Wednesday, December 22, 2010

NOTIS DI ARAFAH





Pemberitahuan yang di tampal di pagar luar khemah Padang Arafah. Diambil sehari sebelum wukuf.

Ada juga notis yang tidak difahami. Tafsirkan sendiri...

BERMALAM DI MUDZALIFAH






Bermalam di Mudzalifah adalah wajib haji. Jemaah pelu berada disini walaupun sekejap.

Disini tidak disediakan khemah. Cuma ada pagar disekeliling kawasan. keadaan memang sesak. Kami cuma dapat duduk sambil menunggu masa untuk di bawa ke khemah di Mina. Bagi jemaah yang sampai awal sikit di mudzalifah dapatlah port yang best sikit, dapat landing.Gambar no 2,yang nampak cahaya lampu tu tandas.

Sambil menunggu banyakkan berdoa dan berzikir. Disini pun tempat mustajab doa.

Di sini disunatkan mencari batu untuk melontar. Suami mencari 14 biji batu untuk kami bagi melontar Aqobah. Aku tengok aja. Bila lagi nak bermanja dengan suamikan... Suami sepanjang musim haji ni, TERsangat2 la baik... Alhamdulilah tak terhingga kehadrat Allah s.w.t. Sungguh terharu... Mudah2an ia berkekalan begitu hingga akhir hayat. Amin.

MENUNGGU WAKTU WUKUF



Perjalanan kami dari Hotel ke Arafah, alhamdulilah berjalan lancar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kami pada asalnya dijadualkan bertolak waktu pagi, tetapi takdir Allah perjalanan kami,selepas zohor. Dikhabarkan bas yang sepatutnya kami naik, tersesat hampir 4 jam. Masyallah... Ini bukan kali pertama yang kami terselamat diuji begitu. Subhanallah...
Waktu wukuf adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua jemaah haji. Di waktu ini di sarankan banyakkan berzikir dan berdoa. Masa wukuf pun pendek saja, bermula waktu zohor berakhir bila masuk maghrib.Waktu yang sangat2 mustajab ialah lebih kurang 30 minit sebelum masuk maghrib.

Di masa ini pintu langit terbuka luas. Doa tanpa hijab. Ustaz menekankan supaya banyak memohon keampunannya dan bertaubat. Jika boleh titiskan air mata, kerana titisan airmata taubat itu dapat memadamkan api neraka Allah. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang kepadaMu ku pohon ampun. Mudah2an taubat semua muslimin muslimat diterima Allah dan mendapat balasan syurga.

SUASANA SELEPAS SOLAT FARDHU



Gambar sebaik saja selesai solat fadhu. Gambar ke 2 yang tingkat atas tu, tandas lelaki, dibawah yang ada tirai hijau tandas wanita.

SUASANA DI MEKAH SEBELUM WUKUF




Suasana ini akan dirindui oleh setiap jemaah haji. Ramainya orang berduyun-duyun menuju ke Masjidilharam untuk menunaikan solat fardhu berjemaah, setiap waktu. Gambar ni diambil bagi jemaah yang melalui pintu belakang masjid iaitu pintu Marwah, Fatah dan yang sewaktu dengannya.

Suasana ni dilalui bagi jemaah yang menginap di sekitar masjid kucing(orang Malaysia aja yang panggil masjid ni dengan nama begitu)

Semua kedai ditutup beberapa minit sebelum azan. Waktu-waktu begini kedai dibuka seawal 3 pagi. Suasana jalan gamat dengan bunyi hon kereta.Sampaikan suami melawak, katanya orang Arab kalau beli kereta, pertanyaan wajib ialah "Hon ada?". Suasana meriah dengan teksi sapu yang nak mengambil penumpang untuk ke tanah halal, bagi mereka yang nak buat umrah.

Orang Arab macam berpesta pula menyambut jemaah haji. Kereta walaupun dipandu laju, yang menakjubkan tu, boleh brek mengejut dan tak langgar jemaah yang berjalan dan melintas sesuka hati.

KHEMAH DI MINA






Khemah di Mina yang disiapkan untuk kegunaan jemaah haji 2010. Gambar ni diambil pada 7 November lebih kurang seminggu sebelum wukuf.

Khemah ni ada air-cond berbanding di Arafah. Tapi berada di padang Arafah penting kerana sabda Nabi s.a.w. tiada haji tanpa wukuf di Arafah. Setiap jemaah haji perlu berada di sini dalam keadaan sedar walaupun sedetik kerana ia adalah rukun. Manakala bermalam di Mina adalah wajib haji. Jemaah ada 2 pilihan samada nafar awal atau nafar thani. Nafar awal bermakna jemaah haji berada di Mina 2 malam sahaja, dan mesti beredar dari Mina sebelum masuk Magrib hari ke 3.

Tahun 2010 ini kalau tak silap info yang diberi terdapat 7 jemaah haji Malaysia yang gagal wukuf kerana sakit yang perlukan bantuan pernafasan, mesin tu tak boleh dibawa ke Arafah.

Tuesday, December 21, 2010

JABAL RAHMAH




Sebelum wukuf kami dibawa menziarahi Jabal Rahmah. Aku dan suami tidak larat nak memanjat bukit. Waktu kami sampai hari dah agak tengahari. Suami pesan untuk menyimpan tenaga untuk tujuan sebenar kami, iaitu menunaikan haji. Aku akur...

Disini banyak unta yang dihias. Kalau nak naik boleh, kena bayar 5 riyal, kalau tak silap aku la...

Waktu datang ke Mekah, rakan jemaah yang datang penerbangan awal pesan supaya memakai niqab (kat Malaysia panggil purdah). Insyallah tidak batuk teruk. Alhamdulillah Allah izinkan aku cuma batuk sikit-sikit aja. So for those who're going for haj next time wear niqab or mask for man. Sebenarnya pengalaman memakai niqab ni menyeronokkan. Aku rasa pelik pula bila tak pakai... Selesa dan senang bernafas. Di Madinah pun aku pakai. Bila tak pakai rasa beku hidung, susah nak bernafas sebab cuaca sejuk.