Saturday, January 29, 2011

TASBIH

Kalau dulu, selalunya ole2 Mekah yang kita selalu dapat ialah tasbih. Sebenarnya, akupun tak berapa pandai nak gunakan tasbih, tapi bila tengok kiri kanan dlm masjid, orang pegang tasbih ni pemandangan biasa.

Askar yang duduk kat depan pintupun bertasbih, yang peliknya sambil bersembang.Bila diorang bercakap, diorang berhenti gerakkan tasbih.Bila diam tasbihnya bergerak. Pemandu kereta, masa tunggu traffic light, tangan membilang tasbih, takjub aku...

Akupun cuba2 lah belajar pegang tasbih.Sebenarnya elok juga tangan pegang tasbih ni,memang macam ingatkan kita,supaya tak lupa padaNya...

Balik Malaysia, tak berani nak buat takutlah pula... Mudah2an kita semua tak lupa padaNya dan dapat beristiqamah walaupun dimana berada. Insyallah...

Friday, January 28, 2011

SOLAT BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN

Sebelum tiba ke Mekah, rakan2 yang pernah ke sana,dah warning tentang ni. Bila sampai disana... pada pandangan aku... perkara tu sebenarnya dapat dielakkan. Kata orang hendak seribu daya,tak ndak seribu dalih.

Setiap kali solat di Masjidilharam,aku akan mencari ruang jemaah wanita ramai. Aku pastikan aku duduk ditengah supaya tak sembahyang betul2 di hadapan lelaki.

Tapi ada bebarapa kali jugalah, aku nyaris solat bersebelahan lelaki. Tapi aku berkeras dengan jemaah lelaki tu, suruh dia sembahyang tempat lain. Sebenarnya ada lagi ruang ditempat lain, kalau dicari...

Ada satu kali tu, aku suruh jemaah lelaki ke depan. Apa taknya... diorang solat betul2 belakang aku, apa punya naya... Aku pandang belakang terus cakap infront.infront, haram,haram, mula2 diorang buat badak aja. Tapi aku tak peduli aku cakap lagi... Akhirnya diorang mengalah...

Susunan saf pun kadang2 memeningkan kepala. Selalu juga aku cuba meluruskan saf sebelum solat. Garisan penanda kiblat ada, tapi diorang tak ikut. Akupun cakap kiblat,kiblat sambil tunjuk isyarat dan tunjukkan garis penanda di lantai. Ada juga yang degil diorang buat donno aja. Nasib la...

Itu belum tengok bab, menutup auratnya dalam solat.Macam2 gaya. Kalau orang Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei dan Thailand senang nak kenal,kebanyakan memakai telekung.

Tapi apa2pun semuanya dengan satu tujuan, untuk mengabdikan diri padaNya. Mudah2an ibadah kami diterima... Amin.

AZAN

Azan di Mekah berbeza dengan di Madinah dan Malaysia. Balik ke Malaysia, antara perkara yang i really miss ialah suara azan. Di sana setiap waktu dengar suara azan. Disini rasa ternanti2 dan tercari2 suara azan.

Rumah aku jauh dari Masjid,so tunggu azan dalam TV aja la.. Tapi ada waktu yang azan tidak berkumandang, cukup sekadar tulisan tanda telah masuk waktu solat.

Kalau dulu, sikit pun aku tak kisah tak ada azan di TV, berlainan pula sekarang. Rasa2nya patut disemua saluran mesti ada disiarkan azan dan doa setelah abis azan,bagi setiap waktu solat.

Sekarang ni,Ada tak ada pun dapat dengar azan Subuh dan Maghrib di TV. Entahlah aku rasa syahdu sekali dapat dengar suara azan...

DAFTAR HAJI SEMULA

Sebelum balik ke Malaysia lagi, aku dah bercadang untuk mendaftar sekali lagi untuk pergi haji sekembalinya aku nanti. Malangnya bila tiba Malaysia, aku dimaklumkan, orang yang balik haji tahun semasa kena tunggu 5 tahun lagi baru boleh mendaftar. Mak oii... lamanya...

Difikir-fikirkan,manusia memang tamak dan mudah lupa. Aku lupa yang aku pernah berkata,orang yang sudah pergi, sepatutnya beri peluang orang yang belum.Teringat yang ini, aku reda.Bukankah kefardhuan haji itu adalah sekali seumur hidup.

Walaubagaimanapun, jika ditakdirkan dan dah memang rezeki,aku diberi peluang,insyallah aku pergi lagi... samada haji atau Umrah.Doa2kan lah. Amin...

AURA HAJI

Sekembalinya jemaah haji dari Mekah, ramai yang datang memeluk, ambil berkat kata diorang. Suami aku,walaupun hampir sebulan kami kembali,masih ada yang datang bersalam dan memeluk(yang lelaki la...) Subhanallah.

Suami tanya ustaz, kenapa orang balik haji,orang peluk? Ada nas ke yang menyuruh buat begitu? Balas ustaz tak ada... Cumanya sunat memeluk orang yang kita tak jumpa lebih 40 hari. Gitu ceritanya...

TAWAF WIDA'

Saat yang paling sedih sekali masa haji ni, pada aku lah kan... masa buat tawaf wida'.Rasa2nya semua orang yang tawaf wida'atau tawaf wada' (tak tau mana yang betul ikut nahu bahasa Arab) atau tawaf selamat tinggal ni memang tangkap lelih. Bukan apa,entah bila pula dapat dtg lagi ke sini.

Tawaf ni wajib dilakukan oleh jemaah yang akan meninggalkan Mekah lebih 2 marhallah atau pulang ke kampung halamannya,kecuali yang uzur syarie.Kalau tak buat,tanpa uzur dikenakan dam.

Ya,Allah janganlah Engkau jadikan tawaf dan ziarah dari hamba ini kali yang penghabisan di Baitullah. Jika ditakdirkan ziarah ini adalah kali yang terakhir, maka hamba pohonkan surga sebagai ganti dengan segala kemurahan Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hanya orang yang pernah menjejakkan kaki di Baitullah yang tahu rasanya. Aku rasa macam orang yang terpaksa berpisah dengan kekasih hati.Haru dan pilu. Sekarang ni pula terasa rindu sungguh...

Mudah2an dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan diberi kesihatan dan kesempatan waktu untuk hadir lagi ke sini. Amin...

Wednesday, January 26, 2011

JANGAN PERGI HAJI DENGAN PAKEJ?

Aku terkejut bila ada ustaz, yang membuat dakwaan yang pergi pakej tu, ala2 tak berapa afdal. Salah satu alasannya ialah, orang yang gi dengan pakej riak.Dakwa ustaz tu lagi, kita nak cari surga, takkan ada kasta2.

Astaghfirullahalazim...Sungguh terkezut... aku.

Ulasan2 dari orang yang ada authoriti ni... Kadang2 menakutkan.

Pada aku mudah aja. Allah s.w.t. yang menentukan surga neraka.Ikhlas melakukan ibadahpun hanya Allah yang mengetahui.Kalau benar pergi dgn pakej tak berapa elok, kenapa ramai pak2 ustaz yang guna pakej.

Kalau kata nak gi dgn pakej untuk keselesaan,tak tentu juga.Bukankah Allah jua yang menentukan selesa ke tidak kita semasa gi haji. Orang yang gi pakej pun ada macam2 sebab.Kalau cam aku, kalau ikut giliran aku kena tunggu 2020.Tapi takdir Allah mengilhamkan aku utk cari sumber,Alhamdulilah dengan izinNya dapat gi awal, sementara masih sihat dan ada kudrat.Di samping tidak memotong giliran/hak orang lain. Lagi satu aku rasa aku dapat juga mengurangkan tahun menunggu giliran jemaah haji lain secara tak langsung. Tak gitu?...

Kalau kita sanggup bersusah payah,cari duit nak beli kereta dsbnya, pada aku apalah salahnya, kalau kita usaha lebih sikit untuk menunaikan rukun Islam ke 5 ini.

Apa2pun, tak ada nas alquran dan hadis yg ustaz bagi untuk menguatkan hujah dia yang gi pakej tak afdal.

So... fikir2kan la...Tepuk dada,tanya iman.

Monday, January 24, 2011

DATARAN KAABAH DICUCI



Pagi tu didataran aku dan suami pelik tengok dataran lenggang. Aku ingat ini peluang untuk mengucup Hajarulaswad buat pertama kalinya... Tapi silap, lengang sebab diorang kandang nak cuci dataran kaabah!?!Setelah hampir sebulan berada di Masjidilharam, aku berpeluang melihat dataran kaabah dicuci. Itu pun secara tak sengaja.

Memang cekap, dalam beberapa ketika sahaja dataran siap dibersihkan.
Apa tak nya membujur lalu melintang patah. Habis kasut, beg yang diletakkan tak diambil di tolak sekali. Nak kelakar tu, ada satu jemaah perempuan yang nak buat degil,tak berganjak dari tempat dia bersimpuh.Pekerja2 tu lagi daring, diorang selamba aja mencurahkan air sabun, apalagi tak cukup tempat nak selamatkan diri dari basah. Di sini jemaah yang degil2 ni ramai.

Ada sekali tu,depan mata aku, masa tawaf polis tarik jemaah wanita yang nak sembahyang belakang makam Ibrahim,sebab orang tengah padat tawaf. Memang gelemg kepala tengok kelaku diorang ni... Bahaya. Takut mencari sunat, menjadi haram sebab membahayakan nyawa. Bukan pelik kalau dengar orang mati terpijak masa tawaf, tu sebab polis Arab ni terpaksa garang/tegas dengan jemaah yang begik(kata orang Jawa).

Tapi biarlah jemaah lain buat. Kita maintain, jangan ikut menolak, menyinggul orang masa tawaf. Seboleh mungkin banyakkan sabar dan cubalah khyusuk masa tawaf. Mudah2an ibadah kita diterima Allah.

Friday, January 21, 2011

LADANG KURMA

Pintu masuk ke ladang kurma. Nampak sempoi aja, tapi didalamnya luas. Ustaz bagi tahu, kat sini harga kurma agak mahal, jika dibandingkan dengan di pasar kurma. So kalau nak borongpun,sendiri mau ingat...

Bukan aja kurma, coklat dan manisan Arab pun ada. Semuanya halal untuk dirasa. Apa2pun tak sampai hati nak rasa,sebab memang tak niat nak beli kat sini.

Pokok kurma di ladang. Kelihatan macam pokok sawit, tapi pokok kurma.Serupa tapi tak sama. Besarnya ciptaan Allah.

Sunday, January 16, 2011

KILANG CETAK ALQURAN DI MADINAH






Selepas ke bukit magnet,kami kekilang mencetak alquran. Jemaah wanita cuma boleh berada diruang pameran aja. Kebetulan ada jemaah Indonesia,Malaysia n lain2. So keadaan sesak di bilik pameran.Bilik pamerannya pun kecik aja.Kat sini diorang pamerkan Alquran cetakan terdahulu.
Untuk beli Quran kena queue terlalu panjang, terbantut hasrat nak beli. Tapi reganya pun taklah murah. Kat Mekah aku beli reganya,lebih kurang tu la juga.
My hubby n jemaah lelaki lain, untung la... dapat masuk kilang.

PAPAN TANDA SEKITAR DATARAN MASJID NABAWI

Tafsirkan sendiri



GAMBAR DALAM MASJID NABAWI

Syiling masjid, hampir keseluruhan masjid mempunyai lampu dan design yang sama.
Disetiap tiang disusun dengan AlQuran. Dibawahnya yang macam jaring tu, lubang air-cond.
Ruang solat lelaki dimana sentiasa cukup untuk menampung jemaah.
AlQuran yang tersusun rapi. Ada pekerja masjid yang membersih dan menyusunnya.Aku rasa pekerja masjid ni, beruntung sebab tiap waktu boleh solat di Masjid. Pernah sekali masa Khutbah Jumaat, aku duduk sebelah pekerja masjid, orang Indonesia, masa khutbah dan imam doa menangis2 dia. Terharu aku dibuatnya.Dia faham apa yang dikatakan imam. Aku...? Aku faham bila imam berdoa agar dipermudahkan kita melalui titian siratulmustaqim,aja... masyallah.
Rak Al quran dihadapan tempat lelaki solat. So tak ada alasan kalau iktikaf, tak mahu baca Quran. Bacalah walau satu ayatpun, tapi istiqamah...
Tirai pemisah yang dipasang bila jemaah perempuan nak gi Raudah. Raudah ni tempatnya diruang lelaki. So jemaah lelaki beruntung kerana sentiasa berpeluang menziarahi makam nabi. Bagi jemaah wanita, ada masa yang di tetapkan iaitu pukul 8-10 pagi, then 9 - 12 malam.
Tong air zam-zam disusun sekeliling tiang. Setiap kali nak minum, digalakkankan membaca fatihah sekali dan selawat keatas nabi s.a.w 11 kali, kemudian niatkan apa yang kita hasratkan, cthnya nak sihat, terang hati, kuat ingatan dsbnya. Mengikut ceramah ustaz, air zam-zam ni sangat berkhasiat dan mengikut apa yang kita niatkan. Pernah sekali aku sakit perut, aku ambil segelas then buat macam yang disarankan, Alhamdulillah sihat.

Friday, January 14, 2011

KUBAH HIJAU


Ziarah luar masjid Nabawi dibawa oleh Ustaz Rafaei. Pelajar dari Indonesia. Antara tempat yang di bawa ialah Kubah Hijau, terletak makam rasul s.a.w.Selain tu kami di bawa ke perkuburan baqi',perkuburan sahabat dan keluarga Nabi s.a.w., bersebelahan Masjid Nabawi. Sungguhpun nampak cahaya matahari, tapi sebenarnya udaranya sejuk.(Dikhabarkan musim sejuk Madinah/Mekah start December ends on Februari) So kalau nak gi umrah, bolehlah pilh masa ni. Nyaman...
My hubby posing dalam taman. Thanks to my hubby who had taken all the nice photos for me to share with others in my blog. Once again, thanks dear...
Kemudian dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah ke taman, dimana Nabi s.a.w. selalu mengadakan mesyuarat. Gambar ustaz disamping pekerja taman.

BUKIT MAGNET



Tempat ni tak termasuk dalam pakej yang ditawarkan Alif.(Kalau tak pergipun,tak apa. Sebab tulah Alif travel tak bawa) Atas inisiatif rakan jemaah, kita orang collect sorang RM30(kalau tak silap), chartered satu bas, gi ziarah bukit magnet then ke kilang cetak Al Quran.

Di bukit magnet ni, yang ajaibnya bas bergerak sendiri, tanpa perlu pemandu menekan minyak. Subhanallah... Speednya boleh sampai 130km/j. Terpaksa pemandu menekan brek, seramm... Ramai juga orang kata tempat ni bukit Jin. Apa-apapun Allah jua la yang Maha Mengetahui.Menurut mutawif kami, bukit magnet ni akan menjadi sempadan dimana Dajal atau orang kafir yang ingin memusnahkan tanah suci tak dapat menembusi. Kalau kereta kebal, keretanya tak akan berfungsi ataupun hancur. Allahualam.

Lagi satu keajaibannya ialah diatas bukitnya terukir nama Allah Aliff Lam Lam Ha. Allahuakhbar... Mengikut mutawif yang membawa kami,tulisan ni tak terpadam/terhakis walaupun ada hujan. Satu lagi kebesaran Allah yang hendak Allah tunjukkan, bagi orang-orang yang ingin mengambil pengajaran.

Wednesday, January 12, 2011

MASJID QUBA



Hadis Nabi s.a.w. "Barang siapa yang berwuduk dari tempat tinggalnya, kemudian ke Masjid Quba, dan sembahyang 2 rakaat didalamnya, maka dia mendapat satu pahala umrah". Hadis diriwayat oleh Ahmad, Nasa'i, Ibn Majah, dan Al-Hakim.

