Wednesday, January 5, 2011

TAMAN SURGA DI MASJID NABAWI



Raudah adalah satu tempat yang semua orang nak pergi bila ke Masjid Nabawi. Sebabnya menurut Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

Selepas Isya', suami menemankan aku ke masjid untuk ke Raudah, menziarahi makam nabi. Aku masuk ke raudah bersama Mas, rakan lama/sebilik di Mekah. Pengalaman pertama masuk memang macam terpinga2. Orang berebut2 nak masuk karpet hijau. Alhamdulillah dapat peluang bersolat 2 rakaat,walaupun dalam keadaan yang sesak. Bila aku toleh belakang aku nampak 2 jemaah sembahyang dengan amannya disitu. Ya Allah teringin nak dapat begitu.

Allah maha mendengar. Kali ketiga pergi, aku solat hajat sebelum masuk, alhamdullilah, Allah beri peluang aku dapat solat dengan tenang sekali. Masyallah.

Nasihat aku satu aja. Apa-apapun kemahuan kita munanjatlah seikhlas dan sepenuh hati kepadaNya. Insyallah dikabulkan. Benarlah kata orang, di sana Allah tunjukan makbulnya doa kita.

Hasbi rabbi, jalallah, maa fi qalbi qairullah.

1 comment:

  1. Salam,

    I am Shairul Nazrin,a video editor from HazelBayu Studios.

    I would like to ask you if you could grant us your permission to use your images into our works.

    Please contact me at shairulnazrin@gmail.com for more clarification.

    Thank you.

    Shairul Nazrin
    www.hazelbayustudios.com

    ReplyDelete