Wednesday, December 29, 2010

SOLAT PERTAMA DI MASJID NABAWI





Kami tiba di hotel Sufara Al- Huda, Madinah, lepas Asar. So rehat di bilik sambil tunggu bag.

Bila nak masuk Maghrib, kami bersiap2 untuk ke Masjid. Keluar bilik, kami dimaklumkan bag ada di tepi lift. Tapi... cuma bag suami. Bag aku takda. Kami teruskan perjalanan ke Masjid, sebab tak mahu ketinggalan solat berjemaah.

Sampai di Masjid, buat pertama kalinya, aku panik, sebab ruang solat dah penuh. Dalam hati merintih, ya Allah aku ingin solat di Masjid Nabi s.a.w. buat pertama kalinya, berilah aku ruang ya, Allah.

Allah Maha Pengasih dia mendengar rintihan hambanya. Jauh ke dalam masjid, jemaah kulit hitam, melambai pada aku sambil tersenyum menunjukkan ruang kosong. Masyallah. ada ruang yang selesa untuk dua tiga orang.

Alhamdullilah. Selesai solat, aku teringat pesan suami, untuk keluar dan balik ke hotel cari bag. Kalau ikutkan aku, rasa macam nak iktikaf menunggu Isya', sebab tempat yang aku solat ni memang selesa. Tapi nak call suami takut nak keluarkan talipon, so aku pun gi kat Men's toilet 11A (Tempat aku tunggu suami).

Balik hotel, tak lama menunggu, bag aku ada di tingkat 10, dekat pintu bilik. Lega...

Kembali ke Masjid, Aku terpaksa solat di dataran. Sedihnya... Polis wanita di masjid tak benarkan masuk. Katanya dengan lograt Arab, "Penuh,penuh ya ibu."

REHAT DAN RAWAT





Perjalanan dari Mekah ke Madinah dengan bas memakan masa 8 jam. Kami bertolak lebih kurang jam 9 pagi. Bagasi kami telah siap diletakkan di loby pada pukul 10 malam.

Kami cuma membawa hand luggage saja ke dalam bas.

Macam di Malaysia, diorang pun ada R&R. Ada tandas, mursolla dan kedai jual makanan. Lebuhraya pun cantik, yang tak da cuma TOL aja...

Lebih kurang jam 1 petang, kami singgah di R&R. Walaupun kelihatan cahaya matahari, tetapi udaranya sudah terasa sejuk, macam Cameron Highland. Bila ambil wuduk, mak oii... sejuknya...

Aku tak bawa sejadah, so masa sujud, terasa macam dahi letak kat ais, sejuk...

BILIK HOTEL DI MADINAH





Kalau di Mekah kami duduk bertiga, di Madinah kami bertiga upgrade (tambah RM500 seorang) dan duduk berdua, bersama hubby masing2.

Di Malaysia lagi aku selalu, melawak dengan kawan2. Aku kata, "Aku honeymoon di Madinah, duduk 2 orang sebilik." Subhanallah, benarlah seperti dikata, apa yang kita cakap tu macam doa. Allah berikan kami bilik yang cantik dan luas. Almarinya 4 pintu.Memang macam honeymoon suite. Masyallah.

Terasa benar syukurnya ke hadrat Ilahi. Allah Maha Besar.

FREE GIFT



Dalam perjalanan ke Madinah kami dibekalkan dengan air zam-zam dan juga biskut. Ia sumbangan dari muasasah Asia Tenggara.

Seingat aku barang hadiah ni masa sampai dari jeddah ke Mekah pun kami dapat. Alhamdullilah... murah rezeki jemaah haji. So bab makan tak perlu risau. Insyallah sentiasa mewah dengan makanan. Di Arafah dan Mina pun begitu.

FARMASI




Farmasi ni popular di Mekah. Ubat batuk adalah berasaskan herba. Mungkin ia sesuai dengan cuaca di sana.Alhamdulilah kami batuk sikit2 aja, so tak perlu makan ubat.

Suami ada beli ubat demam sebab dia sakit tekak. Selalunya kalau di Malaysia bila sakit tekak, tu tanda nak demam. So mencegah lebih baik dari mengubati.

Alhamdulillah Allah izinkan kami sihat dan tidak demam.

Sebelah belakang famasi al-nahdi, ada kedai membuat roti, beratur orang membeli. Aku tak cuba rasa. So tak tau lah sedap ke tak. Tapi kalau dah ramai tu... tentu sedapkan.

KEDAI KOPI


Kalau dah kaki ngopi tu... kat Mekah pun jumpa juga. Tapi kali ni my hubby mengeteh. Teh 2 riyal, teh O 1 riyal.

JARANAH


Masjid Jaranah adalah satu lagi tempat miqat untuk berihram umrah dari Masjidilharam.Aku lupa pula sejarahnya. Nanti lah, kalau aku ingat aku ceritakan.

Tuesday, December 28, 2010

Tannaim





Miqat yang paling hampir bagi mereka yang nak berniat ihram dari Tanah Haram

MASJID HUDAIBIYAH







Masjid ni mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi s.a.w.

Disini adalah antara Miqat untuk Umrah. Jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidilharam. Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah.

Ni tempat pertama kami pergi untuk berniat umrah di miqat. Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan antara Makkah dan Jeddah dan sekarang lokasi ini dipanggil Syumaisi, dinisbahkan kepada Bi’r Syumaisi.

Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen.


Gambar menunjukkan bas dan sekitar tempat di masjid hudaibiyah. Bersama-sama kami ialah jemaah yang datang berziarah dan berniat umrah.

CHICKEN BROAST DAN AIS KRIM


Kedai ni kira paling dekat dengan hotel kami. Port orang Turki tunggu bas untuk balik hotel.

Kedai menjual ayam goreng ala-ala kentucky pun ada kat Mekah ni. Harganya 12 Riyal, 3 ketul ayam dan sedikit french fries. Sedap juga rasanya especially kalau makan masa panas.Jus mangga,guava dan mix dia... memang best. Kalau pi Mekah mesti rasa na... sekali rasa pasti tak lupa.

Ais krim pun ada. Dalam cup dan kon. Harganya 2 Riyal. Selalu selepas solat fardu aku singgah beli. Tapi tak la setiap waktu... Kalau tiap waktu mau tak muat semua baju yang di bawa!

Syukur, ya Allah, dengan izinmu aku samapi kesini dan dapat menikmati rezekimu ini.

SAEI

Tempat saei dari safa ke marwah, sekarang ni ada 3 tingkat. Mula-mula sampai, aku dan suami bersaei di tingkat bawah. Tingkat bawah ni terasa la mencabar sikit, sebab kena mendaki bukit, walaupun jalannya dah ditiles. Bagaimana lah ya, Siti Hajar bersama anaknya Nabi Ismail ketika mendaki bukit dalam keadaan sebenar... Semangat Siti Hajar ni patut ada dalam diri kita. Insaf rasanya.

Saei haji, aku buat di tingkat 2. Alhamdulillah semuanya lancar. Walaupun jemaah ramai sentiasa ada ruang untuk semua.

Tingkat 3, tanpa bumbung aku naik pada minggu akhir sebelum ke Madinah.Suasana di atas sekali waktu malam sungguh mendamaikan dan nyaman. Patutlah ramai jemaah suka lepak di sini. Tapi sebenarnya tempat saei ni tidak dikira sebagai masjid, so sayang juga la kalau duduk disini, tak dikira pahala iktifaf. Kalau jemaah bergerak sedikit dan berada ditingkat atas masjid lebih afdal...Nyaman dan damai juga.

Tempat saei ni aku tak da ambil gambar.

Saturday, December 25, 2010

PEJABAT TABUNG HAJI






Pejabat Tabung Haji yang paling hampir dengan hotel kami ialah di Hotel Janadriah. Kat sini ada klinik dan tempat pengeluaran duit.

Depan hotel ni, dan laluan berhampiran, macam-macam ada jual, barang2, makanan, cam ikan kering, kuih muih. Pergi ikut muasasah sarapan pagi tidak disediakan. So bolehlah cuba makanan yang dijual.

Hotel Janadriah ni besar. Boleh dikatakan hotel tabung haji semua besar2. Cuma agak jauh sedikit. Kedudukannya kena daki bukit sikit la...

Kalau ikutkan gi haji ni, kemuncak hajinya dalam 5 - 6 hari aja. Masa yang lain tu kita ke masjid berjemaah. Kalau tak kerana nak ambil duit dan pergi klinik, mungkin aku tak sampai ke pejabat TH ni.

Masa hampir penuh terisi. Beli belah tu sambil2 balik ke hotel lepas solat fardhu. Gerai jualan hampir sepanjang jalan dari hotel ke masjid. Kalau sibuk membelibelah mau terbabas waktu ke masjid. Harap-harap tak begitu la. Rugi sangat2. Penat-penat kita meninggalkan keluarga habiskan wang untuk haji, kalau masa tak dimanfaatkan sebaiknya, tak tahu la bila pula kita boleh datang lagi. So nasihat aku kuatkan iman.
Banyakkan beriktikaf di masjid, baca alquran atau duduk2 tengok Kaabah. Tengok kaabah pun dapat pahala.

Hai, kata nak haji mabrur... Bukan senang2 nak dapat. Nak tahu mabrur tak mabrur, kata ustaz, lepas haji mesti berubah kearah yang lebih baik. Mudah2an kami dapat istiqamah dan bertambah baik hingga ke akhir hayat. Amin...

Friday, December 24, 2010

TEROWONG KE MEKAH



Terowong pejalan kaki ke Mekah dari Mina. Ramai jemaah yang berjalan kaki balik, jadi tak terasa jauhnya... Jauh tak jauh melecet juga la... kaki aku. Sekali lagi saranan aku cari kasut yang elok, mudah2an dengan izin Allah selesa.



Alhamdulillah akhirnya kami tiba di Mekah dan terlihatlah jam besar masjidilharam di depan mata.