Sebab ni lah, travel agensi, aku bawa kami setiap pagi selepas sarapan jam 7 pagi, 7 kali berturut-turut naik van, gi masjid Quba. Bila teringatkan ni rasa rindu sangat dengan suasananya. Bergegas kami, ambil wuduk dibilik, then naik van ke masjid.Dalam van ada tazkirah ringkas dari ustaz. Suka betul aku, kalau ustaz Mat yang bagi tazkirah, rasa terkesan sangat.Masyallah.

Masa kami di Madinah, cuaca sejuk. So bergunalah pashmina (macam selindang) yang aku beli.

Masjid ni ada 2 tingkat. Aku nasihatkan jemaah haji, naik lah ke atas. Janganlah bersesak2 dengan jemaah lain. Kadang2 pelik juga dengan perangai manusia ni, suka nak bersesak2 dan berebut2. So kalau nak jaga hati dari berkata2, sembahyanglah ditingkat atas. Bukannya jauh pun...

Sementara menunggu van datang, kami melontar (istilah kami bagi shopping) sekeliling masjid. Banyak orang berjual. Macam2 ada.

SUJUD SAJDAH

Aku dapat pengalaman pertama melakukan sujud sajadah, semasa Subuh Jumaat di Masjid Nabawi. Semasa perjalanan ke masjid, suami pesan supaya aku peka dengan bacaan surah Imam. Hubby cakap kalau imam mula dengan Alif Lam Mim, hati-hati kemungkinan kena sujud sajdah. Alhamdullilah dapat lah aku buat sujud sajdah dalam solat buat pertama kalinya.

Tapi banyak jemaah yang tak tahu, kesian... Diorang rukuk, instead of sujud. Ustaz kata batallah sembahyang sebab tambah rukun, kena sembahyang semula.

So bakal2 haji belajarlah surah sajdah. (sekurang2nya tahu bila nak sujud)sayang kalau tak dapat 40 waktu berjemaah di masjid Nabawi. Dalam you tube banyak, kalau malas baca. Carilah ilmu sebelum mengerjakan haji. Usahalah sungguh2, bukan senang nak dapat peluang ke sana lagi.

Mudah2an kita termasuk dalam golongan orang yang Allah redhai. Amin.

SUJUD

Di Masjidilharam dan masjid Nabawi, imamnya selalu sujud dan rukuk lama. Pada mulanya aku tertanya-tanya juga, apa yang imam baca, rupa2nya, menurut ustaz, imam baca bacaan nya 11 kali.

So bila sujud dan rukuk aku pun baca 11 kali, memang betul... ngam2 masanya. So bakal2 jemaah haji, kalau imam sujud/rukuk lama, bacalah 11 kali. Bacalah dengan tertib, mudah2an amalan kita diterima Allah. Amin.

Wednesday, January 5, 2011

TAMAN SURGA DI MASJID NABAWI



Raudah adalah satu tempat yang semua orang nak pergi bila ke Masjid Nabawi. Sebabnya menurut Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

Selepas Isya', suami menemankan aku ke masjid untuk ke Raudah, menziarahi makam nabi. Aku masuk ke raudah bersama Mas, rakan lama/sebilik di Mekah. Pengalaman pertama masuk memang macam terpinga2. Orang berebut2 nak masuk karpet hijau. Alhamdulillah dapat peluang bersolat 2 rakaat,walaupun dalam keadaan yang sesak. Bila aku toleh belakang aku nampak 2 jemaah sembahyang dengan amannya disitu. Ya Allah teringin nak dapat begitu.

Allah maha mendengar. Kali ketiga pergi, aku solat hajat sebelum masuk, alhamdullilah, Allah beri peluang aku dapat solat dengan tenang sekali. Masyallah.

Nasihat aku satu aja. Apa-apapun kemahuan kita munanjatlah seikhlas dan sepenuh hati kepadaNya. Insyallah dikabulkan. Benarlah kata orang, di sana Allah tunjukan makbulnya doa kita.

Hasbi rabbi, jalallah, maa fi qalbi qairullah.

