Tahniah diucapkan kepada rakan2 diluar sana yang mendapat surat tawaran mengerjakan haji tahun 2011. Pada yang belum terima lagi... jangan putus asa. Teruskan berdoa. Mudah2an hasrat untuk gi tahun ni tercapai.
Nasihat aku pada yang dapat tawaran tu terima ajalah. Jangan difikirkan sangat hal2 dunia ni. Kalau difikirkan sibuk,memang sentiasa sibuk kita ni. Macam2 alasanlah kalau nak menunda tu...
Pada pendapat aku, rugi kalau kita tolak tawaran. Kita tak tau ajal maut, entah sempat entah tidak. Cerita pasal ni memang banyak kali aku dengar, orang yang menangguhkan gi haji tahun ni, tahun hadapannya tak dapat diorang gi kerana telah menyahut panggilan Ilahi. Sedih betul...
Memang kalau nak beralasan, memang macam2 alasan boleh bagi.Tapi bagi aku untuk menguatkan tekad dan semangat, cuba tanya diri kita, andai Allah takdirkan kita mati, boleh ke kita minta tangguh, dengan alasan sibuk, anak kecil lagi macam2 lah?? tentu jawapannya bo layan kan!
So, nasihat aku kuatkan hati, tinggalkan lah sekejap hal dunia, rebutlah peluang yang diberi depan mata. Insyallah ada jalannya. (macam lagu Maher Zain). Teringat aku cerita kawan, yang betul2 nekad tinggalkan anak yang baru beberapa bulan, untuk menunaikan haji. Dia berdoa agar air susunya tak kering,dapat dia menyusukan anak dia nanti. Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Dia dapat menyusukan anak seperti biasa sekembalinya dia dari Mekah. Subhanallah...
Apalagi, grab the opportunity and don't turn back. Go!Go! Chayok,chayok...
Bersihkan diri, banyakkan bertaubat dan berdoa.Ikhlaskan diri.(Jangan pergi kerana nak dapat title haji...).Mudah2an mendapat haji mabrur.
No comments:
Post a Comment