Thursday, March 31, 2011

PENGELOLA JEMAAH HAJI 2011

Pengumuman untuk kenkawan yang nak dapatkan maklumat pakej haji. Tabung haji telah mengeluarkan senarai PJH 2011 yang diluluskan untuk beroperasi tahun ni.

Pakej yang telah diberi lesen oleh TH ni,adalah syarikat yang telah memberi perkhidmatan yang memuaskan jemaah haji yang lalu, sebab TH buat soal selidik masa jemaah haji berada di Mekah. Andaikata kita masa di sana tak puas hati dengan syarikat, boleh pergi HQ TH yang berhampiran hotel kita masa di Tanah suci,supaya diorang boleh siasat. Kalau dah balik baru nak komplen... orang sekarang kata, tak ada maknanya.....

Aku tengok syarikatnya cam tak banyak berubah. Cuma diorang belum letak harga aja. Selalunya diorang iklankan harga seperti tahun lepas. Nanti ada la brosur pakej diberi pada jemaah haji terpilih. Buatlah pilihan yang betul. Kalau susah sangat, nak buat pilihan, buatlah solat istiharah, mudah2an dapat petunjuk.

Apa2pun tunggu la pengumuman wang belanja haji tahun ni... Kalau jadi pilihanraya tahun ni, mungkin kekal la harganya kot?!?...(Tahun lepas kalau tak silap wang belanja haji TH RM 7350)

No comments:

Post a Comment