Monday, September 27, 2010

TUKAR PAKEJ JEMAAH HAJI (PJH)

Aku tertunggu-tunggu surat dari TH travel. Aku tengok dalam blog dah keluar sebutharga pakej. Malangnya pakej pilihan aku (yang paling murah)belum ada maklumat.
Aku talipon syarikat, jawapannya tunggu...

Tunggu punya tunggu nak masuk Ramadan. Aku dapat tahu, masuk aja Ramadhan permohonan untuk pergi pakej ditutup. Aku call lagi syarikat. Kadang-kadang dilayan tidak berapa mesra. Aku tak peduli, yang aku tau aku nak kepastian, dapat ke tidak. Setelah beberapa kali panggilan lagi aku buat jawapannya agak menghampakan. Hotel penginapan untuk pakej yang dipilih dalam proses rundingan. Maknanya kalau tak da hotel... tak dapatlah aku pergi walaupun dengan anak syarikat tabung haji?!?

Panggilan terakhir kepada syarikat memuktamadkan aku untuk berusaha dengan syarikat lain. Yalah pakej pilihan aku yang paling murah, tentulah pertanyaan aku dilayan indah tak indah. Kalau pilihan pakej yang lain masih ada, paling murah RM25000 seorang...Oh! No, I don't have that much of money.

Aku dan suami ambil cuti. Kami bertekad untuk pergi dengan PJH (pakej Jemaah Haji) B. Masa tinggal beberapa hari lagi sebelum permohonan haji melalui pakej ditutup. Sampai aja PJH B, kami pun tanya. Jawapannya pun buat kami terkedu. Hotel yang ditawarkan didalam brosur dah penuh. Hotel yang kosong masih dalam rundingan. Ranking kami dalam PJH dibawah sekali sebab baru daftar dengan diorang.

Aku pandang suami, kami balik hampa... Hati aku berkecamuk. Camna nak pergi tahun ni? Dapat ke?

Tak semena-mena kawan lama aku,Mas, talipon. Dia tanya aku dah dapat tawaran dari TH travel? Dia sarankan aku cuba PJH yang dia pilih, ALIFF Travel. Aku pun terus dapatkan maklumat di internet dan talipon Aliff travel. Jawapannya kuota syarikatnya masih ada.

Aku yakinkan suami untuk cuba PJH ni. Alhamdullilah dia setuju. Walaupun kami agak ragu-ragu.

No comments:

Post a Comment