Monday, September 27, 2010

BUKU MOTIVASI HAJI

Bila bertekad nak pergi haji, aku pun mula la membuat pencarian untuk mencari buku motivasi haji. Mudah-mudahan bertambah semarak hati dan terus melonjakkan semangat.

Terimaksih tak terhingga kepada rakanku Norkhasnah Sahri (hubby dia ada toko buku...) yang mencadangkan buku tulisan Prof. Kamil 'Travelog haji: Mengubah Sempadan Iman'.

Bila baca buku prof ni, kita kena hayati,kena bayangkan seolah-olah kita yang diceritakan. Buku ni betul-betul menyentuh hati nurani. Menitik airmata kerana perasaan yang bercampur baur. Ya Allah, mampukah aku meyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada mu ketika di sana dan dapatkah aku terus beristiqamah dengan amalan-amalan soleh sekembalinya dari sana nanti...

Cabaran untuk mengekalkan iman selepas haji lebih hebat rasanya jika dibandingkan persiapan untuk ke Mekah. Ya Allah aku mohon pertolonganMu agar aku,suami dan keluarga akan dapat terus beristiqamah dengan amalan soleh dan akhlak terpuji hingga ke akhir hayat. Amin...

No comments:

Post a Comment