Thursday, April 14, 2011

NIAT IHRAM HAJI KETIKA HAID

Pagi ni, kawan aku melontarkan persoalan tentang wanita yang haid tak boleh niat umrah or haji masa di Miqat, sebab kena tunggu bersih.Dia tanya dengan ustazahlah... Tapi aku ni memang penyebuk. Bila orang cerita aja bab haji, mula la, teruja lebih, bebudak sekarang kata... terlebih sudah...

Aku rasa macam pelik aja, bila dia kata makruh berniat ihram umrah masa haid dan kena bayar dam. Aku pun cuba2 ingatkan. Tapi setahu aku masa pergi dulu ada juga jemaah yang tengah uzur, diorang still niat ihram di Miqat dan takda pula bayar dam.

Aku belik2 buku Ibadat Haji Umrah Dan Ziarah terbitan Tabung Haji. (Buku ni tabung haji bagi masa nak gi haji dulu). Aku baca atikel amalan haji semasa haid m/s 147 - 149. Aku koute apa yang tercatat dalam buku tu,supaya jelas:

Amalan Haji Ketika Haid
Kedatangan haid tidak menghalang sesorang jemaah wanita daripada melaksanakan kerja2 haji atau umrah kecuali tawaf. Amalan seperti berniat haji/umrah, wukuf di Arafah, sa'ie, mabit di Muzalifah dan melontar jamrah boleh dilaksanakan.Wanita yang didatangi haid atau nifas dalam masa mengerjakan haji berada dalam salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1.Keadaan Pertama

Wanita yang mengerjakan haji tamattu' (mengerjakan umrah dulu sebelum mengerjakan haji) Apabila kedatangan haid atau nifas samada sebelum atau semasa berihram, hendaklah menunggu sehingga suci.

Sekiranya dia suci sebelum berangkat ke Arafah untuk wukuf, maka dia hendaklah menyelesaikan ibadah umrah dengan mengerjakan tawaf,saie, dan bergunting.Sebelum ke Arafah, dia hendaklah berniat ihram haji ditempat penginapan.

Jika haid atau nifas itu berterusan, maka hendaklah dia berniat ihram haji dan hajilah hajinya haji Qiran. Dia diwajibkan membayar dam Haji Qiran (Tertib dan Taqdir) dengan syarat2nya.

2. Keadaan Kedua

Wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran yang didatangi haid, hendaklah menyempurnakan kerja2 haji kecuali tawaf yang hanya boleh dilaksanakan setelah bersuci.

3. Kaeadaan ketiga

Sekiranya haid atau nifas itu masih berkekalan sehingga tiba waktu berangkat dari Mekah (samada untuk ke Madinah atau pulang ke tanahair, maka hendaklah dia menunggu hingga suci untuk menrgerjakan tawaf. Jika dia tidak mampu berbuat demikian, bolehlah dia Tahalulu Ihsar, dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan niat tahallul.Dengan perbuatan itu dia terkeluar dari ibadat haji dan boleh melakukan semua larangan ihram.

Untuk tahallul ihsar ia hendaklah keluar ke suatu tempat yang sukar baginya kembali ke Mekah. Amalan2 yang belum ditunaikan itu samada tawaf atau sa'ie perlu dilakukan di masa akan datang.
___________________________________________________

Mengikut Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, "Jemaah haji wanita yang dalam haid boleh memasang niat ihram haji atau umrah, bukan tidak boleh. Mereka akan dikenakan dam sekiranya tidak memasang ihram di miqat. Ini adalah peraturan dalam wajib haji dan wajib umrah," kata beliau.Jemaah haji, khususnya wanita yang didatangi haid, wajib memasang niat ihram haji atau umrah apabila melalui miqat.(Bernama)

Harap2 maklumat ini jelas dan dapat membantu menjawab persoalan kawan aku tu...
Bukan nak memandai-mandai, cuma nak berkongsi ilmu yang ada dalam buku TH aja. Mudah2an memberi manfaat.

2 comments:

  1. salam.. pembetulan sikit mungkin typo kt 'Kedatangan haji' sepatutnye 'Kedatangan haid' kann.. wallahualam

    ReplyDelete
  2. Thanx en me, yes it's kedatangan haid.

    ReplyDelete