Tuesday, June 28, 2011

TAUBAT

Itu adalah tajuk ceramah yang aku dengar malam tadi oleh Ustaz Badlishah di TV9. Menarik ceramahnya. Ustaz cakap yang kita ni sepatutnya selalu bertaubat. Allah sukakan orang yang bertaubat, kalau boleh setiap hari.

Hata Nabi s.a.w sendiri yang maksum itupun memohon ampun dan beristigfar setiap hari. Apatah lagi kita yang sememangnya selalu buat dosa, samada kita sedar atau tidak, yang dibuat terang2an mahupun yang tersembunyi.

Sebesar mana sekalipun kita berdosa, jangan sekali2 kita putus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masuk ke surga Allah adalah kerana Rahmatnya bukan kerana amalan kita.So Jangan sesekali kita sombong dengan amalan yang kita perasan kita banyak buat. Belum tentu Allah terima.

Aku tertarik dengan contoh yang ustaz berikan, tentang tanda2 taubat kita tak diterima seperti suka cakap pedaah(tipu dalam loghat pahang). Contoh yang Ustaz bagi macam ada seorang pemuda tu, nak benar cakap besar, dia cakap ada sebatang pokok kelapa tertinggi di Temerloh sehinggakan kalau panjat, satu Temerloh boleh nampak. Datang lagi seorang pemuda, dek kerana tak mau mengalah, dia pun cakap ditempat dia, lagi hebat sebab ada sebatang pokok kelapa di kampungnya, beruk yang panjat pokok tu sampai jadi tua bila sampai ke tanah, punya tingginya pokok dia?!? Lawak ustaz.

Ketawa aku and huby dengar...

No comments:

Post a Comment