Monday, January 3, 2011

UJIAN

Bila kita kata ujian Allah,selalu terbayang perkara yang susah, tapi sebenarnya kita terlupa, kesenangan dan keselesaan pun satu ujian Allah. Kanapa aku cakap macam tu?
Pengalaman aku di Madinah, buat aku rasa begitu.

Di Madinah, boleh dikatakan kami dalam keadaan yang sangat selesa. Bilik hotel yang cantik dan luas, makanan yang best, masjid dekat, bandarnya bersih. Walaupun dekat masjidnya, kadang-kadang aku terpaksa solat di dataran sebab, Masjid penuh... Sedih sangat rasanya...

Ruang solat lelaki banyak, suami sentiasa dapat pilih, ruang didepan atau belakang, walaupun semasa berjalan ke Masjid, azan sedang berkumandang, sedihnya banyak jemaah lelaki yang memilih untuk sembahyang didataran.Cemburu betul aku sebab orang perempuan terpaksa berebut2 untuk dapat ruang dalam Masjid.

Ustaz cakap, solat diluar cuma dapat pahala berjemaah, tak dapat pahala itikaf, so kalau aku sembahyang didataran, selalunya aku cuba masuk setelah habis solat agar aku dpt itikaf dan solat tahiyatul masjid.

SEMBAHYANG DI DATARAN MASJID

Di Masjidilharam, seingat aku ada sekali, aku terpaksa sembahyang di dataran, bawah jambatan. Difikir-fikirkan, mungkin sebab aku selalu berkata-kata dengan suami, "Kenapalah jemaah haji ni tak masuk kedalam masjid. Dalam Masjidilharam ni, sebenarnya banyak lagi ruang kosong. Insyallah.

Nak jadi pengajaran, satu Asar, tak ingat sebab apa, kami terlewat ke Masjid (dalam perjalanan azan berkumandang).Apalagi tak cukup kaki kami melangkah laju... malangnya sampai dataran, orang iqamat. Kelamkabut cari port. Nampak sekumpulan jemaah wanita di bawah jambatan sedang buat saf, ada satu sejadah yang dah siap dibentang. aku minta izin untuk solat disitu. Seolah-olah tempat tu memang untuk aku, Masyallah... Terasa benar, Allah nak mendidik kita. Sekarang aku tau kenapa diorang solat didataran. Antara sebabnya ialah macam aku, terlewat ke Masjid.

Astaghfirullah. Ampunkan ketelanjuran kami, Ya Allah...

TALIPON

Kalau di Masjidilharam, bag yang selalu dibawa kadang-kadang diperiksa oleh polis wanita.Itu pun nasib2 la... Kalau terkena pintu yang diorang ada, kenalah check. Talipon bercamera yang aku bawa diorang bagi bawak masuk. Alhamdulillah.

Di Masji Nabawi, keadaannya berbeza. Aku pada mulanya bawa masuk talipon dan line clear. Tapi kalau tak silap hari kedua, waktu zohor dan asar kantoi. Polis wanita yang berjaga tu kalau nampak handphone diorang kata "Amanah, amanah." Maksudnya diorang suruh letak kat, satu peti (macam peti surat tapi lutsinar)di tepi pintu masjid. Aku rasa macam tak selamat.Bosan sebab kena check dan terkantoi, aku tinggalkan aja talipon kat hotel.

Ada juga ketika yang polis ni tak puas hati bila aku dengan yakinnya menyerah diri untuk diperiksa bag dan tak jumpa talipon(tiap kali masuk masjid kena periksa bag, polisnya memang tunggu di pintu masjid),diorang raba... aku ketawa kata "confirm tak ada, hotel,hotel...".

Begitulah seterusnya hari-hari yang dilalui setiap kali ke masjid Nabawi. Tapi kali ni, masuk masjid dengan perasaan yakin (tak da la berdebar2, takut-takut kalau polis nampak talipon) sebab talipon memang tak bawa. Janji aja dengan suami port untuk menunggu(Di men's toilet 9A, hari kedua Magrib dan seterusnya...)