Wednesday, June 1, 2011

MELAKA

Cuti sekolah sinonim dengan musim orang kahwin,banyak undangan diterima.Salah satunya dari cousin aku di Melaka. Alhamdulilah kali ni kami berkesempatan ke sana.

Terlanjur ke sana kami plan untuk tidur di Seri Malaysia. Kira 2 dalam 1 bercuti dan menghadiri walimatulurus. Melaka ni sebenarnya tempat ulangalik kami selama 3 tahun sebelum ni. Anak aku belajar di UiTM.

Pandangan hadapan Seri Malaysia.




Bilik anak. Kira ok juga lah besarnya.


Seri Malaysia, Air Keroh ni, antara rangkaian hotelnya yang ada kolam renang. Galaklah anak lelaki yang paling halui(orang banjar cakap)berkubang, tapi dapat sekejap aja.

Malam Ahad, kami gi naik cruise. Air dia boleh tahan juga harumnya - bau cam air lembah. Sayang betul... Kalau air tu di selengara dan dijaga kebersihannya memang cantik juga, tambahan waktu malam. Tiket dewasa RM 10, bebudak RM 5



Sedih tengok orang2 yang hadir. Pakaiannya... mak aii, Bertudung tapi sendat ketat, baik remaja maupun mak budak. Kesiannya kita orang Islam, harta tak berapa ada akhlak hancus. Mudah2an Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka kerana sesungguhnya hidayah itu milikNya. Ya,Allah kurniakan kami penghabisan yang baik. Semoga aku dan anak2 dapat istiqamah dalam menjaga akhlak dan beramal soleh hingga akhir hayat... Ya,Allah ampunkanlah dan rahmatilah kami semua.

No comments:

Post a Comment