Monday, April 11, 2011

ROTI MEKAH

Tengok iklan siaran television tentang roti, keluaran Muslim.Bangga aku sebab orang Islam berjaya menyediakan makanan halal buat Muslim lain.(Tumpang bangga aja la... kekuatan sendiri belum ada lagi untuk menunaikan keperluan fardhu kifayah ni)

Aku menyeru diri sendiri untuk menyokong keluaran Muslim. Kalau kita tidak bantu siapa lagi? Fikir2kan lah.Mungkin keluaran mereka mahal/kurang sikit buat permulaan, aku pasti bila kita, menguasai ekonomi, mereka boleh menawarkan dengan harga yang kompetetif dan bermutu.(tak semua keluaran Muslim mahal/tak ada kualiti, rasanya segelintir kecil aja...)

Cerita pasal jual mahal sikit(ala mahal cuma sekupang dua) aku teringat satu program television tentang macamana nak hidup bahagia? Satu caranya ialah dengan selalu menderma. Contoh kalau kita beli kuih digerai Muslim, apa salahnya sekali sekala kita belajar berkata keep the change bila ada balance.(selalunya peniaga kecil2 ni bukannya senang mana pun...).Mudah2an kita sama2 dapat melakukan dengan ikhlas dan berlapang dada.

Cerita pasal produk Muslim, aku teringat la roti di Mekah. Tak tahu nak describe rasanya, tapi aku and hubby suka sangat rasa dan teksturnya. Kek diorang pun best. Banyak jual di kedai runcit. Kalau tak silap satu rial satu. Keknya tak berapa manis, just nice... Kalau you all berpeluang ke sana jangan lupa rasa ya.

Sunday, April 10, 2011

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Hari ni nak cerita bab masak pulak. Dah lama tak ke dapur...(My hubby masak selalunya,sebab dia lapang waktu pagi, thanks dear...)Masuk dapur bila cuti... sabtu, ahad and cuti sekolah aja. Kadang2 bingung juga,nak masak apa. Masak ni pun kena ada skill.Skill kena brush up selalu, kalau tak dia tumpul,he,he,he... alasan!?!

Fikir punya fikir, teringat ikan patin masak tempoyak di Termerloh. Ok, set...
My hubby gi pasar cari semua keperluan. Campak sana,campak sini,siap... For us sedap la... My hubby even says my cook is better than the one we ate at Temerloh. Fuhyoo...(Tak tau la kalau dia nak bodekkan!?!)

Kalau you all nak try, resipinya cam kat bawah:

Ikan patin seekor(1 kg)(Basuh bersih.Next rendam dalam air asam jawa/limau about 20 minutes, nak hilangkan hanyir. Then cucur air sambil selawat)
1 senduk tempoyak
20 biji cili api(tumbuk/blend halus)
1 asam keping
air agak lebih sikit dari ikan
garam secukup rasa
sedikit kunyit
secubit gula
3 btg serai di titik
2 helai daun kunyit

Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api sederhana bila dah mengelegak, slowkan api biar mereneh dan agak pekat sikit. Then tutup api.

UMRAH THEN HAJI?

Ada kenkawan yang aku kenal(kawan zaman sekolah dulu) ingin menunaikan umrah dulu sebelum haji. Alhamdulillah.Tapi kalau tanya my opinion, if budget kita ngam2 aja...(Jika giliran ikut muasasah lambat lagi cth: 2020)baik kita tambah sikit lagi peruntukan terus gi haji amek pakej.

Haji wajib hukumnya.Jadi dahulukan yang wajib. At the same time kita dapat buat umrah. Orang kata 2 dalam satu. Dua2 dapat.

Pengalaman sendiri, yang menjejakkan kaki ke Mekah buat pertama kali,walaupun belum pernah pergi untuk umrah dahulu sebelum haji. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan.

So,kenkawan my opinion is terus aja gi haji, guna pakej. Nak tunggu giliran muasasah memang tak sabar rasanyakan? Tambah sikit aja lagi dari duit peruntukan umrah,dapat buat haji,tak gitu?!?Pasal anak nak ikut tu... kalau budget tak cukup, takpa lah. Tinggalkan aja diorang.Dah besarpun kan?Diorang tak wajib lagi cause depa tak mampu!Insyallah, bila diorang kerja nanti dapatlah diorang pergi...

Perasaan lepas buat haji ni sememangnya lega... rasa macam terlepas satu hutang dengan Allah.

So buatlah keputusan sendiri. Masing2 ada alasannya. Apa2pun aku doakan korang mendapat haji or umrah yang mabrur, yang mampu mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik dan beristiqamah dengan amalan yang soleh.(Yang paling penting tidak mensyirikkan Allah dalam apa perkara sekali pun. Itu janji kita dengan Allah semasa mengucapkan ucapan talbiah "Labaikallah huma labaik...)

Masyaallah rindunya nak jejakkan kaki disana. Andai nanti kalian pergi jangan lupa tolong doakan aku juga dapat kesana lagi ya...

Friday, April 8, 2011

PENCEN

Hari ni seorang dari kawan sekerja bersara(seorang ustaz). Setelah hampir 30 tahun berkhidmat,tiba masa untuk meninggalkan tempat mencari rezeki. Rasa tersentuh bila,ustaz menyentuh tentang rezeki yang halal.

Gerunpun ada. Sebabnya kerja kami,sebagai pendidik sangat bersangkut dengan manusia. So faham2 ajalah... takut2 termakan hak orang.(terlewat masuk kelas, marah pelajar pada tempat yang bukan hak untuk dimarah, terlebih denda dan perkara2 sewaktu dengannya) Kita manusia biasa sentiasa terlalai dan tak lepas dari melakukan kesilapan.

Pada anak pelajar disusun jari sepuluh dan diminta memaafkan dan menghalalkan apa2 yang kami terkurang mengajar.

Padamu Ya Allah aku memohon ampun. Janganlah engkau hukum kami pada perkara yang tidak mampu kami sempurnakan.Berilah kekuatan kami agar menjadi pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu.Malah mampu menyentuh hati pelajar dan menjadikan mereka manusia. Mudah2an ada ilmu yang bermanfaat yang mereka dapat hasil tangan kami. Terimalah dia sebagai satu amal jariah, ya Allah... Amin, ya rabbilalamin.

Thursday, April 7, 2011

ANAK ANUGERAH ALLAH

Bila tanya pasangan yang mendirikan rumahtangga, selalunya anak adalah buah cinta yang akan menjadi pelengkap rumahtangga. Malahan Nabi s.a.w. berbangga dengan ramainya umatnya nanti. Anak juga menjadi 1 dari 3 perkara yang akan dibawa manusia ke akhirat,iaitu doa anak yang saleh akan menjadi hadiah yang sentiasa dinanti oleh ahli kubur.

Tapi tak semua orang begitu... Ada orang yang tidak mahu anak! Bukan anak yang lahir tanpa nikah, malahan anak hasil hubungan suami isteri yang sah! Masyallah. Sedih aku mendengar cerita rakan. Pasangannya melarangnya mengandung!

Wahai kaum Adam diluar sana, janganlah anda mensia2kan rezeki yang Allah beri.Kalau mahu berkahwin, carilah ilmu. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai tempat melabur pahala. Kalau sudah tersalah niat, kembalilah kepangkal jalan. Berkahwinlah kerana Allah dan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Hayatilah hikmah berumahtangga. Jadilah pemimpin yang baik. Pimpin lah keluarga menuju surga dunia dan akhirat.
(Ingatan untuk anak2 lelaki aku juga.)

Wednesday, April 6, 2011

FITNAH AKHIR ZAMAN

Banyak betul cerita yang tak berapa sedap yang kita dengar,lately(video XXX) Perasaan tu bercampur baur, sedih ada, sakit hati ada tak tau apa nak kata. Hinanya rasa kalau demi kuasa kita rela melakukan apa saja.Berpolitik la camana pun tapi, kekalkan lah batas2 mukmin. Tak salah berbeza pendapat. Tapi balaslah hujah dengan hujah. Jangan la balas guna perkara yang dangkal dan tak masuk akal.

Walaupun dipihak mana anda berada, fikirkanlah semasak2nya. Hayati ayat dibawah ni, kalau kita mengaku sebagai seorang Islam, yang percayakan AlQuran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w dan percaya akan hari pembalasan. Mudah2an Allah memberi kita petunjuk dan kita tergolong dikalangan orang yang Allah redhai. Tak guna kita mendapat redha manusia dan mendapat laknat Allah. Hidup di dunia tidak lama tetapi akhiratlah yang kekal abadi.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." Alhujurat ayat 6

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Sunday, April 3, 2011

HAJI IBARAT BAYANGAN MENUJU KEMATIAN

Sekarang ni kenkawan yang nak gi haji,rajin berkursus setiap sabtu di Masjid.Baguih na...

Nak gi haji kita buat persiapan, terfikirkah kita untuk membuat persiapan untuk perperiksaan di Mahsyar nanti?(yang sepatutnya terlebih2 kita buat). Islam sebenarnya dah mengajar kita untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji.

Solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang kita tengah buat kena ditinggalkan segera dan kita bergerak serentak ke masjid.(keutamaan kepada kaum adam)

Ini betul-betul macam bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT yang bermaksud:
Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran yang diterjemahkan di dalam ibadat solat. Sebenarnya Allah telah melatih kita untuk berdepan dengan saat yang namanya akhirat. Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, memang macam saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Hajipun camtu la juga..., kita diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki, keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih, memang terasa macam saat hari kematian, iaitu saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT.

Manusia kena patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuali terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, kita diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas samada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa.

Untuk gi haji ni, jemaah kena berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tak baik terhadap orang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram supaya silaturahim tak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika kita bersih dari dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah kita jika yang mengiringi diri kita ke tempat persemadian, sementara menunggu untuk dibangkitkan di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat.

Sebab tu la, solat dan haji dikatakan latihan untuk menempuhi kematian.
That's why, dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.