Heboh orang bercakap tentang tsunami di Jepun. Memang dahsyat. Simpati aku pada mangsa...
Kuliah subuh di Masjid baru2 ni,Ustaz menyentuh tentang bencana.(Masa tu tsunami Jepun ni, belum berlaku lagi). Di zaman Nabi Nuh, semasa Allah timpakan banjir besar, anak baginda bertanya, apa yang berlaku? Nabi Nuh menjawab, "Allah murka".
Bencana diturunkan kerana 3 sebab, iaitu bala, musibah atau...(apa ya satu lagi? sorry aku tak ingat,kelemahan aku... tidak mencatat.)
Bala turun kerana Allah murka,sebab terlalu/melampau2 maksiat yang manusia lakukan.
Allah datangkan bencana akibat tangan-tangan manusia yang sentiasa suka melakukan kerosakan di muka bumi ini. Bencana seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagi umat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama ini melanggar perintah Allah SWT agar mereka kembali ke jalan-Nya.
Allah SWT berfirman:
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41).
Musibah Allah kenakan untuk menguji manusia.Firman Allah "Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah [2]: 155- 156).
Manakala satu lagi, Allah nak naikkan darjat orang yang diuji.
Ayuh kawan2,kita bertaubat kepada Allah SWT. Sebab, sebahagian besar musibah yang menimpa kita adalah akibat kurangnya kita menta’ati Allah swt dan tidak menjalankan syariat-NYA. Kemaksiatan terbesar yang kita lakukan adalah, kita telah berpaling dari peringatan Allah swt, iaitu dengan mencampakkan syariat-Nya.
Sekali lagi aku menyeru diri aku dan kenkawan diluar sana, marilah kita bertaubat dan kembali kepada syariat-Nya secara menyeluruh. Iaitu menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur hidup kita, baik dalam bermasyarakat dan bernegara. Forever and ever,Omputih cakap.
No comments:
Post a Comment