Wednesday, December 29, 2010

SOLAT PERTAMA DI MASJID NABAWI





Kami tiba di hotel Sufara Al- Huda, Madinah, lepas Asar. So rehat di bilik sambil tunggu bag.

Bila nak masuk Maghrib, kami bersiap2 untuk ke Masjid. Keluar bilik, kami dimaklumkan bag ada di tepi lift. Tapi... cuma bag suami. Bag aku takda. Kami teruskan perjalanan ke Masjid, sebab tak mahu ketinggalan solat berjemaah.

Sampai di Masjid, buat pertama kalinya, aku panik, sebab ruang solat dah penuh. Dalam hati merintih, ya Allah aku ingin solat di Masjid Nabi s.a.w. buat pertama kalinya, berilah aku ruang ya, Allah.

Allah Maha Pengasih dia mendengar rintihan hambanya. Jauh ke dalam masjid, jemaah kulit hitam, melambai pada aku sambil tersenyum menunjukkan ruang kosong. Masyallah. ada ruang yang selesa untuk dua tiga orang.

Alhamdullilah. Selesai solat, aku teringat pesan suami, untuk keluar dan balik ke hotel cari bag. Kalau ikutkan aku, rasa macam nak iktikaf menunggu Isya', sebab tempat yang aku solat ni memang selesa. Tapi nak call suami takut nak keluarkan talipon, so aku pun gi kat Men's toilet 11A (Tempat aku tunggu suami).

Balik hotel, tak lama menunggu, bag aku ada di tingkat 10, dekat pintu bilik. Lega...

Kembali ke Masjid, Aku terpaksa solat di dataran. Sedihnya... Polis wanita di masjid tak benarkan masuk. Katanya dengan lograt Arab, "Penuh,penuh ya ibu."

No comments:

Post a Comment