Wednesday, April 27, 2011

DOA QUNUT PANJANG ATAU PENDEK?

Anak2 zaman sekarang memang kreatif. Kreatif yang positif kita tabik la... Kalau kreatif yang sebaliknya, camna ya...?

Pening Ustazah melayan. Tak ditanya tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah untuk mengajar mereka. Bila ustazah suruh baca qunut dia tanya, "Pendek ke panjang ustazah?"

Agak2 korang camana qunut pendek dan camna qunut panjang?

Ya... Qunut pendek bunyinya, "Qunut!" dan qunut panjang bunyinya, "Qunuuuuuuuuuuut"

Masyallah,nak gelak ada, nak marah ada, kesian pun ada.

Tuesday, April 26, 2011

PENGHULU ISTIGHFAR

Raja Istighfar
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِي ، وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ ، وَوَعْدِكَ ، مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي ، فَإِنَّـهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Ertinya

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada petang hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk syurga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk syurga.

Monday, April 25, 2011

AMARAN DARI ALLAH

Ini aku copy paste dari fb anak lagi. Rasa macam baik untuk di kongsi...

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat.

Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia????????

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan amaran agar kita bertaubat. Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi mesej tersebut... Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnya.

Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........

Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki.

Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Tuesday, April 19, 2011

LUAHAN RASA ANAK REMAJA

Terkesima membaca dalam fb anak kiriman rakannya Nik Hasni War(makcik mohon kongsi, ya nak...), sangat benar dan patut dijadikan renungan buat semua muslimah2 dan muslimin2 yang ada saudara perempuan.


Dulu saya tak suka bila tengok pompuan pakai stoking pastu pakai sandal,
tak reti berfesyen ke?
Kini saya tahu kaki itu aurat.

Dulu saya pelik perempuan pakai baju t-shirt muslimah tu,
tau lah sekolah agama tak perlu nak over sangat
kini saya sedar setiap lekuk di badan perempuan itu menarik perhatian

Dulu saya heran tengok org pakai tudung labuh
kenapa kena labuh,tutup rambut dan leher dahlah
kini saya tahu Allah suruh kita melabuhkan hijab

Dulu saya pelik kalau orang anti couple
janganlah nak kampung sangat bukan pegang2 sangat pun
kini saya tahu erti zina hati

Dulu saya pernah bercinta
saja saja , suka suka bukan nak kawin dengan dia pun
kini saya tahu hanya insan bernama suami berhak bersama saya

Dulu saya bebas menegur sapa dengan lelaki
releks lah tegur je kot nanti ckp sombong pulak
kini saya tak kisah apa persepsi org thadap saya, yang penting apa persepsi Allah trhdp saya.

Dulu adalah sesuatu yang pasti, kini dan esok kita tak tahu. mungkin kini kita insaf esok kita lupa.
Mungkin dulu kita warak esok kita tidak.
Allah maha besar berdoalah kepadaNya.

Saturday, April 16, 2011

IMAM SUJUD SOLAT JENAZAH?

Solat jenazah adalah fardhu kifayah untuk dilakukan oleh orang yang hidup ke atas orang Muslim yang meninggal dunia kecuali mati syahid. Ia dilakukan agar Allah ampunkan dosa mereka dan mendapat rahmat dan redha Ilahi.

Aku bukan nak cerita tatacara solat jenazah tapi aku nak kongsi cerita aja. Kisah ni dibawa oleh rakan sekerja aku. Katanya, satu hari anaknya pulang dari sekolah dan bertanya,"Mak solat jenazah, ada sujud ke?".

Kawan aku ni heranlah juga dengan pertanyaan tu. Malah anaknya yang kecil berusia 10 tahun pun cepat2 jawab "Yek...,solat jenazah mana ada sujud... Yat baru aja solat jenazah sama abah. Mana ada sujud..."

"Dari mana, datang cerita ni?" kawan aku tanya. Anak dia menjelaskan, cikgu dia yang cakap (Cikgu ni kawan kami juga). Bila jumpa cikgu yang cakap begitu, kitorang pun tanya la.

Nak tahu apa dia jawab. Memanglah imam sujud solat jenazah. Imam kat masjid tu namanya Sujud... dia imamkan solat jenazah!

Tergelak kami mendengar ulasan ni. Cikgu ni memang loyar buruk orangnya. Sampai ada yang cakap, kalau cikgu ni yang cerita, selidik dulu... mesti nak kenakan orang! Kuat bergurau...

Thursday, April 14, 2011

NIAT UMRAH BERSYARAT

Ini satu lagi persoalan tentang orang perempuan yang nak buat umrah,tapi takut kalau2 tak sempat selesai... dah kedatangan haid. Artikel ni aku ambil dalam Buku terbitan Tabung Haji bertajuk Ibadat Haji Umrah Dan Ziarah, m/s 179. Baca dan fahamkan.

Niat ihram bersyarat adalah diharuskan bagi seseorang yang bimbang berlaku perkara yang menghalang dirinya daripada menyelesaikan pekerjaan umrahnya. Contohnya seperti kedatangan haid,ditimpa penyakit yang kritikal dan sebagainya. Niat ini hendaklah dilakukan secara muwalat(secara berturutan) antara niat ilhamnya dengan niat bersyarat.

Lafaz niat bersyarat:
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram denganya kerana Allah,sekiranya aku terhalang oleh sesuatu,ketika itu aku menjadi halal".

Sekiranya jemaah yang melakukan niat bersyarat ini terhalang daripada menyelesaikan pekerjaan umrah maka dengan sendirinya ia menjadi halal iaitu terlepas daripada ihramnya.

So, mudah2an kita dapat belajar sesuatu...

NIAT IHRAM HAJI KETIKA HAID

Pagi ni, kawan aku melontarkan persoalan tentang wanita yang haid tak boleh niat umrah or haji masa di Miqat, sebab kena tunggu bersih.Dia tanya dengan ustazahlah... Tapi aku ni memang penyebuk. Bila orang cerita aja bab haji, mula la, teruja lebih, bebudak sekarang kata... terlebih sudah...

Aku rasa macam pelik aja, bila dia kata makruh berniat ihram umrah masa haid dan kena bayar dam. Aku pun cuba2 ingatkan. Tapi setahu aku masa pergi dulu ada juga jemaah yang tengah uzur, diorang still niat ihram di Miqat dan takda pula bayar dam.

Aku belik2 buku Ibadat Haji Umrah Dan Ziarah terbitan Tabung Haji. (Buku ni tabung haji bagi masa nak gi haji dulu). Aku baca atikel amalan haji semasa haid m/s 147 - 149. Aku koute apa yang tercatat dalam buku tu,supaya jelas:

Amalan Haji Ketika Haid
Kedatangan haid tidak menghalang sesorang jemaah wanita daripada melaksanakan kerja2 haji atau umrah kecuali tawaf. Amalan seperti berniat haji/umrah, wukuf di Arafah, sa'ie, mabit di Muzalifah dan melontar jamrah boleh dilaksanakan.Wanita yang didatangi haid atau nifas dalam masa mengerjakan haji berada dalam salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1.Keadaan Pertama

Wanita yang mengerjakan haji tamattu' (mengerjakan umrah dulu sebelum mengerjakan haji) Apabila kedatangan haid atau nifas samada sebelum atau semasa berihram, hendaklah menunggu sehingga suci.

Sekiranya dia suci sebelum berangkat ke Arafah untuk wukuf, maka dia hendaklah menyelesaikan ibadah umrah dengan mengerjakan tawaf,saie, dan bergunting.Sebelum ke Arafah, dia hendaklah berniat ihram haji ditempat penginapan.

Jika haid atau nifas itu berterusan, maka hendaklah dia berniat ihram haji dan hajilah hajinya haji Qiran. Dia diwajibkan membayar dam Haji Qiran (Tertib dan Taqdir) dengan syarat2nya.

2. Keadaan Kedua

Wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran yang didatangi haid, hendaklah menyempurnakan kerja2 haji kecuali tawaf yang hanya boleh dilaksanakan setelah bersuci.

3. Kaeadaan ketiga

Sekiranya haid atau nifas itu masih berkekalan sehingga tiba waktu berangkat dari Mekah (samada untuk ke Madinah atau pulang ke tanahair, maka hendaklah dia menunggu hingga suci untuk menrgerjakan tawaf. Jika dia tidak mampu berbuat demikian, bolehlah dia Tahalulu Ihsar, dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan niat tahallul.Dengan perbuatan itu dia terkeluar dari ibadat haji dan boleh melakukan semua larangan ihram.

Untuk tahallul ihsar ia hendaklah keluar ke suatu tempat yang sukar baginya kembali ke Mekah. Amalan2 yang belum ditunaikan itu samada tawaf atau sa'ie perlu dilakukan di masa akan datang.
___________________________________________________

Mengikut Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, "Jemaah haji wanita yang dalam haid boleh memasang niat ihram haji atau umrah, bukan tidak boleh. Mereka akan dikenakan dam sekiranya tidak memasang ihram di miqat. Ini adalah peraturan dalam wajib haji dan wajib umrah," kata beliau.Jemaah haji, khususnya wanita yang didatangi haid, wajib memasang niat ihram haji atau umrah apabila melalui miqat.(Bernama)

Harap2 maklumat ini jelas dan dapat membantu menjawab persoalan kawan aku tu...
Bukan nak memandai-mandai, cuma nak berkongsi ilmu yang ada dalam buku TH aja. Mudah2an memberi manfaat.

Wednesday, April 13, 2011

BERITA DARI ORANG FASIK

Kita sebagai manusia biasa tak lari dari sifat2 mazmumah antaranya perasaan marah, bangga diri dan sombong. Kita selalu lupa bahawa dek kerana sifat2 inilah Iblis mendapat murka Allah dan tercampak keluar dari surgaNya.

Sebagai pendidik sifat marah ni boleh dikatakan selalu la juga.Harap2 ianya bukan marah tapi lebih kepada teguran untuk kebaikan.Sikap sombong dan rasa pandai, kadang2 terdapat dalam diri pelajar.(terutama kelas depan) Aku nak ingatkan anak2 pelajar ni agar buang lah sifat ni jauh2.(Aku ingatkan diri aku juga). Sifat ini hanya layak buat Pencipta/Penguasa langit dan bumi, kita hambanya sangat2 tak layak ada sifat ni.

Dihadapan Allah kita ni tidak ada apa2, hina dina. Tiada upaya kita melainkan dengan izin dari Allah.

Cakap pasal marah ni, ingat tak tentang kisah pelajar yang dikhabarkan mati kerana dibelasah guru? Heboh kita menghukum mengatakan kejam,tak patut dan sebagainya. Well, hari ni aku terbaca tentang kisah ni,but the other side of the story. Menurut ceritanya murid tu tak dibelasah. Ikut lapuran forensik, pelajar ni mati kerana kekurangan oksigen dan tak ada kesan dibelasahpun.

Jadi, berhati2lah kita jangan kita cepat membuat konklusi bila datang berita yang di bawa oleh golongan yang fasik, sesuai dengan firman Allah ;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )

Tuesday, April 12, 2011

ULAMA SUKK

Terbaca petikan ucapan Tuan Guru Nik Aziz (orang yang aku kagumi) "Berbaloikah kita mengadaikan akhirat kerana sedikit laba dunia?"

Masyallah, dalam maknanya tu. Kata2 ulama ini perlulah difikir2kan.Ada orang demi kerana sedikit kemewahan yang ditawarkan menjadi gelap mata. Hilang rasa bersalah. Sesuka hati meletakkan hukum sesuai dengan nafsu masing2.

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas." Hadis riwayat Buhori

Dan lagi takutlah kita dengan ajaran yang dibawa oleh Ulama Sukk.Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal" , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, "Ulama Suk"

Kita sebagai Muslim zaman ni, mesti tahu untuk membezakan antara golongan-golongan ulama ini. Yang manakah yang tulen dan yang manakah bertopeng supaya kita tidak terjerumus ke dalam lubang kehancuran dek kerana kelemahan kita sendiri.

Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 175: "..dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat"

Berhati2lah...

Monday, April 11, 2011

ROTI MEKAH

Tengok iklan siaran television tentang roti, keluaran Muslim.Bangga aku sebab orang Islam berjaya menyediakan makanan halal buat Muslim lain.(Tumpang bangga aja la... kekuatan sendiri belum ada lagi untuk menunaikan keperluan fardhu kifayah ni)

Aku menyeru diri sendiri untuk menyokong keluaran Muslim. Kalau kita tidak bantu siapa lagi? Fikir2kan lah.Mungkin keluaran mereka mahal/kurang sikit buat permulaan, aku pasti bila kita, menguasai ekonomi, mereka boleh menawarkan dengan harga yang kompetetif dan bermutu.(tak semua keluaran Muslim mahal/tak ada kualiti, rasanya segelintir kecil aja...)

Cerita pasal jual mahal sikit(ala mahal cuma sekupang dua) aku teringat satu program television tentang macamana nak hidup bahagia? Satu caranya ialah dengan selalu menderma. Contoh kalau kita beli kuih digerai Muslim, apa salahnya sekali sekala kita belajar berkata keep the change bila ada balance.(selalunya peniaga kecil2 ni bukannya senang mana pun...).Mudah2an kita sama2 dapat melakukan dengan ikhlas dan berlapang dada.

