Monday, January 3, 2011

UJIAN

Bila kita kata ujian Allah,selalu terbayang perkara yang susah, tapi sebenarnya kita terlupa, kesenangan dan keselesaan pun satu ujian Allah. Kanapa aku cakap macam tu?
Pengalaman aku di Madinah, buat aku rasa begitu.

Di Madinah, boleh dikatakan kami dalam keadaan yang sangat selesa. Bilik hotel yang cantik dan luas, makanan yang best, masjid dekat, bandarnya bersih. Walaupun dekat masjidnya, kadang-kadang aku terpaksa solat di dataran sebab, Masjid penuh... Sedih sangat rasanya...

Ruang solat lelaki banyak, suami sentiasa dapat pilih, ruang didepan atau belakang, walaupun semasa berjalan ke Masjid, azan sedang berkumandang, sedihnya banyak jemaah lelaki yang memilih untuk sembahyang didataran.Cemburu betul aku sebab orang perempuan terpaksa berebut2 untuk dapat ruang dalam Masjid.

Ustaz cakap, solat diluar cuma dapat pahala berjemaah, tak dapat pahala itikaf, so kalau aku sembahyang didataran, selalunya aku cuba masuk setelah habis solat agar aku dpt itikaf dan solat tahiyatul masjid.

No comments:

Post a Comment