Thursday, June 30, 2011

ISRAK MIKRAJ

27 rejab hari tu,lepas Maghrib, aku dengar ceramah israk mikraj. Kali ni ustaz bawa melihat peristiwa itu dari sudut lain.

Mula2 ustaz ceritakan tentang 2 masjid yang Nabi singgah dan sembahyang didalamnya iaitu MasjidilHaram dan Masjid Al Aqsa. Ini adalah 2 masjid yang terawal dibina diatas mukabumi.

Kemudian ustaz bawa kita ke Palestin.Rasanya sangat terkesan sekali melihat penderitaan saudara semuslim kita di lanyak Israel.Perasaan bercampur baur, sedih, sakit hati,simpati. Selama hari ni aku tak berapa kisah tentang ni.Tapi bila dengar ceramah ustaz, kalau hari2 dibawa ceramah, mau jadi sukarelawan,naik semangatnya...wa cakap lu.

Betapa deritanya mereka mempertahankan Al Aqsa.Tapi kita disini,ruang likupnya hanya sekitar diri dan keluarga aja. Betapa jual ikannya kita.(selfish)

Ayuh!Kita gerakkan diri, mulakan dengan mengirimkan doa tanpa henti buat saudara semuslim kita disana.Dan ringan2kan tangan untuk menghulur derma.(Ustaz kata org palestin ni tidak meminta2. Jiwa diorang besar.Tapi tanggungjawab kita untuk memberi infak)

Mudah2an Allah akan memberi ganjaran kepada mereka dengan sebaik2 ganjaran.Amin...

No comments:

Post a Comment