Cerita pasal produk Muslim, aku teringat la roti di Mekah. Tak tahu nak describe rasanya, tapi aku and hubby suka sangat rasa dan teksturnya. Kek diorang pun best. Banyak jual di kedai runcit. Kalau tak silap satu rial satu. Keknya tak berapa manis, just nice... Kalau you all berpeluang ke sana jangan lupa rasa ya.

Sunday, April 10, 2011

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Hari ni nak cerita bab masak pulak. Dah lama tak ke dapur...(My hubby masak selalunya,sebab dia lapang waktu pagi, thanks dear...)Masuk dapur bila cuti... sabtu, ahad and cuti sekolah aja. Kadang2 bingung juga,nak masak apa. Masak ni pun kena ada skill.Skill kena brush up selalu, kalau tak dia tumpul,he,he,he... alasan!?!

Fikir punya fikir, teringat ikan patin masak tempoyak di Termerloh. Ok, set...
My hubby gi pasar cari semua keperluan. Campak sana,campak sini,siap... For us sedap la... My hubby even says my cook is better than the one we ate at Temerloh. Fuhyoo...(Tak tau la kalau dia nak bodekkan!?!)

Kalau you all nak try, resipinya cam kat bawah:

Ikan patin seekor(1 kg)(Basuh bersih.Next rendam dalam air asam jawa/limau about 20 minutes, nak hilangkan hanyir. Then cucur air sambil selawat)
1 senduk tempoyak
20 biji cili api(tumbuk/blend halus)
1 asam keping
air agak lebih sikit dari ikan
garam secukup rasa
sedikit kunyit
secubit gula
3 btg serai di titik
2 helai daun kunyit

Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api sederhana bila dah mengelegak, slowkan api biar mereneh dan agak pekat sikit. Then tutup api.

UMRAH THEN HAJI?

Ada kenkawan yang aku kenal(kawan zaman sekolah dulu) ingin menunaikan umrah dulu sebelum haji. Alhamdulillah.Tapi kalau tanya my opinion, if budget kita ngam2 aja...(Jika giliran ikut muasasah lambat lagi cth: 2020)baik kita tambah sikit lagi peruntukan terus gi haji amek pakej.

Haji wajib hukumnya.Jadi dahulukan yang wajib. At the same time kita dapat buat umrah. Orang kata 2 dalam satu. Dua2 dapat.

Pengalaman sendiri, yang menjejakkan kaki ke Mekah buat pertama kali,walaupun belum pernah pergi untuk umrah dahulu sebelum haji. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan.

So,kenkawan my opinion is terus aja gi haji, guna pakej. Nak tunggu giliran muasasah memang tak sabar rasanyakan? Tambah sikit aja lagi dari duit peruntukan umrah,dapat buat haji,tak gitu?!?Pasal anak nak ikut tu... kalau budget tak cukup, takpa lah. Tinggalkan aja diorang.Dah besarpun kan?Diorang tak wajib lagi cause depa tak mampu!Insyallah, bila diorang kerja nanti dapatlah diorang pergi...

Perasaan lepas buat haji ni sememangnya lega... rasa macam terlepas satu hutang dengan Allah.

So buatlah keputusan sendiri. Masing2 ada alasannya. Apa2pun aku doakan korang mendapat haji or umrah yang mabrur, yang mampu mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik dan beristiqamah dengan amalan yang soleh.(Yang paling penting tidak mensyirikkan Allah dalam apa perkara sekali pun. Itu janji kita dengan Allah semasa mengucapkan ucapan talbiah "Labaikallah huma labaik...)

Masyaallah rindunya nak jejakkan kaki disana. Andai nanti kalian pergi jangan lupa tolong doakan aku juga dapat kesana lagi ya...

Friday, April 8, 2011

PENCEN

Hari ni seorang dari kawan sekerja bersara(seorang ustaz). Setelah hampir 30 tahun berkhidmat,tiba masa untuk meninggalkan tempat mencari rezeki. Rasa tersentuh bila,ustaz menyentuh tentang rezeki yang halal.

Gerunpun ada. Sebabnya kerja kami,sebagai pendidik sangat bersangkut dengan manusia. So faham2 ajalah... takut2 termakan hak orang.(terlewat masuk kelas, marah pelajar pada tempat yang bukan hak untuk dimarah, terlebih denda dan perkara2 sewaktu dengannya) Kita manusia biasa sentiasa terlalai dan tak lepas dari melakukan kesilapan.

Pada anak pelajar disusun jari sepuluh dan diminta memaafkan dan menghalalkan apa2 yang kami terkurang mengajar.

Padamu Ya Allah aku memohon ampun. Janganlah engkau hukum kami pada perkara yang tidak mampu kami sempurnakan.Berilah kekuatan kami agar menjadi pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu.Malah mampu menyentuh hati pelajar dan menjadikan mereka manusia. Mudah2an ada ilmu yang bermanfaat yang mereka dapat hasil tangan kami. Terimalah dia sebagai satu amal jariah, ya Allah... Amin, ya rabbilalamin.

Thursday, April 7, 2011

ANAK ANUGERAH ALLAH

Bila tanya pasangan yang mendirikan rumahtangga, selalunya anak adalah buah cinta yang akan menjadi pelengkap rumahtangga. Malahan Nabi s.a.w. berbangga dengan ramainya umatnya nanti. Anak juga menjadi 1 dari 3 perkara yang akan dibawa manusia ke akhirat,iaitu doa anak yang saleh akan menjadi hadiah yang sentiasa dinanti oleh ahli kubur.

Tapi tak semua orang begitu... Ada orang yang tidak mahu anak! Bukan anak yang lahir tanpa nikah, malahan anak hasil hubungan suami isteri yang sah! Masyallah. Sedih aku mendengar cerita rakan. Pasangannya melarangnya mengandung!

Wahai kaum Adam diluar sana, janganlah anda mensia2kan rezeki yang Allah beri.Kalau mahu berkahwin, carilah ilmu. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai tempat melabur pahala. Kalau sudah tersalah niat, kembalilah kepangkal jalan. Berkahwinlah kerana Allah dan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Hayatilah hikmah berumahtangga. Jadilah pemimpin yang baik. Pimpin lah keluarga menuju surga dunia dan akhirat.
(Ingatan untuk anak2 lelaki aku juga.)

Wednesday, April 6, 2011

FITNAH AKHIR ZAMAN

Banyak betul cerita yang tak berapa sedap yang kita dengar,lately(video XXX) Perasaan tu bercampur baur, sedih ada, sakit hati ada tak tau apa nak kata. Hinanya rasa kalau demi kuasa kita rela melakukan apa saja.Berpolitik la camana pun tapi, kekalkan lah batas2 mukmin. Tak salah berbeza pendapat. Tapi balaslah hujah dengan hujah. Jangan la balas guna perkara yang dangkal dan tak masuk akal.

Walaupun dipihak mana anda berada, fikirkanlah semasak2nya. Hayati ayat dibawah ni, kalau kita mengaku sebagai seorang Islam, yang percayakan AlQuran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w dan percaya akan hari pembalasan. Mudah2an Allah memberi kita petunjuk dan kita tergolong dikalangan orang yang Allah redhai. Tak guna kita mendapat redha manusia dan mendapat laknat Allah. Hidup di dunia tidak lama tetapi akhiratlah yang kekal abadi.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." Alhujurat ayat 6

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Sunday, April 3, 2011

HAJI IBARAT BAYANGAN MENUJU KEMATIAN

Sekarang ni kenkawan yang nak gi haji,rajin berkursus setiap sabtu di Masjid.Baguih na...

Nak gi haji kita buat persiapan, terfikirkah kita untuk membuat persiapan untuk perperiksaan di Mahsyar nanti?(yang sepatutnya terlebih2 kita buat). Islam sebenarnya dah mengajar kita untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji.

Solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang kita tengah buat kena ditinggalkan segera dan kita bergerak serentak ke masjid.(keutamaan kepada kaum adam)

Ini betul-betul macam bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT yang bermaksud:
Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran yang diterjemahkan di dalam ibadat solat. Sebenarnya Allah telah melatih kita untuk berdepan dengan saat yang namanya akhirat. Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, memang macam saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Hajipun camtu la juga..., kita diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki, keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih, memang terasa macam saat hari kematian, iaitu saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT.

Manusia kena patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuali terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, kita diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas samada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa.

Untuk gi haji ni, jemaah kena berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tak baik terhadap orang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram supaya silaturahim tak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika kita bersih dari dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah kita jika yang mengiringi diri kita ke tempat persemadian, sementara menunggu untuk dibangkitkan di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat.

Sebab tu la, solat dan haji dikatakan latihan untuk menempuhi kematian.
That's why, dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.