Thursday, June 9, 2011

BERLAKU ADIL

Heboh cerita, pelajar cemerlang SPM 2010 tak dapat biasiswa JPA dan tempat di matrik.Aku sort of dapat rasa their frustration. Kalau kita ditempat merekapun tentu kita sedih. Dah berhempas pulas buat yang terbaik dan dapat result yang baik tapi tak dapat tempat.Tak kira bangsa. Anak aku tahun 2009 dulu pun camtu juga. Rasa kecewa... Macam pelajar2 ni tak dihargai.

So aku rasa, ni salah satu sebab kenapa pelajar2 ni, bila habis belajar tak berapa nak balik kerja disini. Rasa2nya memang tak adil kita nak marahkan diorang, kata tak patriotik bagai.Dah kita buat donno aja kat diorang pada awalnya.

Lagi satu disebabkan bangsa, diorang ni tak dapat tempat di matrik dsbnya. Ini pun aku rasa tak adil. Hiba betul aku pada anak didik aku(tahun2 sebelumnya)keputusan cemerlang tapi cuma dapat form six aja...Sedih sesangat...

Tiada siapa yang lahir ke dunia ni boleh pilih bangsa apa yang diorang nak. So kenapa kita nak beza2kan pelajar warga Malaysia ni kerana bangsa.Walaupun kita nak menjaga hak sebagai bumiputra, tapi pada waktu yang sama kita mesti adil pada pelajar2 ni.Aku memang sedih bila tanya anak didik, dapat sambung mana? Jawapannya cuma form six, walaupun cemerlang...Bukankah Allah jadikan kita berbeza2 agar kita dapat kenal mengenal antara satu sama lain?

Fikir2kan. Bayangkan kita berada di tempat diorang.

No comments:

Post a Comment