Catatan pengalaman sebelum,semasa dan selepas menuju ke rumah Allah pada tahun 2010. Moga dapat dijadikan panduan. Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk adalah kerana kedaifan saya sebagai hambaNya.
Friday, December 24, 2010
NAFAR AWWAL
Setelah melontar jamrah hari ke 2, Kami terus menuju Mekah.
Perjalanan ke jamrah untuk melontar. Sebaik masuk Subuh kami sembahyang di tepi jalan. Suasana yang biasa di sana. Tapi jadi pelik di Malaysia. Seronok juga dapat merasa sembahyang jemaah di tepi jalan.
Kami mulakan perjalanan lebih kurang jam 5 pagi, dari khemah. Alhamdulillah, mereka tidak menunggu aku terlalu lama, sebab aku beratur untuk ke tandas hampir 1 jam. Inilah juga sebabnya suami setuju untuk nafar awwal. Pada awal suami memang nak nafar thani, tetapi sebab dia kesian dengan isterinya ini, bila mengenangkan masalah tandas.
Bagasi kami dibawa naik bas oleh pekerja kantin, orang Indonesia Sulaiman namanya. Syukran. Satu lagi Allah mudahkan kami. Subhanallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment