Monday, March 7, 2011

AKHLAK

Minggu lepas aku terbaca, tajuk dimuka hadapan majalah Solusi edisi..?!? sorry la tak ingat...Majalah tu Rakan sejawat aku bawa(Dia ada toko buku). Aku tertarik dengan isinya.

Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan umat Islam dapat dimengertikan melalui doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia seperti Engkau menjadikan jasadku baik” (hadis riwayat Ahmad).

Orang yang berakhlak mulia dicintai nabi dan di akhirat kelak golongan yang baik akhlaknya akan berada dekat dengan nabi seperti maksud sebuah hadis riwayat Ahmad, “Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya”.

Kita diperintahkan al-Quran untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti dalam firman-Nya yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang” (surah al-Ahzaab:21).

Akhlak yang baik juga dihubungkan dengan nilai amalan kita seperti maksud hadis, “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” (Riwayat al-Hakim).

Aku teringat pesan Ustaz Mat semasa di Mekah dulu, selalulah berdoa supaya Allah tanamkan dalam diri kita akhlak seperti akhlak Nabi s.a.w.

Jom sama2 kita pohon agar kita tergolong dalam golongan orang yang berakhlak mulia. Aku nak ingatkan diri aku sendiri dan mohon pertolongan dariNya agar aku tidak nampak kesalahan dan keburukan orang lain... Dalam erti kata lain tak mengumpat orang!?!...

1 comment:

  1. aminn ya robbal alamin.. salam ziarah akak nani tewww

    ReplyDelete