Oleh kerana kami nafar awwal, so makanan tidak disediakan. Kami terus ke Kedai Kebab Turki. Tanya harga, mak oii... mahalnya... 25 riyal satu. Kebabnya tu sepotong daging and 2 keping roti. Then kami beli air mangga dan guava. Our favourite drinks setiap kali balik masjid. Memang kaw giler...

Tengahari makan chicken broast, yang Mas beli. Alhamdulillah kenyang.

NAFAR AWWAL



Setelah melontar jamrah hari ke 2, Kami terus menuju Mekah.



Perjalanan ke jamrah untuk melontar. Sebaik masuk Subuh kami sembahyang di tepi jalan. Suasana yang biasa di sana. Tapi jadi pelik di Malaysia. Seronok juga dapat merasa sembahyang jemaah di tepi jalan.



Kami mulakan perjalanan lebih kurang jam 5 pagi, dari khemah. Alhamdulillah, mereka tidak menunggu aku terlalu lama, sebab aku beratur untuk ke tandas hampir 1 jam. Inilah juga sebabnya suami setuju untuk nafar awwal. Pada awal suami memang nak nafar thani, tetapi sebab dia kesian dengan isterinya ini, bila mengenangkan masalah tandas.

Bagasi kami dibawa naik bas oleh pekerja kantin, orang Indonesia Sulaiman namanya. Syukran. Satu lagi Allah mudahkan kami. Subhanallah.

PETA DI MINA


Bermalam di Mina, adalah wajib haji. Kita kena pastikan kita benar-benar berada di Mina agar tak kena dam.

GLENDANGAN HAJI DI MINA





Di Mina, bagi jemaah haji yang tidak mengikut pakej muasasah, diorang bina khemah sendiri atau hanya beralaskan tikar dan tidur disitu.

Alhamdulillah, terasa benar nikmat tidur... sebab badan keletihan berjalan jauh untuk melontar.

Ada juga jemaah yang hanya tidur di tepi jalan, tak jauh dari tempat melontar. Emmm... strategi yang baik, sebab tak perlu berjalan jauh dan jimat belanja.

Walaubagaimanapun, jemaah haji Malaysia harus bersyukur kerana, kita disediakan khemah dan makan minum. Cakap pasal makan ni, aku sarankan bagi jemaah haji untuk bawa sedikit bekal seperti serunding, ikan bilis goreng pedas dan apa-apa yang sama waktu dengannya,terutama di Mina. Bukan apa, mungkin selera kita tak sama dengan selera orang Arab. Itu ikut pengalaman aku la... Tak bawa pun bukan lah masalah besar. Makanan sentiasa ada cam maggi, biskut, buah, air panas,air zam-zam. Tekak orang kan lain-lain.

Dah memang rezeki aku, dlm khemah jiran sebelah(kongsi ruang tidur yang sama) ada bawa bekalan serunding n ikan bilis and diorang offer. Aik.... apa lagi pucuk dicita ulam mendatang. Allah mendengar kata hati aku... Baru selera makan. Tak payah le kongsi nasi dengan Mas...Kalau tak ada serunding kami kongsi nasi, sebungkus makan 2 orang. Mesra gitu... (sebenarnya sayang membazir)Biar hak kita diberi pada orang yang selera makan.

WAKTU MALAM SELEPAS MUSIM HAJI




Orang sentiasa ramai. Alhamdulillah...

Wednesday, December 22, 2010

MELONTAR JAMRAH






Perjalanan pergi dan setelah selesai melontar. Melontar sekarang ni, alhamdulilah... tak sesusah zaman mak-mak kita. sekarang terowong dibuat one way, so tak da lah bertembung lagi antara jemaah yang pergi dan balik.

Tempat melontarnya pun tersangat lah luas. Ada beberapa tingkat. Kalau tak silap, kami melontar di tingkat 3.

Jarak antara tempat melontar dengan khemah lebih kurang 3 atau 4 km. Pergi balik lebihkurang 7km. Disini memang menuntut tenaga. Tapi, walaubagaimana pun Allah jua lah yang berkuasa menentukan kita berupaya melakukannya atau tidak.

Aku cakap begitu sebab ada seorang makcik yang kalau dilihat dengan mata kasar macam tak mampu melakukannya, tapi... takdir Allah mengkhendakinya. Makcik yang berjalan bongkok 3 tu, waktu balik sudah sampai di terowong untuk berehat, dan aku yang muda ni (muda ke? muda dari makcik tu la...)baru nak melalui terowong...

Apa-apapun, syukur ke hadrat Allah, semuanya berjalan lancar dan dapat melontar dengan mudah sekali.

Selesai melontar Jamrah Kubra ni, kami bergunting. Jemaah lelaki kebanyakannya bercukur bila sampai di khemah. Ustaz kata gugur dosa-dosa sebanyak rambut yang dicukur.

Selepas ini terangkatlah semua larangan ihram kecuali 3 perkara iaitu:
1. Berkahwin atau mengahwinkan orang
2. Melakukan hubungan kelamin
3. Melakukan mukadimah persetubuhan seperti bersentuhan dengan syahwat dsbnya

Itu dikatakan Tahallul Awwal.