Catatan pengalaman sebelum,semasa dan selepas menuju ke rumah Allah pada tahun 2010. Moga dapat dijadikan panduan. Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk adalah kerana kedaifan saya sebagai hambaNya.
Saturday, December 18, 2010
TIBA DI MEKAH
Tanggal 4 Disember 2010 akan jadi detik paling bermakna dalam hidup kerana buat pertama kalinya terbang untuk menunaikan haji. Perjalanan dengan kapalterbang ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam 20 minit. Beza waktu Mekah - Malaysia adalah 5 jam ke belakang. Waktu bertolak dari KLIA jam 4.30 a.m. dan tiba di Jeddah lebih kurang 9 a.m.
Sambil menunggu untuk urusan imgresen suami pergi ke kedai prepaid 'Mobily' beli dua sim card, seorang satu. Dapat aja mula-mula tertanya-tanya apa nombor telepon sendiri. Tulisan semua Arab. Tanya orang jual pun dia tak faham. tengok punya tengok ternampak no. service card. hantar sms, kemudian tahu nombor. Guna telepon I, call suami punya nombor, so tahulah no tel I.
Selepas menunggu agak lama juga. Kami dipanggil untuk urusan imigresen. Lelaki perempuan secara berasingan. Pegawai Imgresen dia memang brutal. Pasport kita dicampak-campak aja. Alhamdullilah semua lancar.
Kemudian ke tempat bagasi cari bag. Aku cari bag dan troli sementara tunggu suami untuk urusan imgresen. Dapat aja bag polis Arab halau pergi untuk serahan passport pada Muassah di sana. Muasasah pegang pasport kita sepanjang kita di Mekah hingga waktu nak gi Madinah.
Then tunggu ditempat menunggu yang di tetapkan untuk ke Hotel Mekkah. Perjalanan tak berapa jauh tapi ambil masa juga sebab menunggu bas dan jemaah. Alhamdulilah aku buat jamak qasar zohor dan asar di surau Jeddah, sebab sampai Mekah dah Magrib.
Malam tu kami dibawa ke Masjidil Haram untuk membuat tawaf umrah dan sai untuk yang buat haji tamatuk.
Pertama kali melihat Kaabah, aku gamam. Apa taknya. Info yang aku dapat Kaabah tu berada jauh didalam masjid. Aku terkejut sebab tak lama selepas masuk,ikut pintu Fatah No 45 Kaabah dah tersergam didepan mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment