Wednesday, June 8, 2011

IHSAN

Orang kata jauh berjalan luas pandangan. Ada yang positif dan negatif. Aku cuti sekolah ni selalu travel, sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan. Tiap kali singgah masjid untuk mengadapNya, selalu perkara ni terjadi.

Orang kita ni, aku rasa selfish.Kat tandas masjid dah tertulis, selipar masjid jangan di bawa keluar. Ada ramai yang buat badak. Diorang fikirkan diri sendiri aja. Mereka lupa nak jaga kesucian saudara muslim yang lain. Tak tefikir ke, yang kita mungkin terbawa najis ke serata tempat di Masjid, hanya kerana dek kita sorang nak pastikan kesucian utk solat.

Tolonglah..., jangan tamak. Bukankah surga Allah tu luas.Kesian belaslah dengan orang lain juga,yang hendak suci dan solatnya diterima. Sesamalah kita jaga kesucian masjid. Ikut la arahan yang tertulis. Jangan dek kerana kita sorang tak pandai baca, habis semua orang terpalit sama.

Wahai tuhan, insafkan diri kami dan campakkan dan suburkanlah rasa kasih sayang kami sesama makhluk.Amin

No comments:

Post a Comment