Catatan pengalaman sebelum,semasa dan selepas menuju ke rumah Allah pada tahun 2010. Moga dapat dijadikan panduan. Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk adalah kerana kedaifan saya sebagai hambaNya.
Wednesday, December 22, 2010
MELONTAR JAMRAH
Perjalanan pergi dan setelah selesai melontar. Melontar sekarang ni, alhamdulilah... tak sesusah zaman mak-mak kita. sekarang terowong dibuat one way, so tak da lah bertembung lagi antara jemaah yang pergi dan balik.
Tempat melontarnya pun tersangat lah luas. Ada beberapa tingkat. Kalau tak silap, kami melontar di tingkat 3.
Jarak antara tempat melontar dengan khemah lebih kurang 3 atau 4 km. Pergi balik lebihkurang 7km. Disini memang menuntut tenaga. Tapi, walaubagaimana pun Allah jua lah yang berkuasa menentukan kita berupaya melakukannya atau tidak.
Aku cakap begitu sebab ada seorang makcik yang kalau dilihat dengan mata kasar macam tak mampu melakukannya, tapi... takdir Allah mengkhendakinya. Makcik yang berjalan bongkok 3 tu, waktu balik sudah sampai di terowong untuk berehat, dan aku yang muda ni (muda ke? muda dari makcik tu la...)baru nak melalui terowong...
Apa-apapun, syukur ke hadrat Allah, semuanya berjalan lancar dan dapat melontar dengan mudah sekali.
Selesai melontar Jamrah Kubra ni, kami bergunting. Jemaah lelaki kebanyakannya bercukur bila sampai di khemah. Ustaz kata gugur dosa-dosa sebanyak rambut yang dicukur.
Selepas ini terangkatlah semua larangan ihram kecuali 3 perkara iaitu:
1. Berkahwin atau mengahwinkan orang
2. Melakukan hubungan kelamin
3. Melakukan mukadimah persetubuhan seperti bersentuhan dengan syahwat dsbnya
Itu dikatakan Tahallul Awwal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment