Pengumuman untuk kenkawan yang nak dapatkan maklumat pakej haji. Tabung haji telah mengeluarkan senarai PJH 2011 yang diluluskan untuk beroperasi tahun ni.
Pakej yang telah diberi lesen oleh TH ni,adalah syarikat yang telah memberi perkhidmatan yang memuaskan jemaah haji yang lalu, sebab TH buat soal selidik masa jemaah haji berada di Mekah. Andaikata kita masa di sana tak puas hati dengan syarikat, boleh pergi HQ TH yang berhampiran hotel kita masa di Tanah suci,supaya diorang boleh siasat. Kalau dah balik baru nak komplen... orang sekarang kata, tak ada maknanya.....
Aku tengok syarikatnya cam tak banyak berubah. Cuma diorang belum letak harga aja. Selalunya diorang iklankan harga seperti tahun lepas. Nanti ada la brosur pakej diberi pada jemaah haji terpilih. Buatlah pilihan yang betul. Kalau susah sangat, nak buat pilihan, buatlah solat istiharah, mudah2an dapat petunjuk.
Apa2pun tunggu la pengumuman wang belanja haji tahun ni... Kalau jadi pilihanraya tahun ni, mungkin kekal la harganya kot?!?...(Tahun lepas kalau tak silap wang belanja haji TH RM 7350)
Catatan pengalaman sebelum,semasa dan selepas menuju ke rumah Allah pada tahun 2010. Moga dapat dijadikan panduan. Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk adalah kerana kedaifan saya sebagai hambaNya.
Thursday, March 31, 2011
SAYANGI SAUDARA LELAKI KITA
Kalau tanya sayang tak dengan bapa/suami/anak lelaki kita?For sure jawapannya ya! Tapi sedar kah kita samada sayang kita itu membawa ke surga atau neraka?Aku teringat kuliah Magrib yang disampaikan Ustaz baru2 ni. Kita kaum hawa ni, mungkin akan jadi penghalang kaum adam dari memasuki surga.Korang layan artikel di bawah:
4 Golongan lelaki ditarik wanita:
Seseorang wanita itu apabila di alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya, iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang mereka pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT: "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Wahai kenkawan(aku mengingatkan diri aku juga), kasihlah ayah, suami,abang-abang serta anak-anak lelaki kita, kesiankanlah mereka dan diri kita sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.
So, jika benar kita sayangkan saudara lelaki kita, kuatkan azam untuk mematuhi perintah Allah supaya, orang2 yang kita sayangi, tak diseret ke neraka kerana kita.

Wednesday, March 30, 2011
DOA NABI AYUB
Peringatan buat diri sendiri dan kenkawan yang sudi singgah ke blog.Renung-renungkan lah...
Wahai Tuhanku, aku memohon kepada Engkau 4 perkara ( sebelum matiku):-
1) Memohon lidah yang sentiasa mengingatiMu Ya Allah!
2) Hati yang sentiasa khusyuk kepadaMu Ya Allah!
3) Badan yang sentiasa sabar di atas segala fitnah dan seranah
4) Dan dari pasanganku, yang sentiasa membantuku, membangun dunia dan akhiratku, Ya Allah!
Dan aku berlindung dari Engkau juga 4 perkara:-
1) Dari mendapat anak yang menjadi tuan ke atasku
2) Dan dari pasanganku, yang menjadikan aku susah, membangun dunia dan akhiratku
3) Dan dari harta yang mengenyangkan orang lain selepas matiku dan hisabnya di kuburku
4) Dan dari jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikanku ia sembunyikan, dan jika ia melihat keburukanku di hebohkan.

Tuesday, March 29, 2011
KETETAPAN DAN KETENTUAN ALLAH
Just before leaving school, a colleague came and asked me to fill in a form.Alamak?!? Form apa ni???? Kena jaga periksa SPM tahun ni... Terkezut akak. Tak jadi terbanglah nampaknya...
Adakah ni dinamakan qada dan qadar?
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [QS. Al-Hadiid (57): 22-23]
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).” [QS. Al-An’aam (6): 59]
“Tiada seorangpun dari kalian kecuali telah ditulis tempatnya di neraka atau di surga.” Salah seorang dari mereka berkata, “Bolehkah kami bertawakal saja, ya, Rasulullah?” Beliau menjawab, “Tidak, (akan tetapi) beramallah…karena setiap orang dimudahkan (dalam beramal).” Kemudian beliau membaca ayat ini, “Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah), bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil, merasa dirinya cukup dan mendustakan pahala yang terbaik, maka Kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar [QS. Al-Lail (92): 5-10].” (HR Bukhari dan Muslim, dari Ali bin Abi Thalib)
“Sangat mengherankan seorang mukmin itu, karena semua urusannya mengandung kebaikan. Dan yang demikian itu tidak pernah dimiliki seseorang kecuali orang mukmin; apabila ia diuji dengan kenikmatan (kebahagiaan), ia bersyukur. Maka, inilah kebaikan baginya. Dan apabila ia diuji dengan kemelaratan (kepayahan), ia bersabar. Maka, inilah kebaikan baginya.” (HR Muslim dari Abu Yahya Shuhaib bin Shinan)
Well... bersabarlah wahai diri. Mungkin ada kebaikannya yang engkau tidak ketahui. Anyway, be happy and always think positive.
Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allahlah yang TERBAIK...

Monday, March 28, 2011
TANYALAH USTAZAH
Korang tengok tak siaran tanyalah ustazah, hari Jumaat(25.3.2011) lebihkuang jam 9.30 malam? Pelik tak dengan jawapan yang Ustazah Mashitah bagi?
Aku sebenarnya rasa sedih dan gerun dengan jawapan ustazah bila penonton tanya tentang aurat dan bertabaruj. Aku memang bukan ustazah dan mempunyai ilmu yang sangat sedikit.Tapi dari kupasan jumhur ustaz dan orang alim ayat tentang kewajipan menutup aurat agak berbeza dengan kupasan/huraian yang diberikan. Ustzh tak menjawab dengan tepat, tapi seolah2 cuba untuk membenarkan apa yang ustzh buat/pakai.
Aku rasa, hukum tetap hukum.Ustzh patut menjelaskan sejelas2nya, walaupun ustzh sendiri tidak/belum ada kekuatan untuk menurutinya.
Aku tak tau camana nak explain.Korang fahamkanlah sendiri kupasan ustz seperti di bawah. Mudah2an kita tidak termasuk orang yang terpesong dan sentiasa dilindungi dari golongan agamawan yang tidak amanah dengan ilmunya. Walahua'lam...
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (an-nur 24:31)
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu ialah apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)
Kita dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasan yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (bonggol) besar; rambut orang-orang perempuan seperti bonggol unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.Mengikut Nabi s.a.w " Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad.
Renung2kan lah dengan matahati...
Mudah2an kita dapat mengikutinya/menutup aurat sesempurna mungkin dan melaksanakan apa yang disuruh Allah kerana kita hambaNya yang sangat tak layak, untuk mempertikaikan perintahNya. Jadikanlah kami orang2 yang sentiasa mendapat pentunjukMu dan rahmatMu.Amin...

Friday, March 25, 2011
NANI-ONLINEBIZ?!?
My son asked,"Why nani_onlinebiz? not appropriate!"Gitu le soklan anak aku.Dia pelik aku gunakan alamat blog aku ni sebegitu.
So aku explain lah,"Mak harap,mak dapat berdakwah/berpesan2 ke arah kebaikan untuk bekalan akhirat,Insyallah." Bukankah ia juga merupakan busines,yang keuntungannya, mudah2an Allah berikan disana nanti...
Sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak2nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sabda nabi s.a.w lagi :
إن اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السماوات وَالْأَرَضِينَ حتى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ على مُعَلِّمِ الناس الْخَيْرَ
Ertinya : Sesungguhnya Allah, Malaikatnya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (Agama)" (Riwayat At-Tirimizi, 5/50 : Tirmizi : Ghorib, Albani : Sohih).
Firman Allah swt: “Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan melakukan pekerjaan yang baik, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-Asr: 1-3)
Mudah2an ada tulisanku yang memberi manfaat kepada kenkawan diluar sana.Amin...

Monday, March 21, 2011
MOTIVASI HAJI
Hari ni tak berapa rajin nak tulis. Terjumpa lagi satu artikel dlm Panglima 7.Mudah2an penulis ni mendapat limpahan pahala atas perkongsian ilmunya. Korang layan je lah...
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman,menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga,neraka dan berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman,ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Sunday, March 20, 2011
DOA KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Aku tertarik dengan artikel yang aku terbaca dalam blog Panglima 7. Intipatinya membuat aku terkedu...Subhanallah. Aku berpesan pada diri dan menyeru kenkawan agar kita menghayatinya.Mudah2an solat kita bertambah baik dan diterima Allah...
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita
hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak
tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
Lapangkan dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti
membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangilah aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang
tak terhitung besarnya
Lapangkanlah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut
sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu.

Friday, March 18, 2011
SOLAT HAJAT
Masjid Jamek Makmuriah, ditempat aku sekarang ni aktif melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar. Alhamdulillah, sejak pentadbiran masjid dijalankan oleh AJK baru, banyak program untuk semua golonga,tua, muda,remaja. Mudah2an ianya terus dan bertambah baik pengurusannya. Khabarnya duit kutipan derma selalu mendapat sambutan, ramai yang bermurah hati
Pihak masjid anjurkan solat hajat bagi anak2 yang bakal menduduki peperiksaan, disamping qiamulail. Pendedahan yang baik untuk remaja belajar berqiamulail.Semuga ia akan terus diistiqamahkan oleh bebudak tu... (termasuk juga le...mak bapak bebudak)
Kuliah subuh dibawa oleh ustaz muda. Gaya penyampaian sesuai untuk remaja2 ni. Satu istilah yang aku suka, "mati mak dia". Korang tau ke apa? Ceritanya gini...
Ustaz cadangkan kalau nak zikir dan nak dapat feel macam yang buat kat masjid, kita boleh guna alatan multimedia. Gitu le ceritanya...

Thursday, March 17, 2011
SURAT TAWARAN HAJI 2011
Tahniah diucapkan kepada rakan2 diluar sana yang mendapat surat tawaran mengerjakan haji tahun 2011. Pada yang belum terima lagi... jangan putus asa. Teruskan berdoa. Mudah2an hasrat untuk gi tahun ni tercapai.
Nasihat aku pada yang dapat tawaran tu terima ajalah. Jangan difikirkan sangat hal2 dunia ni. Kalau difikirkan sibuk,memang sentiasa sibuk kita ni. Macam2 alasanlah kalau nak menunda tu...
Pada pendapat aku, rugi kalau kita tolak tawaran. Kita tak tau ajal maut, entah sempat entah tidak. Cerita pasal ni memang banyak kali aku dengar, orang yang menangguhkan gi haji tahun ni, tahun hadapannya tak dapat diorang gi kerana telah menyahut panggilan Ilahi. Sedih betul...
Memang kalau nak beralasan, memang macam2 alasan boleh bagi.Tapi bagi aku untuk menguatkan tekad dan semangat, cuba tanya diri kita, andai Allah takdirkan kita mati, boleh ke kita minta tangguh, dengan alasan sibuk, anak kecil lagi macam2 lah?? tentu jawapannya bo layan kan!
So, nasihat aku kuatkan hati, tinggalkan lah sekejap hal dunia, rebutlah peluang yang diberi depan mata. Insyallah ada jalannya. (macam lagu Maher Zain). Teringat aku cerita kawan, yang betul2 nekad tinggalkan anak yang baru beberapa bulan, untuk menunaikan haji. Dia berdoa agar air susunya tak kering,dapat dia menyusukan anak dia nanti. Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Dia dapat menyusukan anak seperti biasa sekembalinya dia dari Mekah. Subhanallah...
Apalagi, grab the opportunity and don't turn back. Go!Go! Chayok,chayok...
Bersihkan diri, banyakkan bertaubat dan berdoa.Ikhlaskan diri.(Jangan pergi kerana nak dapat title haji...).Mudah2an mendapat haji mabrur.

Wednesday, March 16, 2011
TSUNAMI
Heboh orang bercakap tentang tsunami di Jepun. Memang dahsyat. Simpati aku pada mangsa...
Kuliah subuh di Masjid baru2 ni,Ustaz menyentuh tentang bencana.(Masa tu tsunami Jepun ni, belum berlaku lagi). Di zaman Nabi Nuh, semasa Allah timpakan banjir besar, anak baginda bertanya, apa yang berlaku? Nabi Nuh menjawab, "Allah murka".
Bencana diturunkan kerana 3 sebab, iaitu bala, musibah atau...(apa ya satu lagi? sorry aku tak ingat,kelemahan aku... tidak mencatat.)
Bala turun kerana Allah murka,sebab terlalu/melampau2 maksiat yang manusia lakukan.
Allah datangkan bencana akibat tangan-tangan manusia yang sentiasa suka melakukan kerosakan di muka bumi ini. Bencana seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagi umat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama ini melanggar perintah Allah SWT agar mereka kembali ke jalan-Nya.
Allah SWT berfirman:
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41).
Musibah Allah kenakan untuk menguji manusia.Firman Allah "Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah [2]: 155- 156).
Manakala satu lagi, Allah nak naikkan darjat orang yang diuji.
Ayuh kawan2,kita bertaubat kepada Allah SWT. Sebab, sebahagian besar musibah yang menimpa kita adalah akibat kurangnya kita menta’ati Allah swt dan tidak menjalankan syariat-NYA. Kemaksiatan terbesar yang kita lakukan adalah, kita telah berpaling dari peringatan Allah swt, iaitu dengan mencampakkan syariat-Nya.
Sekali lagi aku menyeru diri aku dan kenkawan diluar sana, marilah kita bertaubat dan kembali kepada syariat-Nya secara menyeluruh. Iaitu menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur hidup kita, baik dalam bermasyarakat dan bernegara. Forever and ever,Omputih cakap.

Tuesday, March 15, 2011
PENGURUSAN AMAL
Tajuk program Tanyalah ustaz, hari Isnin 14 Mac berkenaan cara menguruskan amal. Ustaz kata ada 3 perkara yang perlu kita ingat dalam beramal. Yang pertama, ilmu. Menuntut ilmu ni tiada had umur. Sabda nabi s.a.w. "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Kelebihan orang yang berilmu dengan orang yang hanya beramal, adalah ibarat langit dan bumi.
Yang kedua, niat. Niat mesti betul.Kalau kita lihat rukun dalam setiap amalan yang kita hendak lakukan seperti solat,puasa,haji dsbnya bermula dengan niat. Niat mesti betul sejajar dengan amalan. Contoh yang ustaz bagi, tak semua yang ke masjid tu, berbuat amal soleh.Sebab ada orang yang datang ke masjid,pakai selipar buruk, balik sarung selipar baru.(mencuri la... namanya tu..),ustaz sambung lagi diorang ni bila ditanya tentu jawapannya ialah,"saya ikut saranan ustaz ambil yang baik buang yang buruk..." hahaha baik punya respon.
Yang ketiga, Ikhlas. Camna nak tau orang ikhlas atau tak? Contoh yang ustaz bagi, tengah kita sembahyang Dhuha, kawan kita tepon,anak kita jawab "mak solat" berbunga2 hati... Then adalah sekali tu hari dah dekat pukul 7,kawan kita tepon anak kita jawab"Mak tengah solat asar" habis kantoi...
Orang yang ikhlas ialah orang yang beramal kerana mahukan redha Allah. Dia tak terjejas dengan pujian atau kejian manusia. Dia beramal secara istiqamah. Bila ada orang buat yang terbaik,bila tak ada orang pun,buat yang terbaik.
Ikhlas ni ada 3 tingkatan. Pertama, amal yang dibuat mengharap ganjaran dunia dan akhirat. Contohnya,ada orang suka bersedekah dengan harapan rezeki akan bertambah selain dapat pahala.
Kedua, yang beramal untuk mendapat redha Allah dan surga Allah. Mereka yang melakukan ibadat dengan harapan untuk masuk surga Allah dan menjauhi api neraka.
Tingkat yang ketiga yang paling baik,iaitu ikhlas para nabi dan solihin.Diorang beramal untuk menjadi kekasih Allah. Masuk keneraka pun mereka tidak kisah (Ni aku tak pasti,ustaz silap aebut ke apa?!?) kerana sesiapa yang menjadi kekasih ALLAH,pasti mendapat rahmat dan redhanya... Walahua'lam...

Monday, March 14, 2011
Yeah!... CUTI LAGI!
Semua orang dah tentu2nya suka bila bab cuti. Setuju? Pasti korang setuju. Sebelum cuti seminggu gi kerja hati berbunga2 dan hapi giler...Nanti bila nak mula kerja balik, hari minggu aja dah mula tak sedap hati. Bukan anak2 yang bersekolah aja rasa camtu, cikgu-cikginya dua kali ganda rasa nak demamnya. Hahaha... Akulah tu...
Apa2pun alhamdulilah sekolah anak aku buat kelas tambahan untuk anak pelajar yang bakal menduduki exam tahun ni. Almat lenjan le budak2 tu ke sekolah. Ucapan jutaan timakasih pada cikgu2 anak aku khasnya yang menabur bakti. Mudah2an bakti kalian diberi Allah ganjaran dunia dan akhirat. Amin...
Bagi anak perempuan aku yang habis asasi UIAM pula, ada program Rakan Masjid from 14 - 16 Mac 2011 di Masjid Makmuriah,Sungai Besar. Bebudak ni bakal menjadi Ibu.Ditangan mereka letaknya nanti tanggungjawab mendidik anak2 menjadi insan soleh dan solehah. Bukankah salah satu tanggungjawab bapa itu adalah, pertama-tama sekali untuk memilih ibu yang solehah, bagi melahirkan zuriat yang bakal menjadi kebanggan nabi? Insyallah...Mudah2 anak2 gadis ni dapat menimba ilmu dan menjadi muslimah sejati,Amin...

Thursday, March 10, 2011
MUFLIS
Di akhirat nanti,ada satu golongan manusia yang diberi catatan amal yang dibuat seperti puasa,solat,zakat,haji dan sebagainya.Tapi sayang seribu kali sayang... malang sungguh, sebab bila dipersembahkan dihadapan Allah s.w.t. ia ibarat seperti debu yang ditiup angin kencang,Allah tak terima... Tak ada apa yang tertinggal. Omputih kata nil.Betapa besarnya penyesalan mereka.Masyallah...(Mengeletar dan takutnya aku membayangkan saat itu).
Siapakah golongan ini? Mereka adalah orang2 ketika didunia,mengambil Islam sebahagian sahaja. Mereka menolak sebahagian daripada alquran dan mengambil mengikut apa yang sesuai dengan hawa nafsu sahaja. Contoh yang paling jelas,ialah bila kita menolak hukum Allah. Tak cukup dengan itu, kita kutuk pula. Kita kata tak sesuai,kolot,kejam dan yang sewaktu dengannya.Renung2kan lah dengan mata hati...
Sebenarnya setiap muslim,khasnya di Malaysia, perlu mengunakan hak mereka untuk mengundi dengan bijaksana, Marilah kita memilih golongan yang ingin membawa Islam yang syumul.Andai kata kita redha dengan golongan yang mengambil Islam sebahagian saja... takut2... di akhirat nanti kita, termasuk dalam golongan yang amalannya ditolak... Nauzubillahiminzalik.
Islam itu panjangnya sepanjang zaman, lebarnya meliputi semua makhluk dan dalamnya sedalam dunia dan akhirat. Maksudnya Islam itu lengkap untuk kehidupan manusia bagi dunia dan akhirat, dulu,kini dan selamanya... Oleh itu, ayuh kita mengambil Islam secara keseluruhannya.Allah yang Menciptakan manusia,Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita... Adakah layak kita selaku hamba, ingin mengingkari perintah Tuhannya?!?
Fikir2kan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh PROF. Datuk Dr. Harun Din ALHAFIZ di Masjid dekat tempat aku... Kalau kata2 ulama kita tak percaya... cakap siapa lagi yang hendak kita ambil?!? Bukankah Ulama itu Pewaris Nabi?!?...
Mudah2an rakan2 diluar sana dapat berfikir dengan fikiran terbuka. Bak kata Prof Dr. Harun Din, saya telah menyampaikan apa yang patut saya sampaikan. Mudah2 saya tidak didakwa tidak menyampaikan ilmu...Sesungguhnya Hidayah itu hanyalah dari Allah...Mudah2an kita semua diberi taufik dan hidayahNya sehingga akhir hayat.

Monday, March 7, 2011
AKHLAK
Minggu lepas aku terbaca, tajuk dimuka hadapan majalah Solusi edisi..?!? sorry la tak ingat...Majalah tu Rakan sejawat aku bawa(Dia ada toko buku). Aku tertarik dengan isinya.
Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan umat Islam dapat dimengertikan melalui doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia seperti Engkau menjadikan jasadku baik” (hadis riwayat Ahmad).
Orang yang berakhlak mulia dicintai nabi dan di akhirat kelak golongan yang baik akhlaknya akan berada dekat dengan nabi seperti maksud sebuah hadis riwayat Ahmad, “Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya”.
Kita diperintahkan al-Quran untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti dalam firman-Nya yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang” (surah al-Ahzaab:21).
Akhlak yang baik juga dihubungkan dengan nilai amalan kita seperti maksud hadis, “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” (Riwayat al-Hakim).
Aku teringat pesan Ustaz Mat semasa di Mekah dulu, selalulah berdoa supaya Allah tanamkan dalam diri kita akhlak seperti akhlak Nabi s.a.w.
Jom sama2 kita pohon agar kita tergolong dalam golongan orang yang berakhlak mulia. Aku nak ingatkan diri aku sendiri dan mohon pertolongan dariNya agar aku tidak nampak kesalahan dan keburukan orang lain... Dalam erti kata lain tak mengumpat orang!?!...

Saturday, March 5, 2011
HARIJADI
Isu ni diutarakan oleh rakan sejawat. Dia rasa sedih sebab, harijadinya baru2 ni berlalu begitu saja tanpa ada ucapan dari suami tercinta... Tersenyum aku dengar. Yalah orang baru mendirikan rumahtangga. Tentu amalan masa bercinta diharap diteruskan...
Well, respons aku senang ja. Biarlah dia menjadi dirinya. Tak perlu tension2,tak perlulah rasa kecewa. Bak kata orang nogori,"Buang boras" dan kata bebudak sekarang "Buang letrik"...Tak ada maknanya...
Pandanglah dari sisi pasangan kita yang positif. Jangan kerana sedikit kekurangan, habis segala kebaikan yang ada pada dia. Tak gitu?!?...
Alhamdulillah setelah hampir 24 tahun bersama, ucapan harilahir tidak menjadi keutamaan lagi, bagi akulah... Tak semua orang lelaki tu romantik.Masing2 ada personaliti berbeza.
Nasihat aku pada orang baru kahwin, terima lah pasangan kita seadanya, insyallah hidup akan lebih ceria dan redha...

Wednesday, March 2, 2011
MENARA JAM KAABAH
Arab news melapurkan, salah satu bangunan menara jam di kaabah terbakar,semalam 2 Mac 2011.
Menara ni adalah bangunan ke 2 tertinggi di dunia.Menara ni juga merupakan hotel yang menempatkan jemaah haji. Hotelnya mengadap kaabah. Shopping kompleks pun ada. Tau2 aja lah kalau hotel hampir dengan masjidilharam, harga sewanya satu malam, kita rakyat marhain ni dah tentu2 tak larat nak bayar...
Di khabarkan kebakaran berpunca dari bilik generator. Jemaah yang membuat umrah, nampak kebakaran bermula. Mudah2an kerosakannya tak teruk...

Subscribe to:
Posts (Atom)