Wednesday, January 12, 2011

MASJID QUBA



Hadis Nabi s.a.w. "Barang siapa yang berwuduk dari tempat tinggalnya, kemudian ke Masjid Quba, dan sembahyang 2 rakaat didalamnya, maka dia mendapat satu pahala umrah". Hadis diriwayat oleh Ahmad, Nasa'i, Ibn Majah, dan Al-Hakim.

Sebab ni lah, travel agensi, aku bawa kami setiap pagi selepas sarapan jam 7 pagi, 7 kali berturut-turut naik van, gi masjid Quba. Bila teringatkan ni rasa rindu sangat dengan suasananya. Bergegas kami, ambil wuduk dibilik, then naik van ke masjid.Dalam van ada tazkirah ringkas dari ustaz. Suka betul aku, kalau ustaz Mat yang bagi tazkirah, rasa terkesan sangat.Masyallah.

Masa kami di Madinah, cuaca sejuk. So bergunalah pashmina (macam selindang) yang aku beli.

Masjid ni ada 2 tingkat. Aku nasihatkan jemaah haji, naik lah ke atas. Janganlah bersesak2 dengan jemaah lain. Kadang2 pelik juga dengan perangai manusia ni, suka nak bersesak2 dan berebut2. So kalau nak jaga hati dari berkata2, sembahyanglah ditingkat atas. Bukannya jauh pun...

Sementara menunggu van datang, kami melontar (istilah kami bagi shopping) sekeliling masjid. Banyak orang berjual. Macam2 ada.

2 comments:

  1. salam ziarah akak tewww.. nice travelog about hajji.,

    ReplyDelete
  2. Thanx for the visit. Hope to inspire young people to perform haj.Amin

    ReplyDelete