Tuesday, March 15, 2011

PENGURUSAN AMAL

Tajuk program Tanyalah ustaz, hari Isnin 14 Mac berkenaan cara menguruskan amal. Ustaz kata ada 3 perkara yang perlu kita ingat dalam beramal. Yang pertama, ilmu. Menuntut ilmu ni tiada had umur. Sabda nabi s.a.w. "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Kelebihan orang yang berilmu dengan orang yang hanya beramal, adalah ibarat langit dan bumi.

Yang kedua, niat. Niat mesti betul.Kalau kita lihat rukun dalam setiap amalan yang kita hendak lakukan seperti solat,puasa,haji dsbnya bermula dengan niat. Niat mesti betul sejajar dengan amalan. Contoh yang ustaz bagi, tak semua yang ke masjid tu, berbuat amal soleh.Sebab ada orang yang datang ke masjid,pakai selipar buruk, balik sarung selipar baru.(mencuri la... namanya tu..),ustaz sambung lagi diorang ni bila ditanya tentu jawapannya ialah,"saya ikut saranan ustaz ambil yang baik buang yang buruk..." hahaha baik punya respon.

Yang ketiga, Ikhlas. Camna nak tau orang ikhlas atau tak? Contoh yang ustaz bagi, tengah kita sembahyang Dhuha, kawan kita tepon,anak kita jawab "mak solat" berbunga2 hati... Then adalah sekali tu hari dah dekat pukul 7,kawan kita tepon anak kita jawab"Mak tengah solat asar" habis kantoi...

Orang yang ikhlas ialah orang yang beramal kerana mahukan redha Allah. Dia tak terjejas dengan pujian atau kejian manusia. Dia beramal secara istiqamah. Bila ada orang buat yang terbaik,bila tak ada orang pun,buat yang terbaik.

Ikhlas ni ada 3 tingkatan. Pertama, amal yang dibuat mengharap ganjaran dunia dan akhirat. Contohnya,ada orang suka bersedekah dengan harapan rezeki akan bertambah selain dapat pahala.

Kedua, yang beramal untuk mendapat redha Allah dan surga Allah. Mereka yang melakukan ibadat dengan harapan untuk masuk surga Allah dan menjauhi api neraka.

Tingkat yang ketiga yang paling baik,iaitu ikhlas para nabi dan solihin.Diorang beramal untuk menjadi kekasih Allah. Masuk keneraka pun mereka tidak kisah (Ni aku tak pasti,ustaz silap aebut ke apa?!?) kerana sesiapa yang menjadi kekasih ALLAH,pasti mendapat rahmat dan redhanya... Walahua'lam...

No comments:

Post a Comment