Jadikan kami orang yang berjaya di sana nanti.

Wahai Allah, tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang, jadikan kami orang yang sentiasa ingat dan bersedia untuk ke alam yang engkau janjikan, kekal abadi.Jadikan kami orang yang beruntung diakhirat nanti, jadikan kami orang yang mennghadapMu dalam engkau redha dan menrahmati kami.

Makbulkan ya Allah. Tiadalah daya dan upayaku melainkan dengan izinMu. Bantu kami ya Allah,bantu kami ya Allah, bantu kami ya Allah.Bantu kami untuk menjadi orang yang Engkau pandang dengan pandangan redha.Tutup semua aib kami ya Allah.Jemput kami dalam keadaan tiada dosa tetapi telah Engkau ampunkan semuanya.

Ameen ya Rabbi al amin

Tuesday, January 31, 2012

TUJUH AMALAN SUNAH RASULULLAH

Tak lama lagi kita akan manyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw. Apakata kita cuba sedaya upaya untuk menghidupkan sunnah nabi. Mudah2an semasa kita di padang mahsyar nanti kita, kita mendapat syafaat Nabi saw dan mendapat lindungan Allah swt dibawah ArasyhNya. Ameen.

Tujuh amalan sunnah nabi(banyak sebenarnya) adalah
1. Tahajud
2. Membaca Ai Quran
3. Shalat berjemaah di masjid (Keutamaan kepada kaum Adam)
4. Shalat Dhuha
5. Sedekah setiap hari
6. Jaga wuduk terus menerus.
7. Beristighfar setiap saat.

Saya menyeru diri sendiri dan rakan2 pembaca sekelian. Mudah2an mendapat manfaat.