Saturday, March 5, 2011

HARIJADI

Isu ni diutarakan oleh rakan sejawat. Dia rasa sedih sebab, harijadinya baru2 ni berlalu begitu saja tanpa ada ucapan dari suami tercinta... Tersenyum aku dengar. Yalah orang baru mendirikan rumahtangga. Tentu amalan masa bercinta diharap diteruskan...

Well, respons aku senang ja. Biarlah dia menjadi dirinya. Tak perlu tension2,tak perlulah rasa kecewa. Bak kata orang nogori,"Buang boras" dan kata bebudak sekarang "Buang letrik"...Tak ada maknanya...

Pandanglah dari sisi pasangan kita yang positif. Jangan kerana sedikit kekurangan, habis segala kebaikan yang ada pada dia. Tak gitu?!?...

Alhamdulillah setelah hampir 24 tahun bersama, ucapan harilahir tidak menjadi keutamaan lagi, bagi akulah... Tak semua orang lelaki tu romantik.Masing2 ada personaliti berbeza.

Nasihat aku pada orang baru kahwin, terima lah pasangan kita seadanya, insyallah hidup akan lebih ceria dan redha...

No comments:

Post a Comment